Senin, 07 Oktober 2013

Tentang Nafsu

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu
mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan
dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari
nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya
yang melakukan kejahatan lalu mencela dan
mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih
cepat sadar dan terus kritik dirinya sendiri.
Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya
sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah
semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di
katakan lawwamah. Bisikan hati seseorang akan
melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji
timbul secara spontan bila terqosad sahaja
dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah
Rasulullah atas keterlanjurannya. Ianya ibarat
taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya
kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada
kebenaran dan jalan yang lurus.
Rasulullah s.a.w bersabda:
• "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada
seseorang, maka Allah akan menjadikan untuknya
penasihat dari hatinya sendiri"
• "Barangsiapa yang hatinya menjadi penasihat
baginya, maka Allah akan menjadi pelindung ke
atasnya."
Tapi bila seseorang itu meningkat ke martabat
nafsu lawwamah tapi tidak mematuhi isyarat
lawwamah yang memancar di hatinya, maka lama-
kelamaan isyarat ini akan padam dan malap.
Hingga jatuhlah kembali pada tahap nafsu amarah
kembali. Sebab itu kadang-kadang kita tengok
sekejap orang tu baik, sekejap berubah jahat
kembali. Kemudian berubah balik. Inilah bolakan
hati yang di sebabkan oleh keadaan nafsunya yang
berubah-ubah.
Firman Allah:
• "Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti
(suruhan jahat) mereka setelah datang ilmu (isyarat
lawwa-mah) kepadamu, sesungguhnya kamu
termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim"
• "Sesungguhnya petunjuk Allah ialah petunjuk
yang sebenarnya.Dan sesungguhnya jika kamu
mengikuti kemahuan (jahat dan keji) mereka ,
setelah ilmu diperolehi (datang kepadamu) maka
Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong
bagimu".
Pada tahap lawwamah ini masih lagi bergelumang
dengan sifat-sifat mazmumah tapi jumlahnya mulai
berkurang sedikit. Keinsafan memancar. Sekiranya
dia terus mematuhi isyarat lawwamah yang ada,
sedikit demi sedikit sifat-sifat keji dapat
dihapuskan. Pada peringkat ini dia banyak meneliti
diri sendiri dan merenung segala kesilapan yang
lampau. Bila perasaan menyesal datang, orang-
orang pada peringkat sangat mudah mengeluarkan
air mata penyesalan. Kerap menangis dalam solat,
atau bila sendirian, sewaktu berzikir, bersolawat.
Air matanya bukanlah disengajakan tetapi berlaku
secara spontan. Inilah dikatakan sebagai tangisan
diri. Pada peringkat ini mula banyak mengkaji dan
meneliti alam dan kejadian. Malah sentiasa
membandingkan sesuatu dengan dirinya. Mereka
juga menjadi gila untuk beribadat dan cenderung
kepada perbincangan berkaitan soal mengenal diri
dan mula jemu dengan persoalan yang tidak
berkaitan dengan agama. Perubahan ini boleh jadi
mendadak sekiranya kita terjun ke alam tasauf.
Rasulullah s.a.w bersabda:
• "Bahawasanya orang-orang mukmin itu
perhatiannya pada solhat, puasa dan ibadat dan
orang munafik itu perhatiannya lebih kepada
makanan dan minuman seperti halnya binatang"
• "Sedikit taufik adalah lebih baik dari banyak
berfikir dan berfikir perkara duniawi itu
mendaruratkan dan sebaliknya berfikir perkara
agama pasti mendatangkan kegembiraan"
Pada tahap ini sudah mementingkan akhirat dari
dunia.
Namun begitu walau nak dibandingkan dengan
amarah ia lebih tinggi sedikit, namun sekali-sekala
ia tidak terlepas juga dari jatuh kedalam jurang
dosa dan kejahatan.Imannya masih belum
kuat.Namun ia cepat sedar dan cepat beristigfar
minta ampun kepada Allah.
Firman Allah:
"Aku bersumpah dengan nafsu lawwamah"
Sebagai contoh kalau tertinggal sembahyang
terdapat perasaan kecut hati dan cepat menyesal
sehingga terus pergi kadha.
Antara sifat nafsu lawwamah adalah:
1. Mencela diri sendiri
2. Bertafakur dan berfikir
3. Membuat kebajikan kerana ria
4. Kagum pada diri sendiri yakni 'ujub
5. Membuat sesuatu dengan sum'ah -agar dipuji
6. Takjub pada diri sendiri
Sesiapa yang merasa berdegup di hati sifat seperti
di atas masih lagi berada pada tahap nafsu
lawwamah. Ianya adalah terdapat pada
kebanyakan orang awam .
Harus kuat berzikir lagi untuk menembus dan
menyucikan sisa-sisa karat hati. Zikir pada
peringakat nafsu ini masih lagi dibibir tetapi
kadang-kadang sudah mulai meresap masuk ke
lubuk hati tapi dalam keadaan yang tidak
istiqamah. Pada peringkat ini memang sudah
timbul gila beribadat sehingga kadang-kadang
merasa dirinya ringan dan melayang, kadang-
kadang macam hilang dirinya. Rasa semacam
semut berderau diseluruh tubuhnya terutama pada
bahagian tulang belakang dan tangannya. Keadaan
beginilah menimbulkan keasyikan yang
menyeronokkan dengan amalan zikir dan ibadat
lain.
Pada pringkat ini sudah boleh menerima sedikit
ilham hasil dari zauk dan kadang-kadang
mengalami mimpi yang perlu ditafsir kembali oleh
guru. Bila berterusan dengan petua dan amalan
yang diberi oleh guru InsyaAllah nafsunya lawwa-
mah ini akan meningkat kepada tahap seterusnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar