Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Kamis, 24 Oktober 2013
6: PERMULAAN CIPTAAN ROHANI
[Mengenai permulaan ciptaan rohani]
Siapakah yang pertama wujud dalamnya?
Daripada apa ia wujud? Dalam apa ia wujud?
Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Apakah
matlamatnya?
Mengenai alam semesta dan bahagian-
bahagianya.
Perhatikah kewujudan yang rapi ini
wujud kita umpama jubah yang digubah.
Perhatikan khalifah-khalifah-Nya dalam kerajaan
mereka
mereka yang berbahasa Arab dan tidak
berbahasa Arab
Tidak ada di antara mereka yang menyintai Allah
tanpa mencampurkanya dengan kecintaan
kepada wang.
Ia dikatakan: Ini adalah hamba kepada makrifat
dan inilah hamba syurga dan mereka yang
menjadi hamba Jahannam
Melainkan sebahagian kecil daripada mereka
yang mabuk dengan Dia
tanpa rangsangan khayalan.
Mereka adalah hamba Allah yang tiada siapa
mengetahuinya kecuali Dia,
bukan hamba kesenangan.
Dia biarkan mereka mendapat laba daripada
setiap ilmu yang kelam
bila Dia mahu mereka kembali ke istana mereka.
Pengetahuan yang terdahulu adalah dalam
anasir-anasir sahaja,
dan asas daripadanya tidak berkurangan.
Kenyataan bagi kata penerangan ialah yang
menyingkapnya daripada yang menyerupainya,
dan keserupaan ini tidak disembunyikan.
Dan pengetahuan mengenai asbab
yang dengannya sumber alam wujud dalam jenis
yang paling lama.
Dan penghabisan perkara yang tiada kesudahan
menyaksikan baginya
dalamnya ialah Yang Paling Perkasa.
Ilmu-ilmu mengenai sfera kewujudan, besar dan
kecil,
adalah hanya untuk mereka yang tidak menemui
kesilapan.
Ini adalah ilmu orang yang mengenali
penyingkapan mereka,
dan ia memandu hati ke jalan yang lurus.
Segala puiji bagi Allah yang memiliki segala ilmu
dan mengetahui apa yang tidak diketahui.
[Keterangan Ringkas]
Permulaan ciptaan adalah habuk (haba') yang
halus, dan yang pertama wujud dalamnya ialah
Hakikat Muhammad daripada ar-Rahman. Ia
tidak terkandung dalam mana-mana tempat
kerana ia tidak dikandung. Daripada apakah
alam muncul kepada kewujudan? Ia muncul
kepada kewujudan daripada hakikat yang
diketahui yang diterangkan sebagai bukan wujud
dan bukan juga tidak wujud. Dalam apakah ia
wujud? Ia wujud dalam habuk yang halus.
Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Ia wujud
dalam bentuk diketahui dalam diri Hakikat.
Mengapa ia wujud? Ia wujud bagi menyatakan
hakikat-hakikat Ilahi. Apakah matlamatnya?
Matlamatnya ialah untuk menjadi campuran yang
murni, supaya setiap alam akan mengenali
bahagiannya daripada asal tanpa campuran.
Jadi, matlamat alam ialah menyatakan hakikat-
hakikatnya (ia-itu hakikat-hakikat bagi Yang Haq
ataupun hakikat-hakikat penciptaan), dan
mengenali sfera-sfera alam semesta daripada
alam ini. Dalam penggunaan orang sufi, ia
adalah apa yang selain manusia. Jenis alam
semesta yang kecil, iaitu manusia, adalah roh,
punca dan asbab bagi alam ini. Sfera-sfera alam
adalah setesen-setesennya, pergerakan-
pergerakan dan pengasingan kedudukannya. Ini
adalah ringkasan yang terkandung dalam tajuk
ini.
[Manusia adalah alam kecil]
Sebagaimana manusia adalah alam kecil secara
jasadnya, maka dia tidak boleh diambil kira
lantaran dia berada pada masanya. Menyerupai
hal ketuhanan adalah layak baginya kerana dia
adalah Khalifah Allah dalam dunia ini dan dunia
ini di bawah penguasaannya, taklukan hal-hal
ketuhanan sebagaimana manusia adalah taklukan
hal-hal ketuhanan.
Ketahuilah pembentukan manusia yang paling
sempurna adalah dalam dunia ini. Di akhirat,
setiap manusia berada dalam salah satu
golongan berdasarkan suasana kesaksamaan,
bukan ilmu. Setiap golongan mengetahui suasana
yang berlawanan dengannya. Jadi, manusia
samada beriman atau kufur. Ianya samada
kebahagiaan atau kesengsaraan, sejahtera atau
seksa. Jadi pengenalan pada dunia ini lebih
lengkap walaupun kenyataan (tajalli) di akhirat
lebih luhur dan suci. Jadi, fahamkanlah! Bukakan
kunci ini! Dalam setesen ini, kita memiliki simbol
sesiapa yang cerdik dan ianya adalah ungkapan
yang buruk dan memalukan yang maksudnya
adalah elok dan belum pernah berlaku
sebelumnya.
[Roh alam semesta adalah alam kecilnya]
Roh kewujudan yang besar adalah kewujudan
yang kecil ini
Jika tidak kerana itu, Dia tidak akan berkata,
"Aku Maha Besar, Maha Berkuasa.
"Ruang masa-Ku tidak seharusnya menghijab
kamu tidak juga kebinasaan dan tidak juga
kebangkitan.
"Jika kamu renungkan tentang-Ku, Aku adalah
Yang Meliputi, Yang Maha Besar,
"Wujud-Ku adalah dahulu-kala, dan yang baharu
adalah kenyataan."
Allah Esa, tidak dikongkong oleh masa.
Kekurangan tidak menyentuh-Nya.
Makhluk yang nyata adalah ciptaan baharu yang
di dalam genggaman-Nya.
Daripada ini ia menyatakan bahawa Aku adalah
wujud yang tidak boleh diperhitungkan,
dan setiap kewujudan berkisar di sekeliling
wujud-Ku.
Tidak ada malam seperti malam-Ku dan tiada
cahaya seperti cahaya-Ku
jadi jika ada yang mengatakan aku seorang
hamba, maka aku adalah hamba yang hina.
Atau jika dia mengatakan aku wujud, maka aku
adalah Wujud Yang Mengenal.
Istiharkan satu kerajaan buatku dan kamu akan
menemui ku atau orang kebanyakan,
selagi kamu tidak melanggar batasan.
O kamu jahil tentang kuasa-Ku! Adakah kamu
mengetahui, melihat?
Kewujudanku menceritakan tentang ku, walaupun
ucapan boleh jadi benar dan bohong.
Katakan kepada umat kamu: Aku adalah Yang
Mengasihani, Yang Mengampun.
Katakan: Hukumanku adalah hukuman yang
membinasakan.
Katakan: Aku lemah, tidak berupaya, seorang
tawanan.
Jadi bagaimana ada yang dirahmati atau
dihapuskan oleh tangan ku?
[Huraian secara lebih panjang lebar
mengenai tajuk ini.]
(Daripada Allah datangnya bantuan dan
pertolongan.)
[Empat perkara yang diketahui mengenai
kewujudan]
Ketahuilah perkara-perkara yang diketahui ada
empat: Hakikat, yang diceritakan sebagai wujud
mutlak kerana Dia bukanlah asbab oleh sesuatu
dan bukan juga asbab bagi sesuatu. Dia adalah
Pencipta asbab dan wujud dengan Zat-Nya
daripada Zat-Nya sendiri. Ilmu-Nya merujukkan
kepada ilmu mengenai wujud-Nya, dan wujud-
Nya tidak lain daripada Zat-Nya. Walau
bagaimanapun, Zat-Nya tidak boleh diketahui,
tetapi sifat-sifat yang dinisbahkan kepada-Nya
adalah diketahui. Ini bermakna sifat-sifat bagi
maksud, adalah sifat-sifat bagi kesempurnaan.
Ilmu mengenai hakikat Zat adalah tidak mungkin
kerana ia tidak diketahui samada melalui
pembuktian atau logik akal dan tidak mampi
disentuh oleh huraian. Allah tidak menyerupai
sesuatu dan tidak ada sesuatu menyerupai-Nya.
Jadi mana mungkin sesuatu yang serupa dengan
sesuatu serupa juga dengan yang Esa yang tidak
menyerupai sesuatu dan tiada sesuatu
menyerupai-Nya? Pengenalan tentang-Nya ialah
" tiada sesuatu menyerupai-Nya" (42:10)
dan
"Allah melarang kamu tentang Diri-Nya:
(3:27). "
Syariat termasuk larangan memikirkan tentang
Zat Allah.
[Hakikat kepada hakikat-hakikat]
Yang kedua diketahui ialah hakikat alam yang
menjadi milik Yang Haq dan alam, yang tidak
dinyatakan sebagai wujud atau tidak wujud,
dikandung oleh masa atau tidak dikandung oleh
masa. Ia adalah tidak dikandung oleh masa jika
keadaan demikian dinyatakan olehnya, dan
dikandung oleh masa jika keadaan demikian
dinyatakan olehnya. Perkara-perkara yang
dikandung oleh masa dan yang tidak dikandung
oleh masa tidak diketahui sebelum hakikat ini
diketahui, tetapi hakikat ini tidak muncul
sehinggalah perkara yang dinyatakan olehnya
muncul. Jika sesuatu muncul tanpa didahului
oleh ketiadaan wujudnya, seperti kewujudan
Yang Haq dan sifat-sifat-Nya, ia dikatakan
kewujudan yang tidak dikandung oleh masa
kerana dijelaskan secara demikian. Jika sesuatu
wujud daripada tidak wujud seperti kewujudan
yang selain Allah, yang dikandung oleh masa dan
muncul melalui yang lain daripada dirinya, ia
dikatakan dikandung oleh masa. Ia berada dalam
setiap kewujudan menurut hakikat alamnya. Ia
tidak menerima pemecahan, jadi "setiap" dan
"sebahagian" tidak boleh digunakan baginya.
Seseorang tidak dapat mencapai makrifatnya
yang bebas daripada bentuk melalui pembuktian
atau pertunjukan. Alam wujud daripada hakikat
ini melalui perantaraan Yang Haq. Hakikat ini
tidak wujud dalam zatnya, jadi Allah bawa kita
kepada kewujudan daripada kewujudan yang
tidak dikandung oleh masa (zaman). Jadi yang
tidak dikandung oleh masa didirikan untuk kita.
Begitu juga kamu patut tahu bahawa hakikat
alam ini tidak dinyatakan sebagai muncul
sebelum alam, tidak juga dinyatakan alam
muncul selepasnya. Sebaliknya, ia adalah akar
bagi kewujudan benda-benda secara umumnya.
Ia adalah sumber kepada unsur (jauhar), bulatan
kehidupan, yang sebenarnya melaluinya
penciptaan berlaku (Lihat Quran 15:85 ) dan
perkara-perkara lain. Ia adalah Sfera Meliputi
yang mampu diterima oleh akal. Jika kamu
katakan ia adalah alam, kamu berkata yang
benar. Jika kamu katakan ia bukan alam, kamu
juga berkata yang benar. Jika kamu katakan ia
adalah yang Haq atau bukan Yang Haq, kamu
juga berkata yang benar. Ia menerima semua ini.
Ia berbilang-bilang dengan perbilangan manusia
di dunia dan 'tiada-hubungan' dengan 'tiada-
hubungan'nya bagi Yang Haq.
Jika kamu mahukan contoh yang
mempermudahkan kefahaman kamu, lihatkan
kepada zat kayu pada sekeping papan, kerusi,
minbar, kotak dan seumpamanya. Perhatikan
juga kepada bentuk empat persegi dan yang
seumpamanya dalam bentuk pada segala macam
bilik yang empat persegi, kotak dan sehelai
kertas. Keadaan empat persegi dan zat kayu
adalah menurut hakikatnya pada setiap benda-
benda tersebut (tanpa berbilang-bilang atau
berada dalam keadaan berpecah-pecah).
Perhatikan juga kepada warna-warna: keputihan
pakaian, permata, kertas, gandum, minyak dan
lain-lain, tanpa menyatakan keputihan pakaian
yang boleh diterima oleh akal sebagai bahagian
lain daripada pakaian itu sendiri. Sebenarnya
hakikat putih itu yang nyata pada pakaian
sebagaimana ia nyata pada kertas. Begitulah
keadaannya dengan pengetahuan, kuasa,
kehendak, pendengaran, penglihatan dan
sebagainya. Ini akan membuat kamu memahami
alam ini. Kami bincangkan dengan panjang lebar
mengenainya dalam buku kami yang bertajuk
Insha' al-Jadawil w ad-Dawa'ir.
Ada pula yang ketiga diketahui, iaitu keseluruhan
alam ini: malaikat dan cakerawala, dan langit
yang dikandunginya, air dan tanah dan alam
yang dikandungi antara keduanya. Ia adalah
Kerajaan yang lebih besar. Akhirnya adalah
perkara keempat yang diketahui iaitu manusia,
khalifah yang dilantik oleh Allah dalam dunia ini,
yang dunia ini menjadi penguasaannya. Allah
berfirman,
"Dia permudahkan bagi kamu apa yang
di langit dan apa yang di bumi,
semuanya, daripada-Nya" (45:120).
Sesiapa mengetahui perkara-perkara yang
diketahui ini, tidak ada lagi perkara yang boleh
diketahui yang dicarinya. Daripada empat yang
diketahui itu adalah yang hanya kewujudannya
yang diketahui - Yang Haq, semoga Dia
dipersucikan! Perbuatan-Nya dan sifat-Nya
hanya diketahui secara mengadakan
perumpamaan. Sebahagiannya diketahui dengan
mengadakan misal - seperti pengetahuan Hakikat
Alam. Sebahagiannya diketahui melalui kedua-
dua aspek, dan melalui 'apakah ia' dan
'bagaimanakah ia': alam dan manusia.
[Bahagian Permulaan alam dan misalnya:
habuk (haba') Hakikat Muhammad]
"Telah ada Allah dan tiada sesuatu beserta
Dia" (Bukhari). Kemudian beliau tambahkan
kepada Hadis ini, "Dia kini sebagaimana Dia
dahulu". Tidak ada nilai yang Dia belum tujukan
kepada Diri-Nya melalui kenyataan bahawa Dia
membawa alam kepada wujud. Dia menyatakan
tentang Diri-Nya sebelum penciptaan-Nya dan
dinamakan dengan Nama yang makhluk-Nya
panggil Dia dengan-Nya. Bila Dia
berkehendakkan alam ini wujud dan
memulakannya menurut had yang Dia ketahui
melalui ilmu-Nya, ia dihasilkan daripada
kehendak yang suci murni oleh sesuatu tajalli
daripada kenyataan 'tiada-hubungan' atau tanzih
kepada Hakikat Alam. Hakikat yang terhasil
daripadanya dipanggil habuk atau nebula (haba')
yang seumpama gipsum yang yang dibentuk oleh
pembentuk yang dalamnya dia boleh bukakan
sebarang bentuk dan rupa yang dia mahu. Ini
adalah wujud pertama dalam alam sebagaimana
diceritakan oleh'Ali ibn Abi Talib, Sahl ibn
ÔAbdullah at-Tustari dan mereka yang
mempunyai makrifat, mereka yang kasyaf akan
kewujudan.
Kemudian Allah menyatakan Diri-Nya melalui
cahaya-Nya dan habuk itu. Ahli falsafah
menamakannya keseluruhan yang utama (al-
Hayula al-Kull). Ia mengandungi seluruh alam
maya secara keupayaan dan kemampuan. Jadi
setiap sesuatu menerima daripada-Nya dalam
habuk itu menurut keupayaan dan yang mudah
diperolehinya, seperti sudut bilik menerima
cahaya daripada lampu, dan kekuatan
sinarannya dan penerimaannya bergantung
kepada kehampirannya dengan cahaya itu. Allah
berfirman,
" Perumpamaan cahaya-Nya adalah
seperti misykat (lubang) yang dalamnya
ada lampu" (24:35).
Dia jadikan cahaya-Nya seumpama lampu. Jadi,
tidak ada yang terdekat untuk menerimanya di
dalam habuk itu kecuali Hakikat Muhammad
s.a.w, yang dinamakan Akal. Jadi ia adalah
penghulu (imam) bagi sekalian alam maya dan
yang pertama untuk muncul dalam kewujudan.
Wujudnya datang daripada Cahaya Ilahi dan
daripada habuk dan daripada Hakikat Alam.
Sumbernya wujud dalam habuk itu. Sumber alam
maya datang daripada tajallinya. Orang yang
paling hampir dengannya ialah ÔAli ibn Abi Talib,
dan rahsia-rahsia Nabi-nabi.
Bagi model (misal) di mana seluruh alam maya
ini wujud tanpa perpisahan, ia adalah
pengetahuan yang bergantung kepada Yang Haq.
Allah mengetahui kita dengan pengetahuan
tentang Diri-Nya dan membawa kita kepada
kewujudan menurut apa yang Dia ajarkan kepada
kita. Kita mempunyai bentuk khusus ini dalam
ilmu-Nya. Jika perkara itu bukan seperti ini,
bentuk ini datang kepada kita secara kebetulan,
bukan disengajakan, kerana tentunya Dia tidak
akan mengetahuinya. Adalah mustahil rupa
bentuk diberikan kepada kewujudan secara tidak
sengaja. Jika ianya bukan demikian bentuk rupa
yang khusus ini diketahui oleh Allah dan
dikehendaki oleh-Nya, Dia tidak akan membawa
kita kepada kewujudan atasnya, dan rupa bentuk
ini tidak akan diperolehi daripada yang lain
kerana ternyata bahawa Allah "telah ada Dia dan
tiada sesuatu beserta Dia". Jadi yang tinggal
ialah rupa bentuk yang Dia bawa keluar dalam
Diri-Nya. Dia mengetahuinya sendirinya.
Begitulah keadaan ilmu-Nya mengenai kita. Misal
kita, yang sama dengan ilmu-Nya mengenai kita,
adalah diluar kandungan masa dengan di luar
kandungan masa bagi Allah kerana ia adalah
sifat-Nya, dan yang terkandung oleh masa tidak
bersangkutan dengan-Nya. Dia terlalu mulia
untuk yang demikian!
[Matlamat alam maya]
Sebagaimana kenyataan kami, "Mengapa alam
dibawa kepada kewujudan? Apakah
matlamatnya?" jawapannya Allah berfirman,
"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia
melainkan untuk beribadat kepada-
Ku" (51:56).
Dia telah memberikan kenyataan yang jelas
mengenai sebab Dia membawa kita kepada
kewujudan. Ianya sama dengan alam maya
seluruhnya apabila Allah katakan jin dan manusia
secara khusus. Di sini jin adalah semua yang
tersembunyi, samada malaikat atau sesuatu yang
lain. Allah berfirman mengenai langit dan bumi,
"Datanglah dengan rela atau terpaksa!
Mereka menjawab, 'Kami datang dengan
rela'" (41:11)
Dia juga berfirman,
"Tetapi mereka enggan
membawanya" (33:72).
Itu kerana ianya tawaran. Jika ianya perintah,
mereka akan mentaatinya dan melaksanakannya
kerana mustahil mereka boleh ingkar. Mereka
diciptakan untuk itu (taat), tetapi jin yang
dijadikan daripada api dan manusia tidak
diberikan demikian.
[Sekalian alam maya adalah hidup dan
nyata]
Demikian juga ada sebahagian ahli falsafah dari
kalangan mereka yang berpegang kepada
pemnyelidikan dan pembuktian yang terikat
dengan pancaindera, keperluan dan dalil-dalil,
yang mengatakan orang yang bertanggungjawab
mesti memiliki pertimbangan terhadap apa yang
dikatakan kepadanya. Mereka mengatakan yang
benar. Perkara itu adalah demikian bagi kami
memandangkan keseluruhan alam maya ini
adalah bijaksana, hidup dan nyata. Ini adalah
sah menurut pembukaan melalui kekeramatan
yang seseorang miliki, iaitu perolehan ilmu kami
mengenai ini. Bagaimanapun mereka
mengatakan, "Ini adalah benda yang tak
bernyawa yang tidak boleh berfikir". Mereka
berhenti pada apa yang pandangan mereka
ceritakan kepada mereka. Menurut kami,
kedudukannya berbeza daripada yang demikian.
Bila dikhabarkan kepada Rasulullah s.a.w
mengenai batu bercakap, atau biri-biri atau
batang kayu, mereka katakan Allah ciptakan
kehidupan dan pengetahuan padanya ketika itu.
[1] Itu bukanlah pandangan kami mengenai
kedudukan perkaranya. Ia adalah rahsia
kehidupan yang mengalir melalui seluruh alam
maya dan semua "yang mendengar seruan
muazzzan, basah atau kering, akan menjadi saksi
baginya" [Ibn Majah, Nasa'i, Abu Dawud] dan ia
hanya menyaksikan daripada pengetahuan.
Keadaan ini disahkan melalui pembukaan kepada
kami, bukan melalui pemikiran orang yang
melihat kepada apa yang ditunjukkan oleh
maklumat yang kelihatan dan tidak lebih dari itu.
Sesiapa yang mahu memperolehinya haruslah
mengembara pada jalan Sufi dan berpegang
kepada khalwat dan zikir. Kemudian Allah akan
memperkenalkannya dengan semua ini secara
langsung. Jadi dia akan tahu bahawa manusia
adalah buta daripada pengertian hakikat-hakikat
ini.
[Kewujudan alam maya adalah kenyataan
bagi kekuasaan Nama-nama]
Allah membawa alam maya kepada kewujudan
bagi menyatakan kekuasaan Nama-nama. Kuasa
tanpa bahan kekuasaan, kemurahan tanpa
kurniaan, pemberi tanpa pemberian, penolong
tanpa pertolongan, belas kasihan tanpa bahan
yang dikasihankan adalah hakikat yang kosong
daripada kesan. Allah jadikan makhluk dalam
alam ini campuran seperti Dia campurkan dua
genggam pada tanah liat. Kemudian Dia asingkan
individu-individu daripadanya dan menjadikan
satu genggam memasuki genggam yang satu lagi.
Setiap genggam dicampurkan dengan
saudaranya, tetapi keadaannya tidak diketahui.
Ahli fikir berbeza dalam kebolehan mereka dalam
mengeluarkan kecacatan daripada kebaikan dan
kebaikan daripada kecacatan. Matlamatnya ialah
penyucian daripada campuran tersebut dan
membezakan dua genggaman tersebut sehingga
yang satu ini terasing dengan dunianya. Ia adalah
seperti firman Allah,
"Sehingga Dia akan bezakan yang sesat
daripada yang benar. Dia akan letakkan
sebahagian yang sesat itu di atas yang
lain, dan demikianlah Dia akan susun
mereka semuanya dan masukkannya ke
dalam Jahannam" (8:37)
Sesiapa yang ada dengannya sebahagian
daripada campuran itu ketika dia meninggal
dunia dia tidak akan dimasukkan ke dalam
golongan yang benar pada Hari Kebangkitan.
[Lihat Qur'an 15:46; 34:37: 41:40: 44:55 ,
tetapi terutamanya, 27:89. ] Walau
bagaimanapun, sebahagian manusia bebas
daripada campuran ini dihisabkan, dan
sebahagiannya hanya bebas di dalam Jahannam.
Bila dia sudah dipersucikan, dia keluar
daripadanya. Mereka adalah golongan yang
disyafaatkan. Bagi mereka yang digolongkan ke
dalam salah satu genggaman di sini, dia akan
berjalan dengan kebenaran ke akhirat daripada
kuburnya kepada pengampunan, atau seksaan
dan Jahim. Dia sudah dipersucikan.
Ini adalah penjelasan mengenai matlamat dunia
ini. Dua genggaman ini adalah dua hakikat yang
menunjukkan kembali kepada sifat yang dimiliki
oleh Yang Haq dalam zat-Nya (seperti dua kami).
Dari sini kami katakan golongan ahli neraka
menyaksikan-Nya sebagai Yang Menghukum dan
ahli syurga menyaksikan-Nya sebagai Yang
Merahmati. Ini adalah rahsia yang mulia.
Mungkin kamu akan memperolehinya pada
tempat tinggal akan datang secara penyaksian,
Insya' Allah. Mereka yang arif memperolehinya
dalam dunia ini.
[Pengetahuan mengenai langit dan bumi
dan yang seumpamanya pada manusia]
Mengenai apa yang kami katakan dalam tajuk ini
berkenaan sfera alam besar dan alam kecil iaitu
manusia, dengannya kami maksudkan dunia
pada keseluruhan dan golongannya.
Penguasanya adalah mereka yang memberi
kesan kepada orang lain. Saya jadikan sfera
alam besar dan alam kecil bertimbal-balik. Yang
satu adalah salinan kepada yang satu lagi. Kami
berikan kepada mereka lakaran dalam bentuk
sfera dan susunan mereka dalam buku, Insha'
ad-Dawa'ir wa'l-Jawadil yang kami mulakan
penulisannya di Tunis di rumah Imam Abu
Muhammad ÔAbdu'l-'Aziz (al-Mahdawi al-
Qurashi) [2], sahabat dan penjaga kami, semoga
Allah merahmatinya! Dalam tajuk ini kami
masukkan ringkasan mengenai apa yang
bersangkutan dengannya.
Kami katakan alam ini empat: alam langit, iaitu
alam yang bergerak; alam perubahan, iaitu alam
pemusnahan; kemudian alam kehidupan iaitu
alam yang bergerak dan musnah; dan alam
asbab. Alam-alam ini berada pada dua tempat:
dalam alam besar, iaitu yang di luar manusia,
dan dalam alam kecil, iaitu manusia.
Alam tertinggi ialah Hakikat Muhammadiah.
Sferanya ialah kehidupan. Ia ada persamaan
pada manusia dalam latifah dan Ruh Suci. Ia
termasuklah Arasy Yang Meliputi yang
persamaan dengan manusia adalah jasadnya. Di
sana juga Kursi, yang persamaannya dalam
manusia ialah diri. Ada pula Rumah Kediaman
yang persamaan dalam manusia ialah hati. Ada
pula malaikat yang persamaannya dalam
manusia ialah roh dan bakat-bakat yang ada
dengannya. Ada juga Saturn dalam bulatannya,
yang persamaannya pada manusia ialah bakat
ilmu dan nafas. Ada pula Jupiter yang
persamaannya pada manusia ialah bakat
mengingat dan bahagian belakang otak. Ada juga
Mars dan bulatannya yang persamaannya pada
manusia ialah bakat akal dan ubun-ubun. Ada
juga matahari dan bulatannya yang
persamaannya ialah bakat berfikir dan bahagian
tengah otak. Ada juga Venus dan bulatannya
yang persamaannya ialah kebolehan berangan-
angan dan roh haiwan. Ada pula Mercury dan
bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan
berkhayal dan bahagian hadapan otak. Kemudian
ada bulan dan bulatannya yang persamaannya
ialah kebolehan indera dan anggota yang ada
daya-rasa. Ini adalah kumpulan alam atas dan
persamaannya dalam manusia.
Alam perubahan termasuk bulatan ether yang
rohnya panas dan kering. Ia adalah bulatan api
dan persamaannya pada manusia ialah cecair
perang kekuningan yang rohnya ialah kekuasaan
penghadaman. Ia termasuklah udara yang rohnya
panas dan basah dan persamaannya ialah
darah. Rohnya ialah kebolehan menarik. Ia
termasuklah air yang rohnya ialah sejuk dan
basah dan persamaannya ialah air liur.Rohnya
ialah kebolehan mengeluarkan. Ia termasuk tanah
yang rohnya sejuk dan kering dan persamaannya
ialah cecair hitam. Rohnya ialah kebolehan
menyimpan.
Ada tujuh jenis tanah: tanah hitam, tanah
berdebu, tanah merah, tanah kuning, tanah
putih, tanah biru dan tanah hijau. Persamaan
pada tubuh manusia ialah: kulir, lemak, daging,
urat, saraf, otot-otot dan tulang.
Alam kehidupan termasuk makhluk rohani yang
persamaannya adalah bakat-bakat pada
manusia. ia termasuk alam haiwan yang
persamaannya apa yang ditangkap oleh deria
pada manusia. ia termasuk alam tumbuh-
tumbuhan yang persamaannya apa yang tumbuh
pada manusia. ia termasuk alam yang tidak
bernyawa yang persamaannya ialah apa yang
tidak dapat ditangkap oleh deria pada manusia.
Alam asbab termasuklah yang tidak perlu yang
persamaannya ialah hitam dan putih, warna-
warna dan benda-benda (akwan). Kemudian ada
pula "bagaimana" yang persamaannya ialah
keadaan seeprti sihat dan sakit. Kemudian ada
"berapa banyak" yang persamaannya "peha
lebih panjang daripada lengan". Kemudian ada
pula "di mana" yang persamaannya ialah
tengkuk sebagai tempat bagi kepala dan kaki
sebagai tempat bagi peha. Kemudian ada
"masa" yang persamaannya "saya gerakkan
kepala saya pada ketika tangan saya bergerak".
Kemudian ada pula perbandingan (idafa) yang
persamaannya ialah "Ini bapa saya, maka saya
anaknya". Ada pula tempat yang persamaannya
ialah "bahasa saya dan loghat saya". Ada pula
kata-kerja yang aktif yang persamaannya ialah
"Saya sudah makan". Ada pula kata-kerja yang
pasif yang persamaannya ialah "Saya sudah
kenyang". Sebahagiannya mempunyai bentuk
yang berbeza dalam acuan tersebut (tiga yang
lain) seperti gajah, keldai, singa dan lipas.
Persamaannya ialah kebolehan manusia yang
menerima bentuk makna yang wajar
dipersalahkan dan juga yang wajar disanjungkan.
"Yang ini cerdik, maka ia adalah gajah. Yang itu
bodoh maka ia adalah keldai. Yang ini pula
berani maka ia adalah singa. Yang itu pula
penakut maka ia adalah lipas".
"Allah katakan kebenaran dan memimpin
ke jalan yang lurus" (33:4)
[1] Merujukkan kepada hadis tertentu daripada
Nabi s.a.w
[2] Murid Abu Madyan yang meninggal dalam
tahun 621H.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar