Sabtu, 26 Oktober 2013

Hukum Talfiq dalam Mazhab

..
Sebelum kita menerangkan makna talfiq eloklah
kita mengetahui tentang pembahagian manusia
terlebih dahulu agar memudahkan kita faham apa
yang dimaksudkan dengan talfiq.
Ketahuilah sesungguhnya manusia terbahagi
kepada dua bahagian :
1 - Mujtahid
2 - Muqallid
Mujtahid pula terbahagi kepada dua bahagian :
1 - Mujtahid Mutlaq
2 - Mujtahid Muqayyad
Mujtahid Mutlaq : Ahli mujtahid mutlaq (seperti
Imam2 pendiri mazhab yang empat) tidak harus
bagi mereka taqlid mana2 pendapat imam2
mujtahid mutlaq yang lain, bahkan wajib bagi
mereka beramal dengan hasil ijtihad mereka
sendiri.
Mujtahid Muqayyad : Ahli mujtahid muqayyad
dalam sesuatu mazhab tidak wajib bagi mereka
bertaqlid pada mazhab imamnya (mujtahid mutlaq)
baik dalam masalah pokok mahupun dalam
masalah cabang. diatas pendapat yg zahir. Seperti
kisah Imam Abu Yusuf (wafat 182 hijrah) dalam
nota yang lepas.
*Imam Abu Yusuf adalah mujtahid muqayyad
dalam mazhab Imamnya (Imam Abu Hanifah).
Muqallid : Adapun Muqallid iaitu orang awam,
tidak wajib keatas mereka menetapi mazhab
tertentu daripada mazhab yang empat diatas qaul
yang rajih, bahkan harus bagi mereka beramal
dalam ibadat ataupun muamalat diatas mana2
mazhab yg ia kehendaki tetapi dengan syarat
bahawa setelah ia meneliti dan memahami
kesemua syarat2 yg telah ditetapkan bagi amalan
dalam mazhab yg ia ingin amalkan, jika ia tidak
meneliti syarat2 tersebut maka amalanya adalah
batal sama sekali. Apabila ia mengamalkan satu
ibadat atau muamalat yg bercampur aduk dengan
pendapat mazhab2 lain tanpa meneliti terlebih
dahulu syarat2 serta rukun2 mazhab tersebut
maka tidak boleh dikatakan ia bertaqlid pada
mazhab yg lain bahkan ia terkeluar dari mazhab yg
empat dan ia telah menjadikan mazhab ke lima.
Kesimpulan :
Talfiq : mengikut pendapat satu2 imam kemudian
mengikut pendapat imam2 lain dalam masalah yg
lain dengan meneliti dan memahami syarat2 serta
rukun dalam masalah tersebut ini dibolehkan.
Adapun mengikut pendapat imam2 lain dalam
masalah yg lain tanpa meneliti dan memahami
terlebih dahulu (mengambil yg mudah sahaja) ini
tidak dibolehkan.
contoh talfiq yang dibenarkan : zaid berwuduk
menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh
Imam Syafie. Pada waktu lain dia berwuduk
menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Imam
Hanafi.
contoh talfiq yg tidak dibenarkan : zaid bernikah
tidak menggunakan wali kerana mengikut
pendapat Imam Hanafi. Dan dia tidak memakai 2
orang saksi kerana mengikut pendapat Imam
Malik. (nikahnya tidak sah kerana mengambil
pendapat yg paling ringan diatara mazhab2).
Wallahu'allam..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar