Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Kamis, 24 Oktober 2013
4: PERMULAAN ALAM DAN KEDUDUKANNAMA-NAMA YANG INDAH
Asbab Kepada Permulaan Alam Dan
Kedudukan Nama-nama Yang Indah
Dalam Alam Keseluruhannya
Dalam sebab kepada permulaan dan
peraturannya,
dan penghabisan pembentukan dan
pengertiannya,
Dan perbezaan di antara anasir-anasir tinggi
dalam tempat asalnya dan pemerintahnya,
Bukti yang menunjukkan Pencipta menggubahkan
semuanya melalui peraturan-Nya.
[Ketinggian tempat dan kehebatan
Syurga]
Wali yang benar telah mengambil pengertian
tentang permulaan alam dalam buku kami yang
bertajuk, 'Anqa' Mughrib fi ma'rifa khatmi'l-
awliya' wa shamsu'l-Maghrib dan dalam buku
kami bertajuk Insha' ad-Dawa'ir yang
sebahagiannya kami tulis di rumah sahabat kami
yang mulia (Imam Abu Muhammad ÔAbdu'l-'Aziz
al-Mahdawi al-Qurashi) sewaktu kami
mengunjunginya dalam tahun 598, dalam
perjalanan kami mengerjakan hajji. Khadamnya,
'Abdul-Jabbar (semoga Allah menaikkan
darjatnya) menyalinkan untuk tuannya apa yang
telah kami tuliskan. Saya telah pergi ke Makkah
bersama-samanya dalam tahun itu untuk
menyiapkannya di sana. Buku ini (Futuhat) telah
menarik kami daripadanya dan daripada yang
lain kerana kami diilhamkan untuk
menuliskannya, tambahan pula ada saudara-
saudara kami dan para fuqara' meminta kami
melakukannya kerana mereka ingin
menambahkan pengetahuan mereka dan juga
untuk mendapatkan berkat Rumah Suci ini,
tempat yang dirahmati, tempat yang membawa
petunjuk dan tempat yang kedapatan padanya
tanda-tanda yang jelas. Di tempat ini juga kami
ingin mengenali seorang suci yang mulia, Abu
Muhammad 'Abdul-'Aziz (al-Mahdawi al-Qurashi)
, dengan berkat yang diberikan Makkah, dan ia
juga adalah cara ibadat terbaik dan tempat yang
paling mulia di muka bumi. Barangkali semangat
yang lahir daripada rasa kerinduan akan muncul
dan keinginan untuk menambahkannya akan
turun. Ia dibukakan kepada orang yang
"diberikan segala perkataan" dan menyaksikan
Tuhannya lebih hampir daripada "kadar dua
busur panah", meskipun dengan anggaran
kesempurnaan ini dan bahagian yang penuh,
"Katakanlah, 'Tuhan menambahkan
pengetahuanku." (20:114)
Sebahagian daripada syarat awal bagi seseorang
berilmu yang menyaksikan, iaitu ahli dalam
setesen ghaib dan nyata, ialah dia mengetahui
bahawa tempat tersebut (Makkah) mempunyai
pengaruh yang kuat kepada hati nurani. Jika hati
berada di mana-mana tempat di dalam dunia ini,
keadaannya menjadi paling mulia dan lengkap di
Makkah. Sebagaimana tahap kerohanian
berbeza-beza dalam keutamaannya, begitu juga
dengan tahap jasmani. Adakah permata sama
dengan batu, kecuali ia berada dengan orang
tertentu? Seorang ahli pada makam ini yang
telah disempurnakan menemui perbezaan pada
yang demikian sebagaimana Yang Haq
mengadakan perbezaan yang demikian. Adakah
rumah yang dibina daripada batu dan jeramai
sama dengan rumah yang dibina daripada emas
dan perak? Orang arif yang sampai adalah yang
menyerahkan segala hak kepada yang berhak.
Dia menjadi luar biasa dalam hayatnya dan
menjadi orang arif dalam zamannya. Jadi,
terdapat perbezaan yang besar di antara kota
yang bangunannya adalah yeng menyelerakan
nafsu dengan kota yang bangunannya adalah
tanda-tanda yang jelas!
Sahabatku bersetuju bahawa kewujudan hati kita
pada sesetengah tempat lebih berpengaruh
daripada tempat yang lain? Semoga Allah
merahmatinya. Dia meninggalkan khalwat di
dalam rumah menara yang dijaga, di bahagian
timur Tunis dipinggir pantai, dan dia memasuki
ar-Rabita ditengah-tengah liang kubur,
berhampiran dengan menara itu, pada bahagian
yang hampir dengan pintu. Ia dikaitkan dengan
al-Khidr. Saya bertanya kepadanya mengenai hal
tersebut dan dia berkata, "Aku lebih menemui
hatiku di sana daripada di dalam menara". Saya
juga mengalami di sana apa yang Syeikh itu
katakan.
Para wali mengetahui bahawa, lantaran
seseorang yang mendiami sesuatu tempat,
samada yang berkedudukan sebagai malaikat
yang mulia atau jin yang ikhlas, atau ia lantaran
himmah seseorang yang pernah mengunjungi
atau mendiami tempat tersebut - seperti rumah
Abu Yazid yang dipanggil "Rumah orang salih",
atau zawiyya al-Junayd di Shuniziyya, atau gua
Ibn Adham di Yaqin dan lain-lain tempat,
sekalipun orang-orang salih yang berkenaan telah
meninggalkan dunia ini namun, kesannya masih
kedapatan di tempat berkenaan dan ia
mempengaruhi hati nurani. Inilah sebabnya
mengapa masjid-masjid memberi kesan yang
berbeza-beza kepada hati, tetapi tidak dari segi
pahalanya. Kamu lebih menemui hati kamu di
masjid tertentu tetapi tidak di masjid lain. Ini
bukanlah kerana bumi, tetapi kerana kumpulan
jemaah dan keberkatan mereka. Orang yang
tidak mendapati perbezaan pada hatinya di
antara di masjid dan di pasar hanya memiliki
suasana tetapi tidak memiliki makam.
Saya tidak ragui, melalui penyingkapan dan
pengetahuan, sekiranya para malaikat dengan
pangkat yang berbeza-beza mendiami bumi ini,
yang paling tinggi kedudukan mereka dalam ilmu
dan makrifat akan mendiami Masjid al-Haram.
Keadaan kamu menurut mereka yang kamu
jadikan sahabat. Himmah mereka yang dalam
satu kumpulan memberi kesan kepada orang
yang duduk bersama kumpulan tersebut dan
himmah mereka adalah menurut pangkat mereka.
Jika persaingan didasarkan kepada himmah,
maka 124,000 Nabi-nabi, tidak termasuk aulia,
telah tawaf Rumah yang suci itu. Tidak ada Nabi
atau wali yang tidak ada himmah dengan Rumah
ini.
Kota ini adalah kota suci kerana ia adalah
Rumah yang Allah pilih di atas rumah-rumah
yang lain. Ia memiliki rahsia sebagai tempat yang
pertama dijadikan tempat beribadat seperti Allah
katakan,
"Rumah pertama yang didirikan buat
umat manusia adalah yang di Bakka,
tempat yang dirahmati, dan petunjuk
kepada seluruh alam. Padanya terdapat
tanda-tanda yang jelas - makam Ibrahim,
dan sesiapa memasukinya menjadi
aman" (3:97)
daripada segala ketakutan. Banyak lagi ayat-ayat
yang lain. Jika orang yang bersih berjalan ke kota
suci ini, dia akan mengalami makrifat dan
peningkatan yang belum pernah dia saksikan
sebelumnya dan tidak pernah terlintas dalam
fikirannya.
Diri akan dikumpulkan dalam bentuk ilmunya
sementara tubuh akan dikumpulkan dalam bentuk
amalannya. Bentuk ilmu dan amalan lebih
lengkap di Makkah berbanding dengan tempat-
tempat lain. Jika seseorang yang mempunyai hati
yang terbuka memasukinya untuk satu jam
sahaja, dia akan memperolehi yang demikian.
Jadi, betapa banyak yang akan diperolehinya jika
dia berada hampir dengannya dan mendiami di
sana dan melaksanakan segala tuntutan dan
peraturannya? Tidak diragukan bahawa
penyaksiannya di sana lebih lengkap dan luhur,
dan apa yang dikurniakan kepadanya lebih
murni, lazat dan menggembirakan. Sahabatku
memberitahuku bahawa dia merasakan
penambahan dan pengurangan menurut tempat,
dan dia tahu bahawa suasana yang demikian
juga muncul daripada keadaan orang yang
tinggal di sana atau himmahnya seperti yang
telah dinyatakan. Kami tidak meragui kaedah ini,
iaitu perakuan terhadap tempat dan daya-rasa
yang bertambah dan berkurang muncul daripada
kesempurnaan ahli makrifat dalam mengenal,
dan ketinggian makam serta kedudukannya
daripada yang lain, dan juga kekuatan
kearifannya. Semoga Allah menuliskan kebaikan
untuk wali tersebut dan mengurniakan kepadanya
segala kebaikan lantaran dia telah
mendapatkannya dan layak untuk yang demikian.
[Nama-nama Yang Indah dan hakikat
kewujudan]
Ketahuilah, semoga Allah memngurniakan
kejayaan kepada kita semua, sekalian orang
Islam! bahawa kebanyakan mereka yang
mengenali Allah dari kalangan mereka ahli kasyaf
dan ahli hakikat, tidak memiliki pengetahuan
tentang sebab permulaan alam maya melainkan
sekadar hubungan Azali dengan keadaannya
yang dibawa kepada kewujudan. Allah kurniakan
kepada makhluk-Nya apa yang Dia ketahui wajar
bagi makhluk-Nya. Di sini, kebanyakan manusia
berhenti. Kami, dan mereka yang Allah
perkenalkan apa yang Dia perkenalkan kepada
kami, telah mencapai hal yang lain. Ini ialah bila
kamu perhatikan kepada alam maya secara
terperinci dengan kebenaran dan anggarannya,
kamu dapati ia terhad dengan peringkat dan
tahap yang diketahui, dan golongan yang
terbatas dengan benda-benda yang serupa dan
tidak serupa. Jika kamu faham perkara ini, kamu
ketahui bahawa ia mempunyai rahsia yang seni
dan perkara yang ajaib di mana hakikatnya tidak
dapat disaksikan dengan jelas melalui fikiran dan
penyelidikan. Sebaliknya, ia adalah satu
daripada ilmu diberikan melalui kasyaf dan hasil
daripada mujahadah yang disertai oleh himmah
(semangat yang tinggi). Mujahadah tanpa himmah
tidak menghasilkan apa-apa, tidak juga memberi
kesan kepada ilmu, tetapi ia memberi kesan
kepada keelokan dan kesucian yang dirasai oleh
orang bermujahadah itu.
Ketahuilah, semoga Allah mengajarkan kepada
kamu rahsia pengertian dan mengurniakan
kepada kamu semua perkataan! bahawa Nama-
nama Yang Indah, yang di atas daripada nama-
nama yang boleh dihitung dan membawa turun
kebahagiaan di bawah nama-nama yang dihitung
itu, mempunyai kesan kepada alam maya.
Mereka adalah 'kunci-kunci pertama' yang hanya
Dia mengetahuinya. Setiap yang nyata dalam
kewujudan memiliki salah satu daripada nama-
nama yang khusus baginya. Yang nyata yang
dimaksudkan ialah yang mengumpulkan bersama
golongan daripada perkara-perkara yang nyata
tersebut. Tuhan bagi hakikat tersebut ialah nama
dan hakikat itu adalah hamba-Nya dan di bawah
penguasaan-Nya. Hanya itu sahaja.
Jika sesuatu mengumpulkan beberapa nama
bagi kamu, perkara itu bukanlah seperti yang
kamu bayangkan. Kamu perhatikan kepada
benda itu, kamu dapati ia mempunyai ciri-ciri
yang bersesuaian dengan apa yang ditunjukkan
oleh nama berkenaan, iaitu hakikat yang kami
nyatakan. Itu adalah seperti apa yang telah
diperakukan bagi kamu di dalam ilmu yang di
dalam akal luaran dan di bawah penguasaannya
menurut keadaan sesuatu yang satu dan tidak
boleh dipecahkan - seberti anasir yang satu
(jauhar) yang merupakan bahagian yang tidak
boleh dipecahkan. Sekalipun demikian, jauhar ini
mengandungi berbagai-bagai hakikat yang
memerlukan sebanyak itu juga Nama-nama Ilahi.
Hakikatnya ia dibawa kepada kewujudan dengan
memerlukan nama Yang Maha Berkuasa. Dalam
aspek kerapiannya ia memerlukan nama Yang
Maha Mengetahui. Dalam aspek kuasa memilih
ia memerlukan nama Yang Membentuk. Dalam
aspek yang membawanya menjadi nyata ia
memerlukan nama Yang Maha Mengetahui dan
Yang Maha Melihat, dan lain-lain. Walaupun
bahan ini adalah satu, ia mempunyai aspek-
aspek ini dan aspek yang lain yang kami tidak
nyatakan. Setiap aspek mempunyai banyak
aspek yang memerlukan nama yang berpadanan.
Aspek-aspek itu adalah hakikat dan mereka
bukanlah yang utama pada pandangan kami dan
ianya sukar untuk memegangnya dan lebih sukar
untuk memperolehinya melalui kasyaf.
[Wadah Nama-nama Ilahi]
Ketahuilah kami tidak akan menyentuh Nama-
nama dengan kepelbagaiannya bila kami melihat
kepada aspek yang diperlukan oleh makhluk di
dalam alam. Bila kita tidak melihat kepada yang
tersebut, kita melihat wadah yang dituntut oleh
ilmu yang diperlukan dan kami mendapati
bahawa Nama-nama yang menjadi wadah yang
mereka berdiri di atasnya adalah juga wadah
bagi Nama-nama itu. Jadi, ia mudah untuk
diperhatikan, melengkapkan tujuannya dan ia
mudah untuk pergi melepasi wadah-wadah ini
kepada cabang-cabangnya, sebagaimana mudah
untuk kembali daripada cabang kepada wadah
itu. Jika kamu perhatikan kepada semua Nama-
nama yang diketahui di bumi dan di langit, kamu
akan dapati tujuh nama ditujukan kepada Sifat-
sifat oleh mereka yang mengetahui ilmu Kalam
yang membicarakan mengenainya. Kami telah
bincangkan perkara ini dalam buku kami bertajuk
Insha' ad-Dawa'ir.
Matlamat kami dalam buku ini bukanlah tujuh
wadah yang dirujukkan kepada Sifat ini, tetapi
tujuan kami ialah wadah-wadah yang perlu bagi
membawa alam ini kepada kewujudan yang
nyata. Sama juga, kami tidak memerlukan
pembuktian akal tentang Yang Haq melebihi
kenyataan bahawa Dia wujud, mengetahui,
berkuasa, mencipta, hidup. Tidak ada yang lain
diperlukan. Tidak ada yang lebih daripada ini
dipertanggungjawabkan. Rasulullah s.a.w telah
membuat kita mengakui bahawa Dia Berkata-
kata. Fardu membuat kita mengakui bahawa Dia
mendengar, melihat dan seterusnya
sebagaimana dinamakan. Apa yang kita perlukan
di sini untuk mengenali nama-nama adalah bagi
kewujudan alam maya ini. Nama-nama ini
adalah Tuan bagi Nama-nama dan semua nama-
nama lain adalah di bawah jagaan mereka
seperti mana sebahagian daripada tuan-tuan ini
menjaga sebahagian yang lain.
Wadah bagi Nama-nama Ilahi adalah: Yang
Hidup, Yang Mengetahui, Yang Berkehendak,
Yang Berkata-kata, Yang Pemurah, Yang Adil. Ini
adalah cabang bagi dua Nama Ilahi: Yang
Mentadbir dan Yang Membahagikan. Yang Hidup
menentukan kefahaman kamu selepas dan
sebelum kamu wujud. Yang Mengetahui
menentukan keteguhan kamu pada wujud kamu,
dan sebelum wujud kamu menentukan ketetapan
kamu. Yang Berkehendak menentukan pilihan
kamu. Yang Berkuasa menentukan
ketidakwujudan kamu. Yang Berkat-kata
menentukan keabadian kamu. Yang Pemurah
menentukan kedudukan kamu yang dibawa
kepada kewujudan. Yang Adil menentukan
pangkat atau kedudukan kamu. Pangkat atau
kedudukan adalah yang terakhir bagi peringkat
kewujudan.
Hakikat-hakikat ini mesti wujud, dan nama-nama
mereka yang menjadi Tuan-tuan adalah juga
perlu. Yang Hidup adalah Tuan kepada Tuan-
tuan dan rakyat. Ia adalah Penghulu atau Imam.
Yang kedua kedudukannya ialah Yang
Mengetahui, kemudian Yang Berkehendak,
kemudian Yang Berkata-kata, kemudian Yang
Berkuasa, kemudian Yang Pemurah, dan yang
akhirnya Yang Adil. Ia adalah Tuan kepada
segala pangkat atau kedudukan dan peringkat
kewujudan yang terakhir. Baki nama-nama yang
lain adalah di bawah kekuasaan Penghulu-Tuan-
tuan.
[Penghulu (Imam) kepada Nama-nama
Ilahi]
Nama-nama tersebut menyerahkan Nama-nama
yang selebihnya dengan hakikat-hakikat mereka
kepada nama Allah dalam membawa alam maya
kepada kewujudan. Menurut kenyataan bahawa
Imam-imam kepada nama-nama, tanpa
mengambil kira alam maya, hanyalah empat -
Yang Hidup, Yang Berkata-kata, Yang
Mendengar dan Yang Melihat - bila Allah
mendengar tutur-kata-Nya dan melihat Zat Diri-
Nya, Wujud-Nya adalah sempurna dalam Zat-
Nya (tanpa mengambil kira alam maya). Kami
hanya maksudkan nama-nama yang dengannya
alam maya didirikan. Kami mempunyai banyak
nama-nama, jadi kami serahkan kepada tuan
mereka dan datang kepada mereka dalam
kehadiran mereka dan hanya menemui apa yang
telah kami nyatakan. Kami sampaikan menurut
apa yang kami saksikan. Jadi, inilah sebabnya
tuan-tuan kepada nama-nama itu menyerahkan
nama-nama yang lain kepada Allah bila asal usul
kita dibawa kepada kewujudan.
Yang pertama mengadakan tuntutan terhadap
alam maya ini ialah Nama Ilahi, Yang Mentadbir
(al-Mudabbir) dan Nama Ilahi, Yang
Membahagikan (al-Mufassil) diatas kehendak
nama Raja. Kemudian dua nama ini menghadap
kepada benda-benda yang daripadanya misal
wujud dalam alam maya ini sendiri tanpa ia
terlebih dahulu tidak-wujud, tetapi lebih tepat
daripada peringkat yang terdahulu, bukan
kewujudan yang terdahulu - seperti terbit
matahari mendahului permulaan siang. Sekalipun
kita hubungkan permulaan siang dengan terbitnya
matahari, ia adalah jelas bahawa sebab bagi
kemunculan siang ialah terbitnya matahari yang
menemaninya dalam kemunculannya. Beginilah
duduk perkaranya.
Kemudian dua Nama Ilahi ini mentadbirkan alam
maya ini dan membahagikannya tanpa didahului
oleh kejahilan mengenainya ataupun kurang
pengetahuan mengenainya. Jadi, bentuk yang
digubah itu muncul di dalam alam maya itu
sendiri. Kemudian, Nama-Nya, Yang Mengetahui,
dihubungkan kepada model (misal) tersebut
sebagaimana ia dihubungkan kepada bentuk
yang daripadanya diambil, walaupun jika ianya
tidak dilihat kerana ia tidak wujud seperti yang
akan dinyatakan dalam tajuk ini. "Daripada
apakah alam maya ini wujud?"
[Permulaan nama-nama bagi alam maya]
Permulaan nama-nama bagi alam maya ialah
dua Nama Ilahi ini: Yang Mentadbir dan Yang
Membahagi. Nama Yang Mentadbir ialah yang
merealisasikan masa yang ditentukan untuk
membawa kepada kewujudan. Nama Yang
Berkehendak berhubung dengannya menurut
kadar yang Yang Mentadbir membawanya keluar
dan mentadbirnya. Kedua-dua nama ini tidak
melakukan apa-apa dalam penciptaan misal ini
tanpa penyertaan nama-nama yang lain, tetapi
daripada belakang tirai dua nama ini. Jadi
kedudukan sebagai Penghulu adalah wajar buat
mereka, sementara yang lain tidak menyedarinya
sehinggalah bentuk misal (model) muncul.
Kemudian mereka menyaksikan di dalam hakikat-
hakikat ianya bersesuaian dengan mereka, dan
yang demikian menerbitkan rasa kasih
terhadapnya. Jadi setiap nama melahirkan rasa
kasih pada hakikatnya yang wujud dalam Misal
itu, tetapi ia tidak dapat memperolehi sebarang
kesan dalamnya kerana ia tidak dibenarkan oleh
kehadiran yang misal ini menyatakan dirinya.
Oleh itu, cinta dan kasih itu membawa mereka
kepada pencarian, usaha yang gigih dan
keinginan untuk membawa bentuk itu kepada
kewujudan supaya kuasa mereka boleh menyata
dan kewujudan mereka menjadi sah dalam
kenyataan. Tidak ada yang memiliki himmah yang
lebih tinggi daripada yang berkuasa yang tidak
mendapati seseorang yang berkuasa untuk
dikuasai dan meletakkannya di bawah
kekuatannya agar kekuasaan kekuatannya akan
menjadi sah - atau seseorang yang kaya yang
tidak menemui seseorang yang yang memerlukan
hartanya! Ia sama dengan semua nama-nama ini.
Jadi, nama-nama yang lain berlindung di bawah
Tuan mereka, Penghulu Yang Tujuh yang telah
dinyatakan, memohon mereka membawa sumber
misal ini yang mereka lihat pada zat seseorang
yang mengetahui kepada kewujudan. Inilah yang
ditunjukkan sebagai alam maya.
[Nama-nama Ilahi berada dalam
kesatuan berhubung dengan Zat,
berpisah berhubung dengan 'ada-
hubungan']
Ada orang yang mungkin bertanya, "Wahai yang
mengenal! Bagaimanakah Nama-nama Ilahi yang
lain melihat misal ini sedangkan kenyataannya
hanya Yang Melihat melihatnya dan setiap Nama
Ilahi memiliki hakikat yang nama lain tidak
miliki?" Kita boleh menjawabnya. Semoga Allah
kurniakan kejayaan kepada kamu! Kamu patut
tahu bahawa setiap Nama Ilahi mengandungi
semua Nama-nama Ilahi dan setiap nama
digambarkan oleh semua nama pada ufuknya.
Setiap nama itu hidup, berkuasa, mendengar,
melihat, berkata-kata dalam ufuknya dan dalam
pengetahuannya. Jika tidak bagaimanakah setiap
Nama Ilahi menjadi Tuan kepada sesuatu yang
berkhidmat kepadanya? Sungguh tidak
munasabah! Betapa jauhnya daripada kesan
yang nyata!
Walau bagaimanapun, di sana ada petunjuk seni
yang kebanyakan orang tidak menyedarinya. Ia
adalah bahawa kamu mengetahui dengan yakin
yang setiap biji gandum atau yang seumpamanya
mengandungi hakikat yang tidak dimiliki oleh
saudaranya, sebagaimana kamu tahu yang benih
ini tidak sama dengan benih yang lain, walaupun
mereka memiliki hal yang sama ataupun mereka
serupa. Jadi carilah kenyataan atau hakikat ini
yang membuatkan kamu membezakan dua benih
tersebut dan mengatakan, " Yang ini tidak sama
dengan yang itu". Hal ini benar bagi semua
perkara yang serupa dalam hal yang
menyerupakan mereka itu. Ia juga sama dengan
Nama-nama Ilahi: setiap nama mempunyai
hakikat yang nama itu kandungkan. Kemudian
kamu ketahui nama ini bukanlah nama yang lain
secara nilai seni (latifah) yang kamu gunakan
bagi membezakan biji-biji gandum dan setiap
yang serupa. Jadi, carilah makna ini sehingga
kamu mengenalinya melalui zikir, bukan melalui
renungan.
Walau bagaimanapun, saya ingin membawakan
kepada kamu tentang hakikat yang tidak
dibentangkan oleh sesiapapun sebelum ini.
Boleh jadi ianya tidak dibukakan atau
diperjelaskan dan saya tidak tahu samada ianya
akan diberikan kepada sesiapa sesudah saya
atau tidak daripada kehadiran yang
memberikannya kepada saya. Jika ianya dibaca
dan difahami melalui buku saya, maka saya
adalah yang pertama mengajar mengenainya
sementara mereka yang terdahulu tidak
menemuinya. Ianya ialah Nama-nama Ilahi,
seperti yang kami nyatakan, mengandungi hakikat
bagi nama-nama tersebut sementara latifah ini
wujud yang memberikan kepada kamu perbezaan
di antara dua benda yang serupa. Bagi nama
Yang Pengampun dan Yang Menghukum, iaitu
Yang Zahir dan Yang Batin, setiap nama ini
mengandungi apa yang dikandungi oleh penjaga-
penjaganya, daripada permulaannya hingga ke
akhirnya. Walau bagaimanapun, Tuan bagi
Nama-nama tersebut dan nama-nama yang lain
ada tiga martabat. Sebahagiannya berhubung
dengan darjat Tuan Nama-nama tersebut,
sebahagiannya memiliki darjatnya sendiri,
sebahagiannya dihubungkan dengan darjat Yang
Memberi Rahmat, sebahagiannya dihubungkan
kepada darjat Yang Memberi Hukuman. Nama-
nama ini adalah nama-nama alam maya yang
dihitungkan, dan Allah jualah Penolong!
[Nama Allah Yang Teragung]
Kemudian semua nama-nama merujuk kembali
kepada Penghulu-penghulu dan Penghulu-
penghulu merujuk kembali kepada nama Allah
dan nama Allah merujuk pula kepada Zat kerana
ia merdeka daripada nama-nama, dan memohon
bantuan dalam apa yang dipinta oleh nama-
nama tersebut. Jadi, "Yang Pemurah, Yang
Penyayang" mengabulkannya dan berkata,
"Berbicaralah dengan Penghulu-penghulu yang
berhubung dengan urusan membawa alam
kepada kenyataan menurut hakikat-hakikat
mereka." Nama Allah keluar kepada mereka dan
mengkhabarkan kepada mereka berita tersebut
dan mereka sukacita, gembira dan ceria dan
mereka masih demikian. Mereka memandang
kepada kehadiran yang dinyatakan dalam Tajuk
Enam dan membawa alam maya kepada
kewujudan yang nyata sebagaimana yang kami
akan nyatakan dalam tajuk berikutnya, Insya'
Allah.
"Allah mengatakan yang benar dan
memimpin kepada jalan yang
lurus" (33:4)
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar