Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Selasa, 29 Oktober 2013
27: Ciri-ciri Dan Doktrin Nabi Palsu
Nabi Muhammad s.a.w terkenal di seluruh Tanah
Arab, sampai ke Yamamah. Baginda s.a.w
dikenali sebagai Utusan Allah dan seorang
pemimpin yang agung menguasai sebuah
kerajaan yang besar dan kuat. Kemuliaan dan
kebesaran baginda s.a.w bertapak dalam hati
orang ramai. Salah seorang yang mengagungkan
kebesaran Nabi Muhammad s.a.w itu adalah
Musailima bin Habib dari Banu Hanifah yang
tinggal di Yamamah. Musailima bukanlah seorang
yang berkedudukan mulia dalam puaknya. Dia
lebih merupakan orang suruhan yang melakukan
kerja-kerja menurut arahan golongan atasan
dalam puaknya. Ketika rombongan Banu Hanifah
berangkat ke Madinah untuk berjumpa dengan
Nabi Muhammad s.a.w, Musailima dibawa
bersama. Dia ditugaskan mengangkat barang-
barang dan menjaga serta memberi makan
haiwan tunggangan. Rombongan Banu Hanifah
berhenti di luar kota Madinah. Musailima tinggal
menjaga barang-barang sementara ahli
rombongan yang lain memasuki kota Madinah
untuk menemui Rasulullah s.a.w. Rombongan
Banu Hanifah itu telah memeluk Islam di
hadapan Rasulullah s.a.w. Sebagai tanda
persahabatan Islam, Rasulullah s.a.w
memberikan mereka beberapa hadiah. Mereka
juga telah menceritakan tentang salah seorang
daripada mereka yang berada di luar kota
Madinah menjaga barang-barang mereka.
Rasulullah s.a.w berkenan juga memberikan
hadiah kepada orang Banu Hanifah yang
menjaga barang-barang itu sambil baginda s.a.w
bersabda yang maksudnya: “Dia bukan lebih
hina daripada kamu”. Rasulullah s.a.w secara
lembut menegur orang-orang Banu Hanifah
bahawa tidak baik jika salah seorang daripada
mereka yang merdeka diberi layanan sebagai
budak suruhan. Mereka tidak seharusnya
merendahkan sesama sendiri.
Setelah kembali ke tempat barang-barang
ditinggalkan, mereka yang telah berjumpa
dengan Rasulullah s.a.w telah memberikan
hadiah kiriman baginda s.a.w kepada Musailima.
Mereka menceritakan apa yang telah dikatakan
oleh baginda s.a.w. Pemberian hadiah, diiringi
oleh kata-kata yang baik daripada seorang
pemimpin yang sangat agung telah menimbulkan
kejutan dalam jiwa Musailima yang selama ini
tidak pernah dipandang mulia oleh kaumnya.
Hatinya mengulangi kata-kata baik yang
diucapkan mengenainya itu. Dia merenung
dirinya sendiri yang mendapat perhatian
daripada seorang Rasul dan pemerintah yang
begitu mulia. Tentu sekali perhatian diberikan
kepadanya kerana dia juga seorang yang mulia.
Semakin dia merenung dirinya semakin dia
menjadi asyik dengan dirinya. Rasa kemuliaan
diri timbul dalam dirinya, semakin lama semakin
kuat. Musailima menjadi asyik mahsyuk dengan
dirinya sendiri.
Keasyikan kepada diri sendiri merupakan pintu
masuk kepada alam gelap yang membentuk
misal diri yang mulia. Musailima telah dibawa
kepada penggoda-penggoda alam gelap dan
akhirnya dia menemui apa yang telah ditemui
oleh Petrus, penganut agama Nasrani. Petrus
telah ditabalkan oleh iblis menjadi nabi.
Musailima juga menerima pertabalan tersebut.
Petrus bersekutu dengan Isa al-Masih. Musailima
bersekutu dengan Nabi Muhammad s.a.w. Petrus
menerima ‘wahyu’ dari iblis. Musailima juga
menerima yang demikian. Petrus mengaku
menjadi nabi. Musailima juga mengaku menjadi
nabi. Bertambahlah bilangan nabi-nabi palsu
yang ditabalkan oleh iblis.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w selain
Musailima ada dua orang lagi yang mengaku
menjadi nabi. Mereka adalah Thulaihah al-Asadi
dan seorang wanita Banu Tamim bernama
Sajjah. Tiga orang nabi-nabi palsu itu diperangi
oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddik kemudian hari
nanti. Kaum Muslimin mengetahui bahawa
mereka adalah nabi-nabi palsu, tetapi ke tiga-
tiga mereka tidak tahu yang diri mereka adalah
nabi-nabi palsu. Mereka benar-benar percaya
bahawa mereka adalah nabi. Musailima yakin
bahawa dirinya bersekutu dan bersatu dengan
Nabi Muhammad s.a.w dan dia lebih mulia
daripada Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.
Bermula dengan keasyikan dengan diri sendiri
Petrus, Musailima, Thulaihah dan Sajjah
membangkitkan keegoan roh haiwani mereka.
Satu medan alam ghaib di bawah bumbung
langit dunia terbuka kepada roh haiwani mereka
yang dikenderai oleh ego diri. Mereka masuk ke
dalam Alam Misal gubahan iblis. Dalam Alam
Misal tersebut mereka menyaksikan keagungan,
kemuliaan dan kesempurnaan diri mereka sendiri
melebihi segala kewujudan. Apabila mereka
sudah merasakan diri mereka melebihi daripada
segala sesuatu mereka pun ditabalkan oleh iblis
menjadi nabi-nabi, iaitu utusan iblis bagi
menyebarkan ajaran sesat kepada umat manusia.
Tuhan mereka adalah diri mereka sendiri dan
syariat mereka adalah hawa nafsu. Nabi-nabi
iblis itu akan menanggalkan kehambaan,
menghalalkan arak, judi dan zina. Mereka
menggugurkan kewajipan sembahyang lima
waktu, puasa dan zakat. Apa sahaja yang
dinamakan syariat Islam bagi mereka adalah
kosong, tidak ada faedahnya. Amalan agama
yang mereka bawa sangat bersesuaian dengan
kehendak hawa nafsu.
Nabi-nabi iblis akan muncul dari masa ke masa.
Mereka akan merombak peraturan syariat dan
Sunah. Mereka membawa cerita-cerita ganjil
yang mengelirukan. Mereka meletakkan al-Quran
di bawah tapak kaki mereka dan meletakkan
ceritera daripada iblis di atas kepala mereka.
Sifat yang nyata lahir daripada mereka adalah
ujub dan riak. Mereka mendakwa bahawa
merekalah yang paling benar, paling bermakrifat.
Nabi palsu berbeza daripada orang munafik.
Orang munafik memutar-belitkan agama tanpa
membawa satu bentuk kepercayaan khusus
sebagai alternatif. Orang munafik tidak
mempunyai pendirian yang tetap. Asal sahaja
mereka dapat memesungkan yang benar mereka
sudah berpuas hati. Nabi palsu pula membawa
agama alternatif dengan menggunakan istilah
agama yang sudah ada. Mereka mempunyai
kepercayaan dan pegangan yang khusus. Ada
amalan tertentu yang mereka titik beratkan.
Munafik hanya bersandar kepada hukum akal
dan logik lahiriah. Nabi palsu pula menutup pintu
akal dan membuka prinsip mengimani sumber
ghaib yang berhubungan dengan mereka.
Munafik memperbanyakkan hujah. Nabi palsu
membentuk kepercayaan tanpa hujah. Setiap
munafik bebas meminda agama menurut
kehendak individu. Pengikut nabi palsu pula
berpegang bulat kepada apa yang dikatakan oleh
ketua mereka yang dipercayai sebagai nabi itu.
Kedua-dua golongan tersebut akan membina
jalan-jalan yang selari dengan jalan yang lurus
dan mereka akan mencuba menarik umat Islam
supaya masuk kepada jalan mereka. Orang yang
tergelincir kepada jalan munafik dan jalan nabi
palsu masih merasakan yang dia berada pada
jalan yang lurus.
Gerakan Musailima tidak mendapat pengaruh
ketika Nabi Muhammad s.a.w masih hidup.
Setelah Rasulullah s.a.w wafat puak yang ingin
lari daripada pemerintahan Madinah telah
memberi sokongan kepada Musailima tetapi
mereka dapat dikalahkan oleh kaum Muslimin
yang dipimpin oleh Saidina Abu Bakar as-Siddik.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar