Islam sangat menitik beratkan dalam penjagaan
rambut samada menyikat, merapi, mendandan,
memotong dengan kemas (bagi lelaki) atau
memanjangkan (bagi wanita) , menyinarkan,
menyapu minyak yg wangi dan sebagainya.
Berdasarkan hadith yang sahih diriwayatkan oleh
Abu Daud : "apabila seseorang dari kamu
mempunyai rambut maka muliakanlah". Hadith ini
umum baik bagi golongan lelaki mahupun bagi
golongan perempuan.
Perempuan yang menggunting rambut :
Adapun perempuan yg menggunting rambut tidak
ada tegahan dalam syara'. Para isteri2 Nabi saw
mereka membiarkan rambut mereka panjang
hingga melepasi paras bahu atau melepasi paras
telinga ( ﺍﻟﻮﻓﺮﺓ ) seperti yg telah disebut oleh syeikh
asmui' ( ﺍﻷﺻﻤﻌﻲ ). Namu setelah kewafatan Nabi,
para isteri Nabi memendekkan rambut2 mereka
ntuk tidak mahu berhias dan mereka tidak berhajat
untuk memanjangkan rambut seperti yg telah
dinyatakan oleh Qadhi 'Iyadh rhm.
Perempuan yang mencukur kepala :
Imam An-Nasai meriwayatkan daripada saidina Ali
r.a berkata : Rasulullah saw menegah perempuan
yang mencukur kepala dan perempuan yang
mencukur kepalanya tidak layak digelar
perempuan sedangkan rambut itu perhiasan yg
khusus baginya. ( perempuan2 di zaman jahiliah
apabila mereka ditimpa musibah seperti kesedihan
kerana kematian suami atau anak, mereka
mencukur kepala )
Perempuan yang memakai rambut palsu :
Di sini ada dua pendapat :
1 - memakai rambut palsu hukumnya haram
secara mutlak. - Mazhab Malik
2 - memakai rambut palsu yg dibuat dari rambut
manusia atau binatang yang najis hukumnya
haram. Adapun rambut yang dibuat dari binatang
yg tidak najis seperti bulu kambing yang dijadikan
benang hukumnya harus tetapi dengan syarat jika
diizinkan suami - Mazhab Syafie.
*jadi apakah kepentingan seseorang perempuan
akhir zaman memakai rambut palsu tidak lain
hanyalah ntuk kelihatan anggun dan ditanyangkan
kepada orang yang bukan mahram maka
hukumnya berat bertambah berat....hmm
penterjemah : Imam Muda
rujukan : ﺍﻟﻔﺘﺎﻭﻯ ﻣﻦ ﺃﺣﺴﻦ ﺍﻟﻜﻼﻡ ﻓﻲ ﺍﻟﻔﺘﺎﻭﻯ ﻭﺍﻷﺣﻜﺎﻡ - ﺷﻴﺦ ﻋﻄﻴﺔ
ﺻﻘﺮ , mu'jam khalil..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar