Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Kamis, 24 Oktober 2013
7: PERMULAAN JASAD MANUSIA
Permulaan Jasad Manusia
[Yang pertama muncul kepada
kewujudan dalam Alam Besar dan
kumpulan terakhir yang dikeluarkan]
Hakikat dalaman manusia tumbuh
menjadi kerajaan dengan kekuasaan yang nyata
Kemudian zatnya bersemayam di atas
singgahsana Adam
sebagaimana Arasy diduduki oleh Yang Maha
Pemurah.
Hakikat jasadnya muncul dalam bentuk asalnya,
dan kerajaan bagi kewujudan kedua lengkap
dengannya.
Pengenalan ilmunya lahir dalam kenyataannya
di kalangan yang mulia dan yang membenci
Maka mimpinya menjadi remeh-temeh lantaran
pengetahuannya
dan syaitan yang direjam menjadi bangga.
Mereka mencari kehampiran Allah dalam
Malakut-Nya
tetapi syaitan kecil membawa kesesatan kepada
mereka.
[Kejadian alam yang didiami]
Ketahuilah! Semoga Allah membantu kamu! -
masa didiami alam semulajadi ini yang
dikongkong oleh masa dan dikandung oleh ruang
adalah 71,000 tahun yang diketahui dalam dunia
ini. Tempuh masa ini adalah 11 hari daripada
hari-hari nama-nama yang lain. Dan satu dua
perlima hari daripada hari-hari Pemilik
Pendakian. Ada berbagai-bagai jenis hari. Allah
berfirman,
"Dalam satu hari yang ukurannya 50,000
tahun" (4:70)
dan
"satu hari pada sisi Tuhan kamu
seumpama 1000 tahun bilangan kamu
"(22:47) .
Hari yang paling singkat ialah yang diukur melalui
pergerakan sfera yang meliputi yang menyata
dalam hari kita 24 jam. Hari yang paling singkat
bagi orang Arab, iaitu yang ini, kepunyaan sfera
yang paling besar. Itu adalah kerana
pengaruhnya terhadap sfera di dalamnya kerana
pergerakan apa yang di bawahnya pada malam
dan siang pergerakan permukaannya mengheret
baki sfera yang diliputinya.
[Pergerakan asas dan pergerakan
permukaan sfera]
Setiap pergerakan sfera diikuti oleh pergerakan
permukaannya. Setiap sfera di bawahnya ada
dua pergerakan pada pergerakan yang sama:
pergerakan asas dan pergerakan permukaan.
Setiap pergerakan asas pada setiap sfera
mempunyai hari tertentu berlaku daripada Sfera
Yang Meliputi yang dinyatakan dengan firman-
Nya, "menurut kiraan kamu". Semuanya
melintasi Sfera Yang Meliputi. Bilamana ia
melintasinya secara keseluruhannya, harinya
menjadi kepunyaannya dan lakarannya
berpusing. Hari yang paling singkat ialah 28 hari
"menurut kiraan kamu". Ia adalah ukuran lintasan
pergerakan bulan dalam Sfera Yang Meliputi.
Allah dirikan tujuh planet di langit supaya
pandangan manusia boleh menyaksikan lintasan
sfera-sfera dalam Sfera Yang Meliputi
" bagi mengetahui bilangan tahun dan
hitungan" (10:5). "Dia tentukannya
melalui setesen-setesen supaya kamu
mengetahui bilangan tahun dan
hitungan" "Kami akan bezakan segala
perkara" (17:11) "Ia adalah ketentuan
Yang maha Berkuasa, Maha
Mengetahui" (6:96).
Setiap planet ada hari yang ditentukan yang
membezakan mereka di antara satu sama lain
menurut kelajuan pergerakan aslinya atau kecil-
besar saiz sferanya.
[Penciptaan Qalam dan Loh Mahfuz]
Ketahuilah Allah kemudiannya menciptakan
Qalam dan Loh Mahfuz dan memanggilnya Akal
dan Roh. Dia kurniakan kepada Roh dua sifat:
sifat ilmu dan sifat amal atau perbuatan. Dia
menjadikan Akal sebagai pengajar dan
menyampaikan secara menggunakan
penyaksiannya, seperti keadaan memotong
daripada bentuk pisau tanpa ia mengatakan apa-
apa mengenainya. Allah ciptakan unsur (jauhar)
tanpa diri iaitu Roh yang telah diceritakan yang
dipanggil habuk (debu). Ini adalah istilah yang
sampai kepada kita daripada 'Ali ibn Abi Talib.
[Penciptaan habuk (haba')]
Habuk disebut dalam bahasa Arab. Allah
berfirman,
"ia bertaburan seperti habuk" (56:6) .
Ia adalah demikian bila 'Ali ibn Abi Talib
menyaksikannya, bermakna unsur ini bertaburan
dalam bentuk aslinya, dan tiada bentuk yang
terlepas daripadanya kerana anasir yang
dipanggil habuk ini membentukkan bentuk rupa..
Ia ada dengan setiap bentuk oleh hakikatnya. Ia
tidak boleh dipecahkan ataupun dinyatakan
secara pengurangan. Ia seumpama keputihan
yang wujud pada setiap benda putih oleh zatnya
dan hakikatnya. Tidak dikatakan ada
pengurangan keputihan menurut kadar benda itu
menerima keputihan. Ini menyerupai keadaan
unsur ini.
[Empat peringkat di antara Roh dengan
Habuk]
Allah mengadakan empat tahap di antara Roh ini
yang dinyatakan oleh dua sifat tersebut dan
habuk itu. Dia jadikan setiap peringkat sebagai
satu tahap bagi empat malaikat. Dia melantik
malaikat-malaikat ini sebagai penjaga kepada
apa yang Dia keluarkan pada alam di bawah
mereka, daripada 'Illiyun' hingga ke "yang paling
bawah". Dia kurniakan kepada setiap malaikat ini
pengetahuan yang perlu di bawa ke dalam alam.
Yang pertama Allah bawa kepada kewujudan
dalam bentuk asal yang berhubung dengan ilmu
dan pentadbiran malaikat-malaikat ini ialah
Badan Sejagat (Universal). Bentuk pertama yang
Allah bukakan dalam badan ini ialah bentuk sfera
(seperti bola) kerana ia adalah bentuk yang
terbaik. Kemudian Allah membawanya kepada
kewujudan dengan kesempurnaan gubahan, dan
jadikan semua yang Dia ciptakan di bawah
penjagaan malaikat-malaikat ini. Dia amanahkan
kepada mereka urusan berkenaan dalam dunia
ini dan juga akhirat dan memeliharanya daripada
melanggar apa yang Dia perintahkan kepada
mereka. Dia menceritakan kepada kita bahawa
mereka,
"tidak menderhakai Allah pada yang Dia
perintahkan dan mereka melaksanakan
apa yang mereka diperintahkan" (66:6).
[Penciptaan benda-benda (muwalladat)]
Kemudian Dia selesai menciptakan bahan-bahan
yang tidak bernyawa, tumbuh-tumbuhan dan
haiwan pada akhir 71,000 tahun dunia yang
kamu hitung dan aturkan dunia ini dalam
keadaan yang paling rapi. Daripada ciptaan yang
pertama hinggalah yang terakhir, iaitu haiwan,
Dia tidak menggunakan kedua-dua tangan-Nya
dalam ciptaan apa sahaja kecuali manusia.
Manusia adalah bentuk habuk yang berjasad.
Segalanya kecuali untuk itu Dia ciptakan
daripada perintah Ilahi atau dengan sebelah
tangan. Allah berfirman,
"Apabila Kami berkehendak menjadikan
sesuatu Kami hanya katakan 'jadi!(Kun)'
maka jadilah ia" (16:40).
Ini adalah perintah Ilahi. Dalam hadis ada
mengatakan Allah ciptakan syurga Adn dengan
tangan-Nya, menulis Taurat dengan tangan-Nya,
menanam pokok Thuba dengan tangan-Nya dan
menciptakan Adam, iaitu manusia, dengan
kedua-dua tangan-Nya. Bagi menunjukkan
kemuliaan bagi Adam, Allah berfirman kepada
iblis,
"Apa yang menghalang engkau sujud
kepada apa yang Aku ciptakan dengan
tangan-tangan-Ku?" (38:75).
[Sfera paling rendah dan Buruj Dua Belas
(zodiak)]
Bila Allah ciptakan sfera yang paling rendah,
iaitu yang pertama dinyatakan di atas, Dia
membahagikannya kepada 12 bahagian dipanggil
"Buruj". Allah berfirman,
"dan langit dengan buruj-buruj" (85:1).
Setiap bahagian ada buruj dan bahagian-
bahagian tersebut ada empat suasana. Dia ulangi
setiap bahagian daripada empat bahagian itu
pada tiga tempat. Dia jadikan bahagian-bahagian
ini seumpama tempat perhentian dan takungan
air di mana pengembara berhenti, dan dalamnya
pelayar yang dalam pelayaran mengembara
maka pada perhentian inilah sampainya
perjalanan planet-planet yang melalui mereka.
Apa yang Allah adakan dalam sfera planet-planet
ini yang laluannya melalui buruj-buruj tersebut
supaya, melalui lintasan dan perjalanan mereka,
diadakan apa yang Dia berkehendak pada alam
anasir dan semulajadi. Dia jadikan mereka
sebagai tanda perjalanan bagi kesan pergerakan
sfera buruj-buruj, maka ketahuilah akan yang
demikian!
[Alam semulajadi dan empat anasir]
Alam semulajadi pada satu bahagian daripada
empat bahagian itu ialah panas dan kering;
keduanya sejuk dan kering; ketiganya panas dan
basah; dan keempatnya sejuk dan basah. Dia
jadikan bahagian kelima dan kesembilan seperti
bahagian yang pertama, yang keenam dan
kesepuluh seperti yang kedua, yang ketujuh dan
kesebelas seperti yang ketiga, dan yang kelapan
dan kedua belas seperti yang keempat dalam
keadaan semulajadinya. Jadi Allah isikan badan
semulajadi menurut perbezaan, dan badan
anasir tanpa perbezaan, dalam yang empat ini
iaitu: panas, sejuk, kering dan basah. Walaupun
mereka empat acuan, Allah jadikan dua
daripadanya sebagai asas kepada kewujudan
dua yang lain. Haba mengeluarkan kekeringan
dan sejuk mengeluarkan kebasahan. Ini
dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya,
"Tidak ada yang basah atau yang kering
melainkan sudah ada dalam Buku Yang
Nyata" (6:59)
lantaran sebab itu, oleh kerana ia dikeranakan,
mesti ada kewujudan sebab, atau jika ia adalah
kesan, maka ia mesti ada sebab, bagaimanapun
kamu meletakkannya. Kewujudan sebab tidak
memerlukan kewujudan sesuatu akibat.
[Al-Falak al-Atlas]
Bila Allah ciptakan sfera yang pertama ini, ia
berpusing dengan lakaran yang penghujungnya
hanya Allah sahaja mengetahuinya kerana tiada
badan terhad di atasnya untuk melintasinya. Ia
adalah badan tipis (jarang) yang pertama.
Pergerakan menurut perkiraan dan dijadikan
jelas. Allah tidak ciptakan apa-apa dalamnya.
Kemudian pergerakan menjadi jelas dan berakhir
pada sesuatu yang berada di dalamnya. Jika
tidak demikian, pergerakan di dalamnya tidak
akan menjadi jelas samasekali kerana tidak ada
planet dalam al-Falak al-Atlas, dan ia
menyerupai dirinya sendiri. Jadi ukuran satu
pergerakan dalamnya tidak diketahui dan tidak
juga ditentukan. Sekiranya ada sebahagian
daripadanya di dalamnya ia adalah berbeza
daripada bahagian yang lain, maka tanpa
keraguan pergerakannya akan dikira dengannya.
Tetapi Allah mengetahui ukurannya, akhirannya
dan ulangannya. Hari terjadi daripada
pergerakan itu. Di sana tidak ada malam atau
siang pada hari itu.
Kemudian perjalanan sfera ini berterusan dan
Allah ciptakan 35 malaikat sebagai tambahan
kepada 16 malaikat yang telah kami nyatakan.
Jadi jumlahnya menjadi 411 malaikat. Malaikat-
malaikat ini termasuklah Jibrail, Mikail, Israfil dan
Izrail. Kemudian Dia ciptakan 974 malaikat dan
tambahkan mereka kepada golongan malaikat
yang telah kami nyatakan. Dia bukakan kepada
mereka dan perintahkan mereka menurut bakat
mereka yang Dia ciptakan. Mereka berkata,
"Kami tidak turun, melainkan dengan
perintah Tuhanmu. Kepunyaan-Nya apa
yang di hadapan dan apa yang di
belakang kita, dan yang di antara
keduanya. Dan Tuhanmu tidak pernah
lupa" (19:64).
Allah berfirman kepada mereka,
"Mereka tidak menderhakai Allah pada
apa yang diperintahkan kepada
mereka," (66:6).
Mereka adalah malaikat yang khususnya menjadi
penjaga. Allah ciptakan malaikat yang menjadi
penghuni langit dan bumi untuk beribadat
kepada-Nya. Tidak ada tempat di langit dan di
bumi yang tidak ada malaikat padanya. Allah
terus menciptakan malaikat daripada nafas dunia
selagi ia bernafas.
[Penciptaan Kediaman yang paling
hampir]
Bila pergerakan sfera ini, yang tempuhnya
54,000 tahun menurut kiraan kamu, sudah
lengkap, Allah jadikan dunia ini dan tentukan
baginya ketentuan yang jelas yang mana ia akan
berakhir dan bentuknya akan terhapus. Ia akan
ditukarkan daripada menjadi tempat kediaman
kita dan menerima bentuk tertentu, iaitu apa
yang kita lihat hari ini, kepada
"bumi digantikan dengan bumi lain, dan
langit juga" .
Bila 36,000 tahun kiraan kamu mencukupi bagi
pergerakan sfera ini, Allah jadikan alam baharu:
Syurga dan Neraka yang Allah sediakan untuk
hamba-hamba-Nya, kedua-duanya yang bahagia
dan yang celaka. Di sana 9,000 tahun kiraan
kamu di antara penciptaan alam ini dan
penciptaan alam akhirat. Sebab itulah ia
dinamakan "yang kemudian" kerana ciptaannya
diperlambatkan sehingga selepas penciptaan
alam ini yang dipanggil "yang pertama" kerana ia
diciptakan sebelumnya. Allah berfirman,
"Yang kemudian adalah lebih baik bagi
kamu daripada yang terdahulu" (97:4).
Dia menyampaikan kepada Rasul-Nya s.a.w, dan
tidak mengadakan ketentuan binasa bagi Alam
Akhirat. Ia adalah abadi.
[Bumbung Syurga ialah al-Falak al-Atlas]
Allah jadikan sfera ini sebagai bumbung Syurga.
Kita panggilnya Arasy yang pergerakannya tidak
khusus dan tidak juga jelas. Pergerakannya
berterusan, tiada kesudahan. Tidak ada ciptaan
yang telah kami nyatakan diciptakan tanpa
matlamat kedua, iaitu menghubungkan dirinya
kepada kewujudan manusia yang menjadi Wakil
Raja dalam dunia ini. Saya katakan "matlamat
kedua" kerana matlamat pertama penciptaan
ialah mengenal Allah dan beribadat kepada-Nya
kerana inilah tujuan seluruh alam maya
diciptakan. Tidak ada apa kecuali yang
meninggikan puji-pujian-Nya. Makna matlamat
kedua dan pertama ialah hubungan kehendak,
bukan dalam ruangan masa berkehendak, kerana
kehendak Allah adalah sifat mutlak sebagaimana
Zat-Nya di ceritakan seperti juga semua sifat-
sifat-Nya.
[Pegerakan langit dan Pegerakan bumi]
Kemudian Allah ciptakan sfera-sfera ini dan
langit-langit, dan mengilhamkan kepada setiap
langit dengan perintah-Nya dan mengaturkan
cahaya-cahaya dan lampu-lampu di dalamnya,
dan mengisikannya dengan para malaikat dan
menjadikannya bergerak. Jadi semuanya
bergerak kerana mentaati Allah, datang kepada-
Nya, mencari kesempurnaan kehambaan yang
layak bagi masing-masingnya, kerana Allah
perintahkan kepada langit dan bumi,
"Datanglah dengan rela atau terpaksa"
dengan perintah yang ditujukan kepada mereka.
Mereka menjawab, "Kami datang dengan
rela" . Jadi, mereka terus menerus datang dan
terus bergerak, sekalipun pergerakan bumi
tersembunyi daripada kita. Ia bergerak
mengelilingi pusat kerana ia berpusing. Bagi
langit pula, ia datang dengan rela apabila Allah
perintahkan. Bumi datang dengan rela apabila ia
mengetahui akan dipaksa dan Allah mesti
membawanya bila Dia berfirman, "atau
dengan terpaksa" . Itulah yang dimaksudkan
dengan firman-Nya, "atau dengan terpaksa".
Ia datang dengan rela secara terpaksa!
"Dia dirikan tujuh langit dalam dua hari,
dan Dia mengilhamkan kepada setiap
langit dengan perintah-Nya" (41:12).
[Penciptaan bumi dan ketentuan
makanan padanya]
Allah ciptakan bumi dan tentukan makanan
padanya menurut bahan-bahan keluarannya. Dia
sediakan khazanah bagi keperluan pemakanan
mereka. Kami telah sentuh mengenai aturan
pembentukan dunia dalam buku al-'Aql al-
Mustawfir. Sebahagian daripada ketentuan
makanannya ialah kewujudan air, udara dan api,
begitu juga apa yang dikandungi sebagai wap,
awan, kilat, guruh, dan kesan-kesan daripada
langit.
"Itu adalah ketentuan Yang Maha Gagah,
Maha Mengetahui" (6:96).
Dia jadikan jin daripada api, dan burung, reptilia
di darat dan di laut, dan serangga daripada
kereputan bumi agar udara menjadi bersih bagi
kita, bebas daripada wap kereputan. Jika wap
kereputan itu bercampur dengan udara yang
dalamnya Allah amanahkan kehidupan dan
kesejahteraan manusia dan haiwan, akan
membuatkan mereka jatuh sakit, lemah dan
kepayahan. Jadi Allah sucikan atmosfera
untuknya sebagai kasihan belas-Nya bila Dia
jadikan makhluk ini daripada benda-benda reput.
Dengan demikian hanya kedapatan sedikit
penyakit.
[Penciptaan manusia]
Dan kemudian Kerajaan siap disusunkan dan
disediakan, namun tidak ada makhluk yang
mengetahui daripada jenis apakah Wakil Raja itu
akan diwujudkan, sedangkan demi kewujudannya
Allah sediakan kerajaan ini. Apabila masa yang
ditentukan menurut ilmu-Nya sampai bagi
mengwujudkan Wakil Raja tersebut, 17,000 tahun
sesudah dunia ini didiami dan 8,000 tahun
selepas alam kemudian, yang tidak ada
kesudahan, didiami, Allah perintahkan malaikat
membawakan segenggam tanah yang berbagai-
bagai jenis daripada bumi. Berbagai-bagai kisah
yang panjang diceritakan mengenai perihal
malaikat mengambil tanah tersebut. Allah
mengambilnya dan mengulinya dengan tangan-
tangan-Nya. Ini adalah perkataan-Nya,
" apa yang Aku ciptakan dengan tangan-
tangan-Ku" (38:75).
Allah mengamanahkan setiap malaikat yang telah
disebutkan dengan amanah bagi Adam. Dia
berfirman,
"' Aku ciptakan manusia daripada tanah
liat" (38:71).
Amanah ini yang ada dengan kamu adalah
miliknya. Bila Aku ciptakannya, setiap kamu
berikan kepadanya apa yang kamu ada yang Aku
amanahkan kamu baginya.
"Bila Aku siap menciptakannya dan Aku
tiupkan daripada roh-Ku kepadanya,
maka sujudlah kepadanya" (15:29).
Kemudian Allah uli tanah liat bagi ciptaan Adam
dengan kedua-dua tangan-Nya, sehingga
ditukarkan baunya iaitu kebusukan tanah liat. Itu
adalah bahagian yang udara berada di dalam
binaannya. Dia jadikan bahagian luarnya sebagai
tempat bagi anak-cucunya yang bahagia dan
yang celaka. Dia amanahkan apa yang ada
dalam tangan-tangan-Nya. Allah menerangkan
bahawa yang bahagia di dalam tangan kanan-
Nya dan yang celaka di dalam tangan kiri-Nya.
" Kedua-dua tangan Tuhanku adalah
tangan kanan yang suci". Dia berfirman ,
"Itu adalah bagi syurga dan yang
melakukan kebaikan ahli syurga. Itu
adalah untuk neraka dan mereka yang
melakukan amalan ahli neraka".
Dia amanahkan keseluruhannya dalam tanah liat
Adam, dan gabungkan yang bertentangan di
dalamnya secara prinsip anggaran. Dia
bentuknya atas pergerakan lurus, dan ia di
bawah penguasaan Virgo. Dia jadikan enam arah
baginya: atas, iaitu yang melepasi kepalanya,
bawah yang bertentangan dengannya iaitu di
bawah kakinya, kanan yang berada di sebelah
bahagiannya yang kuat, dan kiri yang
bertentangan dengannya yang disebelah
bahagiannya yang lemah, hadapan ialah yang
sebelum mukanya, dan belakang yang
bertentangan iaitu yang di belakang tengkuknya.
Dia bentukkan, seimbangkan dan susunkannya.
Kemudian Dia tiupkan daripada roh-Nya
kepadanya. Bila ia sudah ditiupkan kepadanya,
apabila ia menjalar ke seluruh bahagian
tubuhnya, empat perkara muncul . Empat
perkara itu ialah: cecair kuning (hempedu),
cecair hitam, darah dan air liur.
Cecair kuning dari anasir api yang daripadanya ia
dijadikan, firman-Nya,
"daripada tanah liat seumpama pembuat
periuk (dari tanah liat yang dibakar)
" (55:14).
Cecair hitam daripada tanah, firman-Nya,
"Dia ciptakannya daripada tanah" (15:26)
.
Darah daripada udara, dan daripada perkataan-
Nya, "tanah liat yang busuk". Air liur daripada air
yang dengannya tanah diuli dan menjadi tanah
liat. Kemudian Allah datangkan kuasa daya
tarikan yang dengannya haiwan menarik
makanan, kemudian kuasa mencengkam yang
dengannya haiwan memegang apa yang menjadi
makanannya, kemudian kuasa penghadaman
yang dengannya makanan dihadamkan, dan
kemudian kuasa membuang yang dengannya dia
mengeluarkan daripada dirinya - peluh, wap,
udara, najis dan lain-lain.
Bagi penyebaran wap dan pembahagian darah di
dalam urat daripada hati dan setiap bahagian
haiwan, ia dengan kuasa penarikan, bukan kuasa
pembuangan. Bahagian kuasa pembuangan
hanya apa yang ia keluarkan, iaitu bahan-bahan
buangan. Kemudian Allah datangkan kuasa
memberi makan, membesar, deria-deria,
imaginasi, ilusi, kebolehan menyimpan dan
ingatan. Semuanya ini dalam manusia sama
sahaja dengan yang dalam haiwan, tidaklah
meletakkannya pada taraf manusia melainkan
kerana empat kebolehan: kebolehan imaginasi,
ilusi, kebolehan menyimpan dan daya ingatan.
Kebolehan ini lebih kuat dalam manusia daripada
dalam haiwan.
Kemudian Dia kurniakan kepada manusia bakat
atau kebolehan untuk mengerti, pemikiran dan
akal, dan ini menjadikannya berbeza daripada
haiwan. Dia letakkan sekalian bakat-bakat ini
pada jasad manusia sebagai alat bagi Diri Zahir
memperolehi segala manfaat daripadanya.
" Kemudian Dia bentuknya kepada
makhluk yang lain" (23:14),
iaitu kemanusiaan. Dia jadikan manusia
mengenal melalui bakat-bakat tersebut, dan dia
menjadi hidup, mengetahui, berkuasa,
berkehendak, berkata-kata, mendengar dan
melihat menurut sempadan yang dimilikinya.
" Segala puji bagi Allah, sebaik-baik
Pencipta" (23:14).
Kemudian Allah tidak menamakan Diri-Nya
dengan sebarang nama tanpa meletakkan
sebahagian daripada sifat nama tersebut kepada
manusia sebagai bahagian yang daripada-Nya
yang menyata dalam dunia menurut apa yang
wajar baginya. Kerana itulah ada orang yang
memahamkan perkataan Rasulullah s.a.w, "Allah
ciptakan manusia dalam rupa-Nya" sebagai
membawa maksud ini. Dia hantarkan manusia
sebagai Wakil Raja iaitu wakil-Nya di bumi
kerana bumi merupakan sebahagian daripada
alam perubahan dan pertukaran, yang
bertentangan dengan Alam Tinggi. Pengadilan
berlaku di kalangan penghuni bumi menurut
perubahan yang berlaku pada alam langit.
Dengan demikian prinsip-prinsip bagi semua
nama-nama Ilahi menyata. Maka Adam lebih
tepat merupakan khalifah di bumi daripada di
langit dan syurga. Di sana apa yang Dia
perintahkan adalah: pengetahuan Nama-nama,
sujudnya malaikat-malaikat, dan keingkaran iblis
sebagaimana yang akan dibicarakan pada
bahagian yang sesuai nanti, Insya' Allah.
[Jasad manusia dan jenisnya]
Tajuk ini dikhususkan untuk membicarakan
tentang permulaan jasad manusia. Ada empat
jenis: jasad Adam, jasad Hawa, jasad Isa dan
jasad keturunan Adam. Setiap jasad ini berbeza
daripada pembentukan jasad-jasad lain menurut
hukum sebab musabab, sekalipun bersamaan
dalam bentuk zahiriah dan rohaniah. Kami
katakan ini, dan membicarakan mengenainya
agar akal yang lemah tidak terdorong untuk
membayangkan kuasa Ilahi atau hakikat sebagai
tidak cukup berkuasa, dan menganggapkan
bahawa makhluk bangsa manusia ini muncul
daripada hanya satu penyebab yang zatnya
memperkenankan pembentukan ini. Allah
menyangkal keraguan ini lantaran pembentukan
manusia ini muncul pada Adam dengan cara
yang ia tidak muncul pada Hawa; jasad Hawa
muncul melalui perantaraan yang jasad Adam
tidak muncul melaluinya; dan jasad keturunan
Adam muncul melalui cara yang jasad Isa tidak
melaluinya. Setiap daripada semua ini dipanggil
manusia menurut istilah. Ianya begitulah
seharusnya diketahui bahawa Allah mempunyai
ilmu mengenai segala perkara dan bahawa Dia
berkuasa berbuat apa sahaja.
Kemudian, Allah gabungkan semua empat jenis
makluk ini dalam satu ayat Quran, Surah al-
Hujurat (49:13 ) Dia berfirman,
" Wahai manusia, Kami yang ciptakan
kamu"
bermaksud Adam, "daripada lelaki" bermaksud
Hawa dan "daripada perempuan" bermaksud
Isa, dan digabungkan "daripada lelaki dan
perempuan" bermaksud melalui perkahwinan
dan kelahiran. Ayat ini adalah sebahagian
daripada "semua perkataan" dan "ungkapan
yang jelas" yang disampaikan kepada Rasulullah
s.a.w.
[Jasad Adam dan jasad Hawa]
Kemudian jasad Adam muncul sebagaimana
yang dinyatakan, dan dia tidak ada keinginan
untuk berkahwin. Allah sudah mengetahui
ketentuan untuk kelahiran, pembiakan dan
perkahwinan dalam kewujudan ini. Perkahwinan
pada tempat ini adalah bagi kesinambungan
kewujudan jenis-jenis. Kemudian Dia ciptakan
Hawa daripada tulang rusuk Adam yang paling
kecil. Oleh sebab itu perempuan berada pada
peringkat yang lebih rendah daripada lelaki
seeprti firman Allah,
" Lelaki ada kelebihan di atas
perempuan" (2:228).
Jadi perempuan tidak dapat mengatasi lelaki.
Hawa memiliki kebengkokan yang ada pada
tulang rusuk, maka dengannya dia mempunyai
kecenderungan kepada anak-anak dan suami.
Kecenderungan lelaki (=kemesraan) kepada
perempuan adalah kecenderungannya terhadap
dirinya sendiri kerana perempuan adalah
sebahagian daripadanya. Perempuan tertarik
kepada lelaki kerana dia diciptakan daripada
tulang rusuk, dan tulang rusuk ada kelengkungan
dan kecenderungan.
[...cinta Adam dan cinta Hawa]
Allah isikan bahagian Adam yang daripadanya
muncul Hawa dengan keinginan terhadapnya
(Hawa) kerana tidak seharusnya ada kekosongan
pada kewujudan. Bila Dia isikan pada Adam
keinginan, Adam merindui Hawa sebagaimana
dia merindui dirinya sendiri kerana Hawa adalah
daripadanya. Hawa merindui Adam kerana Adam
adalah asalnya di mana dia diciptakan. Cinta
Hawa adalah kecintaan kepada asal usul, dan
kecintaan Adam adalah cintakan diriny sendiri.
Kerana sebab itu, kecintaan lelaki kepada
perempuan menyata kerana perempuan adalah
sama dengannya, dan perempuan pula diberikan
bakat yang ditentukan dengan sifat pemalu dalam
menyintai lelaki. Perempuan mampu berahsia
kerana asal usulnya tidak disatukan kepadanya
seperti Adam disatukan kepada Hawa.
Allah gubahkan dalam tulang rusuk itu semua
yang Dia gubahkan dan ciptakan pada jasad
Adam. Pembentukan jasad Adam dalam
bentuknya sama seperti pembuat periuk
menggubahkan daripada tanah liat dan bakaran.
Pembentukan jasad Hawa sama seperti tukang
kayu gubah ukiran pada kayu. Bila dia ukirkan
Hawa dalam tulang rusuk dan tentukan
bentuknya, sempurnakan pembentukannya,
ditiupkan padanya daripada roh-Nya. Hawa
mendapat tempat sebagai perempuan yang
hidup dan boleh berkata-kata, mengambil
tempatnya dalam pembiakan. Adam berasa
tenteram dengan Hawa dan Hawa berasa
tenteram dengan Adam. Hawa adalah "pakaian
Adam dan Adam pakaian Hawa" Allah berfirman,
" Mereka adalah pakaian kamu dan kamu
pakaian mereka" (2:187).
Keinginan menjalar kepada seluruh bahagian
jasadnya dan dia mencari Hawa.
[Kejadian jasad jenis ketiga]
Kemudian Adam menutupi Hawa dan
menuangkan air ke dalam kandungannya dan
dengan setitik air itu, darah haid yang Allah
tentukan untuk perempuan mengalir, dan dalam
jasad itu terbentuk jasad ketiga yang berbeza
daripada cara pembentukan jasad Adam dan
Hawa. Inilah jasad jenis ketiga. Allah peliharakan
pembentukan di dalam kandungan itu seperingkat
demi seperingkat dengan perubahan daripada air
mani kepada darah beku kepada segumpal
daging kepada tulang. Kemudian Allah pakaikan
daging kepada tulang. Bila pertumbuhan
kehaiwanan ini lengkap, Dia bentukkan makhluk
lain dan dengannya meniupkan roh manusia ke
dalamnya.
" Segala puji bgai Allah, Pencipta yang
paling baik" (23:14).
Sekiranya bukan kerana terlalu panjang, tentuk
mai terangkan pembentukan manusia di dalam
kandungan seperingkat demi seperingkat, dan
malaikat yang menjaga yang mengawasi
pembentukan janin dalam kandungan sehinggalah
ia keluar. Tetapi kami mahu perkatakan tentang
tubuh manusia. Walaupun sama menurut takrif,
kenyataan, perasaan dan bentuk yang khusus,
sebab bagi komposit berbeza agar tidak ada
orang yang membayangkan bahawa ia
kepunyaan zat penyebab. Maha Tinggi Allah! Itu
merujuk kepada Pelakun yang dipilih yang
melakukan apa yang Dia kehendaki bila Dia
kehendaki tanpa larangan atau tidak berupaya
dalam satu perkara berbanding dengan perkara
lain.
"Tiada Tuhan melainkan Dia, Maha
gagah, Maha Bijaksana" (3:18).
[Kejadian jasad Isa]
Pengkaji haiwan dan tumbuh-tumbuhan
mengatakan mani perempuan tidak mempunyai
apa-apa yang dibentuk daripadanya - walaupun
janin yang dalam kandungannya datang daripada
mani lelaki. Oleh yang demikian kami jadikan
pembentukan Isa sebagai pembentukan yang
lain, sekalipun peraturannya di dalam kandungan
menyamai peraturan bagi jasad-jasad bayi yang
lain. Kejadian jasad Isa adalah daripada mani
perempuan kerana Roh zahir kepadanya tanpa
menyalahi peraturan, atau ianya daripada tiupan
nafas tanpa air. Jasad Isa adalah jasad jenis
keempat, yang berbeza cara kejadiannya dengan
jasad-jasad yang lain. Allah berfirman,
" Sesungguhnya, kesamaan Isa" (2:56)
iaitu kejadian Isa,
" dengan Allah adalah umpama kesamaan
Adam. Dia ciptakannya daripada habuk".
Gantinama itu merujukkan kepada Adam.
Kesamaan itu merujuk kepada kejadian Isa tanpa
bapa, iaitu keadaan kejadiannya menyerupai
kejadian Adam, sekalipun Dia ciptakan Adam
daripada habuk. Kemudian Allah katakan,
" Jadi!".
Isa tidak berada dalam kandungan Maryam
selama tempuh kandungan biasa.
Pembentukannya berlaku dengan cepat kerana
Allah berkehendak menjadikannya sebagai tanda
bagi manusia dan menjadikannya sebagai
penafian kepada anggapan mereka yang
berpegang kepada hukum alam yang biasa, tidak
dengan kejadian yang rahsia dan ajaib yang
Allah pertaruhkan dalamnya. Sebahagian mereka
yang berakal merumuskan hal ini sebagai hukum
alam dan berkata, "Kami hanya tahu apa yang
Engkau beritahu, dan ia mengandungi perkara-
perkara yang kami tidak tahu".
[Manusia di bumi seperti akal di langit]
Inilah sebabnya kami nyatakan permulaan
kejadian jasad manusia dan kenyataan bahawa
terdapat empat jenis jasad yang terbentuk
secara berbeza dan manusia merupakan
kejadian yang paling akhir. Maka ia adalah
seumpama akal dan berhubungan dengannya
kerana kewujudan ini adalah bulatan. Permulaan
bulatan ialah kewujudan Akal Awal seperti yang
dinyatakan dalam hadis: "Yang pertama Allah
ciptakan ialah Akal". Ia merupakan jenis
pertama. Kejadian berakhir pada jenis manusia,
maka bulatan menjadi lengkap dan manusia
dihubungkan degan akal, sebagaimana titik akhir
bulatan disambungkan dengan awalnya.
Begitulah keadaannya. Di antara dua hujung
bulatan itu adalah semua jenis atau bangsa yang
Allah ujudkan dalam alam ini, di antara Akal
Awal, iaitu Qalam, dan manusia, iaitu kejadian
terakhir.
Kemudian garisan muncul daripada titik yang
berada di tengah-tengah bulatan kepada garis
lengkung bulatan yang muncul daripadanya, dan
muncul bersamaan pada setiap bahagian garis
lengkung. Ia serupa dengan hubungan Allah
dengan semua yang wujud. Ia adalah hubungan
yang sama. Perubahan tidak berlaku sama
sekali. Semua perkara bergantung kepada-Nya
dan menerima apa yang Dia kurniakan seperti
bahagian garis lengkung bergantung kepada titik
pusat.
Allah binakan bentuk manusia secara pergerakan
lurus seumpama bentuk kayu pemyokong kepada
khemah. Dia jadikan manusia sebagai penyokong
bumbung langit. Allah menahannya daripada
jatuh kerananya. Jadi manusia adalah seumpama
kayu penyokong khemah. Bila bentuk manusia ini
dihapuskan, dan tiada seorang manusia yang
masih ada di muka bumi, maka langit pun
runtuh, pada hari itu ianya akan jatuh kerana
kayu penyokongnya iaitu manusia sudah
terhapus.
Kemudian kehidupan akan berpindah ke Alam
Kemudian kerana manusia sudah berpindah ke
sana. Dunia ini akan menjadi satu keruntuhan
disebabkan manusia telah meninggalkannya. Jadi
kita ketahui dengan jelas bahawa manusialah
yang menjadi tujuan diwujudkan dunia ini dan
manusialah khalifah-Nya yang sebenar dan
manusia itulah bekas yang menyatakan nama-
nama Ilahi. Manusia membawa bersamanya
semua hakikat-hakikat alam - malaikat, sfera
(cakerawala), tubuh, alam semulajadi, bahan-
bahan galian dan haiwan. Ini adalah menurut apa
yang hanya diberikan kepadanya daripada
pengetahuan tentang nama-nama Ilahi, sekalipun
saiz dan jisimnya yang kecil. Allah berfirman,
" Tentunya penciptaan langit dan bumi
lebih besar daripada penciptaan
manusia" (40:57)
kerana manusia dihasilkan daripada langit dan
bumi, maka mereka menyerupai ibu bapa
mereka. Allah menaikan darjat mereka
kerananya,
" tetapi kebanyakan manusia tidak
tahu" (7:187).
Dia tidak maksudkan lebih besar pada ukuran
kerana yang demikian dapat ditangkap oleh
pancaindera.
[Ujian bagi Manusia yang paling utama
(al-Insan al-Akbar)]
Walau bagaimanapun, Allah menguji manusia
dengan ujian yang tidak dikenakan kepada
makhluk yang lain, samada Dia akan jadikannya
bahagia atau Dia akan jadikannya celaka menurut
apa yang Dia benarkan dia menggunakannya.
Ujian yang Dia gunakan bagi menguji manusia
ialah Dia jadikan pada manusia itu bakat atau
kebolehan berfikir dan jadikan bakat ini
berkhidmat kepada bakat lain yang dinamakan
akal. Dia jadikan akal, seklipun ia tuan kepada
fikiran, mengambil apa yang fikiran berikan
kepadanya. Dia tidak berikan kepada fikiran
sebarang bidang kecuali kebolehan berimaginasi.
Dia jadikan bakat imaginasi sebagai bekas yang
mengumpulkan apa yang bakat-bakat
pancaindera berikan kepadanya. Dia juga berikan
kepadanya bakat yang dinamakan pemahaman.
Jadi dalam bakat imaginasi, tidak ada apa yang
diperolehi kecuali apa yang diberikan oleh deria
atau apa yang bakat pemahaman berikan. Anasir
pemahaman datangnya daripada benda-benda
yang berhubung dengan deria. Ia mengumpulkan
bentuk-bentuk yang tidak ada sumber, sekalipun
semua bahagiannya wujud dalam deria.
Itu kerana akal dijadikan bersih tanpa tipudaya
dan tanpa pengetahuan yang agak-agak. Fikiran
diberitahukan, "Bezakan di antara yang benar
dan yang salah yang ada dalam bakat imaginasi
ini." Fikiran mengkaji menurut apa yang ia ada.
Ia mungkin memperolehi keraguan dan ia juga
mungkin menemui pembuktian tanpa ia
mengetahui yang demikian, sekalipun ia
mengakui yang ia mengetahui bentuk keraguan
daripada pembuktian. Ia memperolehi
pengetahuan sementara ia tidak mengambil kira
kekurangan anasir yang ia jadikan asas
perolehan pengetahuannya. Akal menerima
daripadanya dan membuat keputusan
dengannya. Jadi kejahilannya boleh jadi lebih
besar daripada pengetahuannya.
Kemudian Allah perintahkan akal supaya
mengenali-Nya agar ia boleh merujuk kepada-
Nya, tidak kepada sesuatu yang lain. Akal
memahami yang bertentangan daripada apa yang
Yang Haq kehendaki daripadanya, bila Dia
berfirman,
" tidakkah mereka fikirkan?" (7:184)
"kepada mereka yang berfikir" (10:24 dll)
.
Ia bergantung kepada fikiran dan jadikannya
penghulu yang diikuti dan mengabaikan apa yang
Allah maksudkan bila Dia sebut fikiran. Dia
memberitahunya supaya berfikir agar ia dapat
melihat bahawa tiada cara untuk mengetahui
Allah melainkan dengan kurniaan makrifat Allah.
Oleh kerana itu perkara yang sebenarnya akan
disingkapkan kepadanya. Tidak semua akal
memiliki pemahaman ini - ianya hanya akal yang
dipilih oleh Allah dari kalangan anbia dan aulia.
Sekiranya saya ketahui jika mereka telah berkata,
"Ya, bahkan!" dengan pemikiran mereka bila
Allah bawakan mereka mengaku dengan diri
mereka [terhadap ketuhanan Allah sebelum
mereka diciptakan] di dalam genggaman
keturunan anak-cucu Adam! Dia buat mereka
mengakui demikian bila Dia mengambil mereka
daripada pinggang-pinggang mereka adalah
lantaran kekhuatiran. Walau bagaimanapun, bila
mreka beralih kepada kebolehan berfikir mereka
mengenai makrifat Allah, mereka tidak bersetuju
sama sekali walaupun kepada satu keputusan
mengenai makrifat Allah. Setiap kumpulan
menubuhkan pengajiannya sendiri, dan
kenyataan mereka mengenai kehadiran Ilahi yang
dilindungi bertambah-tambah. Ahli-ahli fikir ini
bertindak terlalu berani terhadap Allah. Semua
ini menjadi sebahagian daripada ujian yang kami
katakan bila Allah jadikan fikiran pada manusia.
Ahli Allah memerlukan Allah dalam
mempercayai-Nya yang Dia pertanggungjwabkan
kepada mereka mengenai makrifat-Nya. Mereka
mengetahui bahawa yang dikehendaki daripada
mereka ialah mereka merujuk kepada-Nya dalam
hal tersebut, dan dalam segala hal. Sebahagian
daripada mereka berkata, "Maha Suci Dia yang
tidak mengadakan jalan untuk mengenali-Nya
melainkan ketidakupayaan untuk mengenali-Nya!"
Ada yang berkata, "Ketidakupayaan mencapai
pengertian itulah pengertian". Rasulullah s.a.w
bersabda, "Aku tidak berupaya menghitung puji-
pujian-Mu!" Allah berfirman,
" Mereka tidak berupaya melingkungi-Nya
dengan ilmu mereka" (20:110).
Mereka kembali kepada Allah dalam mengenali-
Nya dan meninggalkan anggapan mengenai
darjat-Nya dan melaksanakan tuntutan-Nya.
Mereka tidak meletakkan-Nya pada apa yang
tidak harus difikirkan mengenai-Nya. Telah
dinyatakan bahawa adalah ditegah daripada
memikirkan tentang Zat Allah. Allah berfirman,
" Allah memberi amaran kepada kamu
tentang Diri-Nya" (3:28,30).
Allah kurniakan makrifat-Nya kepada mereka iaitu
kurniaan-Nya dan menjadikan mereka saksi bagi
makhluk-Nya dan kenyataan apa yang Dia
jadikan mereka saksi. Jadi mereka tahu apakah
yang secara logiknya mustahil melalui fikiran,
adalah tidak mustahil melalui hubungan Ilahiah.
Sebahagian daripada yang tersebut akan
diketahui dalam tajuk "Bumi dijadikan daripada
baki tanah liat Adam" dan tempat yang lain.
Iaitu yang manusia berakal berhutang budi
kepada Allah lantaran dirinya mengetahui
bahawa Allah berkuasa berbuat apa sahaja,
mungkin atau mustahil - dan bukan segalanya
mustahil. Dia memiliki kuasa yang berkesan dan
kurniaan yang melimpah. Tidak ada ulangan
pada apa yang Dia bawa kepada kewujudan -
lebih tepat perkara yang serupa berlaku dalam
anasir yang Dia bawa kepada kewujudan dan
inginkan kesinambungan. Jika demikian
kehendaknya, ia akan dihapuskan dengan tiupan.
" Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang
Gagah, Yang Bijaksana" (3:18).
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar