Sabtu, 26 Oktober 2013

Ahli sesat dan Ahli maksiat

Bismillah...Perbezaan antara ahli maksiat dengan
ahli sesat....penjelasan sampi tuntas,mengikut dalil
qaul kitab yang asoh,rajih lagi shoreh..
Segala puji bagi Allah S.W.T yang menghidup dan
mematikan kita. Yang memberi nikmat Iman dan
Islam. Nikmat kedua sebagai umat Nabi S.A.W.
Tidak lupa juga selawat dan salam keatas
penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W, isteri-isteri
baginda, keluarga baginda, para sahabat yang
pemberani dan juga mereka-mereka yang
mengikuti sahabat sehingga ke hari akhirat.
Amma Ba'du,
---------------------------------------------
-------------------------------
"KENYATAAN INI BUKAN MAHU MEMBELA
PELAKU-PELAKU DOSA/MAKSIAT DI LUAR SANA,
JAUH SEKALI MAHU REDHA ATAS PERBUATAN
MAKSIAT YANG MEREKA LAKUKAN. MEREKA
TETAP SAHAJA BERDOSA DAN BAKAL DIAZAB
DENGAN APA YG MEREKA PERBUAT KERANA
ITU JANJI SYARIAT"
---------------------------------------------
-------------------------------
Telah lalu kenyataan terhadap perbahasan antara
Si Alim dan juga Si Jahil dalam nota "Lebih
BESAR KEROSAKAN SI JAHIL berbanding SI
^ALIM". Maka, kali ini diterangkan pula perbezaan
antara Ahli Sesat dan Ahli Maksiat. Kerana, ummat
islam sekarang ini nampak gayanya tidak boleh
membezakan yg mana satu maksiat dn yg mana
satu sesat.
Di kalangan ummat islam juga ada yang sangat
"ghuluw" (berlebih-lebihan) dalam soal hukum-
hakam. Contohnya, soal tidak menutup aurat bg
laki2 dan perempuan, soal ikthtilat yg biasanya sgt
disalahertikan sehingga berlebihan-lebihan (bagi
mereka yg join usrah di luar sana, mereka
mengamalkan ikhtilat yg "ghuluw") dan macam-
macam lagi ke "ghuluw" an yang dizahirkan.
Pada masa yang sama, mereka langsung tidak
memperdulikan soal TAUHID dan memandang
TAUHID sangat remeh sekali. Apekah mereka tidak
tahu bahawa salah TAUHID JADI KAFIR?? Apakah
dgn ke "ghuluw" an mereka utk menegakkan
hukum-hakam sehingga mereka jadi BUTA dan
membelakangkan TAUHID?? Apa mereka ingat
dalam Islam ini cuma hukum-hukum fiqih sahaja
ke??
---------------------------------------------
-------------------------------
Dalam dunia ni, ada dua jenis orang secara
umumnya:
KUAT IBADAT tapi SESAT AQIDAH TAUHIDNYA
AHLI MAKSIAT tapi AQIDAHNYA TAUHIDNYA
BENAR menurut AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH
AL-ASYA^IRAH WAL MATURIDIYYAH
Yang Pertama tu dipanggil KAFIR ZINDIQ. Kekal
dalam NERAKA SELAMA-LAMANYA !!!
Yang Kedua itu, kalau TIDAK DIAMPUNKAN
DOSANYA, akan dimasukkan dalam NERAKA
sekadar DOSANYA. Dan, kemudiannya
dimasukkan ke dalam SYURGA KEKAL SELAMA-
LAMANYA!!!
Dan, jika DIAMPUNKAN ALLAH serta mendapat
SYAFA^ATUL MAULA. Maka, terus masuk
SYURGA DAN KEKAL SELAMA-LAMANYA.
---------------------------------------------
-------------------------------
Untuk menguatkan lagi kenyataan di atas,
dibawakan bukti seperti yang dinaqalkan dalam
Kitab Matan An-Nasafiyyah, bagi Al-Imam Al-
^Allamah Al-Muhaddis Abu Hafsin Najmud Din
^Umar Ibni Ahmad Ibni Luqman An-Nasafiy Al-
Hanafiy Al-Imamuz Zahid Min Ahli Samarqand
(461-537 H), m/s 10, baris 4 dari atas.
Lebih kurang Melayunya ;
( ﻭﺍﻟﻜﺒﻴﺮﺓ , ﻻ ﺗﺨﺮﺝ ﺍﻟﻌﺒﺪ ﺍﻟﻤﻮﻣﻦ ﻣﻦ ﺍﻻﻳﻤﺎﻥ )
Dan, bermula DOSA BESAR, tidak mengeluarkan
akan seseorang Hamba yang beriman, daripada
IMAN.
(Berkata Imam Nasafi Rahmatullah ^Alaihi,
melakukan dosa besar tidak menyebabkan
seseorang itu terkeluar dari Islam. Mereka adalah
orang beriman, tetapi cuma Fasiq (Ahli Maksiat). –
Pent.)
.....
( ﻭﻻ ﺗﺪﺧﻠﻪ ﻓﻲ ﺍﻟﻜﻔﺮ )
Dan, tidak memasukkan dia (orang yang berdosa
besar) ke dalam KEKAFIRAN.
(Buat Dosa Besar tak menyebabkan seseorang
jadi Kafir. Mereka TIDAK SESAT. – Pent.)
.....
( ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻻ ﻳﻐﻔﺮ ﺃﻥ ﻳﺸﺮﻙ ﺑﻪ )
Dan, Allah Ta^ala TIDAK MENGAMPUNKAN
bahawa DISEKUTUKAN dengan Dia.
(Maknanya, orang yang mati dalam keadaan
KUFUR (KAFIR), umpamanya seperti ia
Mensyirikkan (Menyekutukan / Menduakan) Allah
Ta^ala. Maka, menurut janji Syarak, ia akan
diazab kekal selama-lamanya dalam Neraka. Dan,
tidak boleh kita memohon keampunan untuk orang
yang mati dalam KAFIR kerana menyalahi janji
Syarak dan Hukum Syarak. – Pent.)
.....
( ﻭﻳﻐﻔﺮ ﻣﺎ ﺩﻭﻥ ﺫﻟﻚ ﻟﻤﻦ ﻳﺸﺎﺀ ﻣﻦ ﺍﻟﺼﻐﺎﺋﺮ ﻭﺍﻟﻜﺒﺎﺋﺮ )
Dan, Dia (Allah) boleh MENGAMPUNKAN barang
yang selain (daripada) demikian itu (Kekafiran),
bagi sesiapa yang Dia (Allah) Mahu (sama ada)
daripada ‘Dosa-dosa Kecil’ dan ‘Dosa-dosa
Besar.’
(Allah boleh mengampun dosa selain SYIRIK.
Kalau ada orang mati bawa dosa bergunung
sekalipun, kita boleh minta ampun bagi dirinya.
Buat Tahlil, baca Surah Yaasin, letak pelepah
daun kurma dan sebagainya. Di dalam Kitab-kitab
Tauhid Aliran Asya^irah, perkara ini dibahaskan
dengan Tafshil (Terperinci) di bawah tajuk Wa^ad
( ﻭﻋﺪ ) dan Wa^id ( ﻭﻋﻴﺪ ). Sila lihat dalam Kitab
^Aqidatun Najin. – Pent.)
.....
( ﻭﻳﺠﻮﺯ ﺍﻟﻌﻘﺎﺏ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺼﻐﻴﺮﺓ ﻭﺍﻟﻌﻔﻮ ﻋﻦ ﺍﻟﻜﺒﻴﺮﺓ ﺍﺫﺍ ﻟﻢ ﻳﻜﻦ ﻋﻦ
ﺍﺳﺘﺤﻼﻝ )
Dan, Harus (Boleh) membalas seksa di atas ‘dosa
kecil’ dan diampun daripada ‘dosa besar’, apabila
TIDAK ADA daripada kerja menghalalkan dosa.
(Adakah Allah wajib membalas seksa ke atas ahli
dosa? Tidakkkkk.. Tak mesti dan tidak wajib bagi
Allah membalas seksa bagi ahli dosa. Boleh juga
Allah ampunkan walaupun dosa besar sekalipun. –
Pent.)
.....
( ﻭﺍﻻﺳﺘﺤﻼﻝ ﻛﻔﺮ )
Dan, menghalalkan dosa, KAFIR.
(Menghalalkan membuat dosa akan menyebabkan
jatuh Kafir, walaupun ia dosa kecil sekalipun. –
Pent.)
.....
( ﻭﺍﻟﺸﻔﺎﻋﺔ ﺛﺎﺑﺘﺔ ﻟﻠﺮﺳﻞ ﻭﺍﻷﻳﺎﺭ ﻓﻲ ﺣﻖّ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻜﺒﺎﺋﺮ ﺑﺎﻟﻤﺴﺘﻔﻴﺾ ﻣﻦ
ﺍﻷﺧﺒﺎﺭ )
Dan, bermula Syafa^at (Pertolongan) itu ada bagi
‘Para Rasul Allah’ dan ‘orang yang baik-baik’,
pada diri Ahli Dosa Besar dengan melimpah-
limpah daripada keterangan Hadis-hadis.
(Kalaulah orang yang buat dosa besar tu Kafir, dah
tak de cerita dapat Syafa^at (Pertolongan) dari
para Rasul. Hanya orang yang Mensyirikkan
(Menyekutukan / Menduakan) Allah atau orang
Kafir je yang tidak dapat Syafa^at (Pertolongan). –
Pent.)
.....
( ﻭﺍﻫﻞ ﺍﻟﻜﺒﺎﺋﺮ ﻣﻦ ﺍﻟﻤﺆﻣﻴﻨﻴﻦ )
Dan, ahli ‘Pendosa-dosa Besar’ tetap daripada
orang-orang yang BERIMAN.
(Ahli Pendosa Besar TAK SESAT. – Pent.)
.....
( ﻻ ﻳﺨﻠّﺪﻭﻥ ﻓﻲ ﺍﻟﻨّﺎﺭ , ﻭﺍﻥ ﻣﺎﺗﻮﺍ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺗﻮﺑﺔ )
Tidak DIKEKALKAN mereka dalam Neraka, dan jika
mati mereka itu daripada ketiadaan bertaubat.
(Nampak, mati tak taubat pun tak kekal dalam
Neraka. – Pent.)
---------------------------------------------
-------------------------------
Al-Hasil (Kesimpulanya) ;
Orang FASIQ (DERHAKA) itu TIDAK SESAT, ia
tetap MUKMIN dan masuk ke dalam SYURGA
kekal selama-lamanya.
Orang SESAT (AQIDAH ROSAK KERANA
MENYALAHI AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH AL-
ASYA'IRAH WAL MATURIDIYYAH), ia adalah
KAFIR dan masuk ke dalam NERAKA kekal
selama-lamanya. Sekalipun ia AHLI IBADAT dan
AHLI TAAT.
Pentingnya belajar Ilmu Tauhid (Asya'irah Wal
Maturidiyyah) utk mengenal yg mana haq dan yg
mana batil. Islam ini bukan sekadar hukum-hukum
fiqih semata-mata.
Wallahu'allam..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar