Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Kamis, 24 Oktober 2013
9.KEWUJUDAN MAKHLUK ROHANI
[Kewujudan makhluk rohani yang
diciptakan daripada api yang tiada asap
(jin)]
Dia campurkan api dan tumbuh-tumbuhan, maka
bentuk jin dijadikan
sebagai ruang di antara dua keadaan.
Ia adalah di antara roh yang berjasad dengan
tempat yang dalam
dan roh yang tiada "di mana".
Yang menerima jasad mencari makanan
untuk pembesaran tanpa kepalsuan,
Dan yang menerima malaikat-malaikat, menerima
hati bagi
mengambil bentuk dalam keasliannya.
Kerana sebab ini, ia mentaati pada satu ketika
dan menentang pada ketika lain
Dia akan balas mereka yang tidak taat dengan
dua api.
[Penciptaan Jin, malaikat dan manusia]
Allah berfirman,
" Dia ciptakan jin daripada pucuk api
yang tiada asap" (55:14).
Hadis menceritakan,
"Allah ciptakan malaikat daripada nur,
dan Allah ciptakan jin daripada api, dan
Dia ciptakan manusia daripada apa yang
telah dikhabarkan kepada kamu".
Apa yang Rasulullah s.a.w katakan mengenai
ciptaan manusia "seperti yang telah diceritakan
kepada kamu", baginda memberi ketegasan dan
tidak menjelaskannya seperti yang baginda
lakukan pada menceritakan ciptaan malaikat dan
jin. Rasulullah s.a.w "diberikan segala
perkataan". Ini adalah sebahagian daripadanya.
Asas ciptaan malaikat dan jin tidak berubah.
Asas ciptaan manusia berubah kerana ada
empat kategori kejadian manusia. Kejadian Adam
tidak menyerupai kejadian Hawa. Kejadian Hawa
tidak meneyrupai kejadian keturunan Adam yang
lain. Kejadian Isa tidak menyerupai yang lain. Di
sini Rasulullah s.a.w memberi penjelasan.
Baginda menyampaikan kepada kita perincian
kejadian manusia. Adam diciptakan daripada
tanah liat, Hawa daripada tulang rusuk, Isa
daripada tiupan Roh, keturunan Adam daripada
" air yang hanyir" (77:20).
[Konsep perkaitan langit dan bumi]
Bila Allah dirikan empat anasir asas dan asap
naik ke bahagian bawah Sfera Bintang-bintang
Yang Tetap, tujuh langit dibentangkan di dalam
asap itu, setiap satu berpisah daripada yang lain.
Dia
" bukakan pada setiap langit
ketentuannya"
selepas
" Dia adakan dalamnya rezekinya"
dan semua ini
"dalam empat hari".
Kemduian Dia berfirman,
"kepada langit dan bumi: Datanglah
dengan rela atau terpaksa". (41:9-11).
Kemudian Allah adakan perkaitan di antara langit
dan bumi dan arah yang dengannya Dia
berkehendak mengadakan benda-benda di bumi
dalam bentuk bahan galian, tumbuh-tumbuhan
dan haiwan. Dia jadikan bumi seumpama isteri
dan langit seumpama suami. Langit menyalurkan
perintah Allah kepada bumi sebagaimana suami
memindahkan air mani kepada isterinya. Dengan
demikian bumi membawa keluar jenis-jenis
pembentukan yang Allah sembunyikan di
dalamnya.
[Empat anasir dan pembentukan manusia
dan jin]
Bila udara dinyalakan dan dipanaskan, ia
membakar seperti pelita. Pembakaran api itu
adalah nyalaan udara dan ianya tidak berasap
(marj, bercampur-aduk) kerana ia bercampur
dengan udara dan adalah udara yang terbakar.
Marj adalah campuran dan daripada ini yang
tidak berasap itu adalah marj kerana tumbuh-
tumbuhan bercampur di dalamnya.
Jin adalah campuran dua anasir iaitu api dan
udara, sebagaimana manusia merupakan
campuran dua anasir iaitu air dan tanah diuli
bersama yang menjadikannya tanah liat. Begitu
juga campuran udara dan api dinamakan 'api
yang tidak berasap'. Allah ciptakan bentuk jin
dalam api yang tidak berasap itu. Oleh kerana
anasir udara ada dengan jin, maka jin boleh
mengambil berbagai-bagai bentuk yang mereka
mahu. Oleh kerana ada anasir api dengannya
maka ia menjadi tidak nyata dan seni, dan
mereka mencari kekuasaan, kemegahan dan
kekuatan kerana api merupakan bahagian yang
paling tinggi dalam anasir-anasir itu dan ia
mempunyai pengaruh yang kuat untuk
menukarkan sesuatu sebagaimana hukum alam
kehendaki. Inilah sebabnya jin iblis menyombong
dan enggan sujud kepada Adam bila Allah
memerintahkannya berbuat demikian lantaran
pandangannya yang tinggi terhadap dirinya. Dia
berkata,
" Aku lebih baik daripadanya" (7:12) ,
bermaksud menurut dasar bahawa Allah lebih
menyukai api daripada anasir-anasir yang lain.
Jin tidak tahu bahawa anasir air yang
daripadanya Adam diciptakan lebih kuat
daripada api kerana air boleh memadamkan api
dan tanah adalah lebih teguh daripada api
melalui kesejukan dan kekeringan. Adam
memiliki kekuatan dan kemantapan melalui
penguasaan dua anasir tersebut yang Allah
jadikannya. Walaupun dia juga memiliki anasir-
anasir yang lain - udara dan api, anasir tersebut
tidak ada kekuasaan atasnya. Jin juga memiliki
anasir-anasir selebihnya....
Adam dikurniakan sifat rendah diri berdasarkan
sifat tanah yang ada dengannya. Bila dia menjadi
megah, itu hanyalah yang datang kemudian
(bukan sifat semulajadinya). Dia menerima sifat
tersebut kerana anasir api yang ada dengannya
sebagaimana imaginasi dan keadaannya
menerima berbagai-bagai suasana kerana anasir
udara dengannya. Jin bersifat menyombong
kerana sifat api yang ada dengannya. Jika
mereka merendah diri, itu adalah yang datang
kemudian (bukan sifat asli), ia boleh datang
kerana anasir tanah yang ada dengannya.
Mereka juga menerima ketetapan dalam
menggunakan tipu daya jika mereka syaitan, dan
menerima ketetapan untuk berbuat taat jika
mereka bukan syaitan.
[Keadaan jin bila surah ar-Rahman (surah
55 dalam Quran) dibacakan]
Bila Rasulullah s.a.w membacakan surah ar-
Rahman kepada para sahabat baginda, baginda
bersabda, "Aku membacakannya kepada
kumpulan jin. Mereka mendengarkannya lebih
baik daripada kamu. Bila aku katakan,'Nikmat
Tuhan kamu yang manakan kamu nafikan?'
mereka melafazkan,'kami tidak nafikan sebarang
nikmat Tuhan kami!' Ia meneguhkan mereka dan
tidak menggeletar bila dibacakan,'Nikmat Tuhan
kamu yang manakah kamu nafikan?' dalam
bacaannya. Ini adalah cetusan sifat jin yang
keluar daripada aanasir tanah dan air yang
memadamkan nyalaan api. Sebahagian daripada
mereka adalah taat kepada Allah dan
sebahagiannya menderhaka, seperti manusia:
tetapi mereka boleh mengambil berbagai-bagai
bentuk seperti malaikat.
[Bentuk asasnya ialah rohani]
Allah jadikan mereka tidak kelihatan kepada
pandangan manusia melainkan bila Allah
angkatkan tutupan kepada orang-orang tertentu
untuk mereka melihatnya. Oleh kerana jin tidak
nyata dan seni, mereka boleh mengambil apa
juga bentuk yang boleh dicapai oleh pancaindera
menurut kemahuan mereka. Bentuk asasnya
ialah kerohanian yang merupakan bentuk
pertama yang diterima oleh jin pertama tatkala
Allah membawanya kepada kewujudan.
Kemudian ia mengambil berbagi-bagai bentuk
menurut apa yang Allah kehendaki. Jika Allah
bukakan pandangan kita sehingga kita dapat
melihat bentuk-bentuk yang dapat disaksikan
pancaindera melalui khayal, maka pada masa
yang berlainan kamu akan dapat melihat manusia
dalam berbagai-bagai bentuk yang tidak serupa
antara satu sam alain.
[Pembiakan jin dan manusia]
Kemudian Allah tiupkan roh ke dalam nyalaan
api yang bergolak lantaran keadaannya yang
tidak pejal itu. Tiupan menambahkana
pergolakan tersebut dan udara menguasainya
dan ia tidak tinggal dalama keadaan yang sama.
Alam jin muncul dalam bentuk demikian.
Sebagaimana persetubuhan berlaku dalam
kehidupan manusia secara memasukkan air ke
dalam kandungan lalu menghasilkan pembiakan
dan kelahiran dalam bangsa Adam yang fana,
begitu juga dengan pembiakan berlaku pada jin
secara memindahkan udara ke dalam kandungan
perempuan dan pembiakan serta kelahiran
berlaku pada jin. Mereka keluar melalui
Sagittarius dan keadaannya yang berapi-api. Ini
telah diceritakan oleh orang yang telah sampai -
semoga Allah melindunginya!
[Tempuh di antara penciptaan jin dan
penciptaan manusia]
Tempuh di antara penciptaan Jann (jin pertama)
dengan penciptaan Adam ialah 60,000 tahun. Ini
adalah perlu menurut dakwaan sesetengah orang
bahawa kelahiran jin berakhir selepas 4,000
tahun dan kelahiran manusia berakhir selepas
7,000 tahun. Walau bagaimanapun, ianya tidak
berlaku berdasarkan yang demikian. Ianya akan
berlaku menurut kehendak Allah. Jin masih
membiak dan akan terus membiak. Jadi bilakah
manusia bermula, berapa tahun pembiakannya
yang masih tinggal, berapa lama lagikah sebelum
berakhirnya dunia ini dan bangsa manusia
terhapus dari muka bumi ini dan mereka
dipindahkan ke Alam Kemudian? Ini bukanlah
pegangan mereka yang kukuh dalam ilmu. Ia
dikatakan oleh sebilangan kecil sahaja dan tidak
akan diulangi.
[Jin adalah ruang di antara malaikat
dengan manusia]
Malaikat adalah roh yang ditiupkan ke dalam nur
(cahaya). Jin adalah roh yang ditiupkan ke dalam
angin. Manusia adalah roh yang ditiupkan ke
dalam bentuk. Ada yang mengatakan bahawa
yang perempuan tidak berpisah daripada jin
yang mula-mula wujud, seperti Hawa berpisah
daripada Adam. Salah seorang daripada mereka
mengatakan Allah ciptakan anggota pada jin
pertama, maka satu bahagiannya bersetubuh
dengan bahagiannya yang lain dan keturunannya
dilahirkan seperti keturunan Adam dilahirkan:
lelaki dan perempuan berkahwin. Jadi sifat jin
ialah memiliki kedua-dua jantina. Oleh kerana itu
jin merupakan sebahagian daripada ruang di
antara: mereka menyerupai manusia dan
menyerupai malaikat kerana kedua-dua jantina
menyerupai lelaki dan perempuan.
[Makanan dan perkahwinan jin]
Anasir udara dan api menguasai kejadian jin.
Oleh kerana itu makanannya ialah apa yang di
bawa oleh udara iaitu lemak di dalam tulang.
Allah jadikan persediaan ini dalam mereka. Jadi
kita dapati bahawa tulang dan dagingnya tidak
berkurangan sama sekali dan kita tahu bahawa
Allah berikan kepada mereka zat dalam tulang
itu. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w
mengenai tulang, "Tulang adalah makanan
saudara kamu dari golongan jin". Dalam satu
hadis, "Allah taruhkan zat pemakanan mereka di
dalamnya". Orang yang hal ini dibukakan
kepadanya menceritakan kepada kami dia telah
melihat jin mendapatkan tulang dan
menghidunya seperti haiwan menghidu
mangsanya. Kemudian mereka pergi sesudah
mengambil makanannya. Makanannya diambil
melalui penghiduan itu. Segala puji bagi Yang
Maha Lemah-lembut (al-Latiff) dan Yang Maha
Mengerti!
Bagi penyatuan mereka dalam perkahwinan, ia
dalam bentuk berpusing - seperti apa yang
kelihatan pada asap yang keluar dari tempat
bakaran. Asap itu bercampur-gaul dan setiap
individu jin itu menikmati kemasukan yang
berbalas-balasan itu. Pancutan maninya seperti
biji palma dan dalam bentuk bau yang asli, sama
seperti makanannya.
[Puak dan kumpulan jin]
Mereka berpuak-puak dan berkumpulan.
Dikatakan mereka tergolong kepada dua belas
puak dan kemudian bercabang kepada puak-
puak yang lebih kecil. Biasa berlaku peperangan
besar di antara mereka, dan sebahagian
daripada angin puting beliung adalah sebenarnya
di tengah-tengah pertempuran mereka. Puting
beliung itu merupakan perlawanan yang
berbalas-balasan di antara dua angin yang
bertentangan, masing-masing menghalang yang
satu lagi daripada melepasi. Jadi penahanan itu
membawa kepada bulatan yang dapat disaksikan
oleh mata sebagai debu yang nyata yang
merupakan kesan kepada perlawanan dua angin
itu. Pertempuran mereka adalah seperti itu,
tetapi bukanlah pula setiap puting beliung itu
pertempuran mereka. Kisah jin 'Amr merupakan
kisah yang terkenal. Ia terbunuh di dalam puting
beliung yang kelihatan. Ia pecah daripadanya
ketika ia hampir mati. Ia tidak mengambil masa
yang lama untuk mati. Ia adalah jin yang salih.
Jika asas buku ini adalah untuk menceritakan
sejarah dan budaya kami tentu ceritakan
sebahagian daripadanya, tetapi buku ini adalah
mengenai maksud ilmu pengetahuan. Kamu
boleh mencari ceritanya pada tempat yang lain,
dalam buku sejarah dan puisi.
[Cara alam makhluk rohani muncul dalam
rupa bentuk]
Bila alam rohani mengambil bentuk dan muncul
dalam bentuk yang boleh ditangkap oleh
pancaindera, mata mengurung makhluk rohani itu
kerana makhluk rohani itu tidak dapat
melepaskan bentuk yang ia muncul itu kerana
mata terus melihat kepadanya walaupun yang
melihat itu ialah manusia. Bila mata manusia
jelas mengenai makhluk rohani itu, ia tidak
mempunyai tempat untuk menghilangkan diri,
maka makhluk rohani itu menjelmakan bentuk
yang ia gunakan untuk menutupi dirinya.
Kemudian makhluk rohani itu membuat manusia
mengkhayalkan yang bentuk itu telah
meninggalkannya pada satu arah, lalu mata
mengikuti arah tersebut. Bila mata mengikutinya,
makhluk rohani itu meninggalkan kurungan mata
tadi dan menghilang. Bila ia menghilang, bentuk
itu hilang dari pandangan orang yang sedang
memandang kepadanya dan mengikutinya
dengan pandangannya. Dalam hubungan dengan
makhluk rohani itu, bentuk itu adalah umpama
cahaya yang di dalam bekas lampu yang
cahayanya dihamburkan di penjuru-penjuru. Bila
badan lampu itu tiada cahaya pun hilang.
Beginilah keadaan bentuk itu. Jika seseorang
mengetahui hal ini, dan mahu mengurung
makhluk rohani itu, dia tidak harus mengikuti
makhluk rohani itu dengan matanya. Ini adalah
salah satu rahsia Ilahi yang hanya diketahui oleh
mereka yang mendapat petunjuk Allah. Bentuk
itu tidak lain daripada makhluk rohani itu.
Sebenarnya ia adalah sama, sekalipun ia berada
pada seribu tempat, atau pada setiap tempat,
dengan bentuk yang berlainan.
Andaikata salah satu bentuk itu dibunuh dan
kelihatan mati, makhluk rohani itu meninggalkan
kehidupan dunia ini dan pergi ke ruang antara
sebagaimana kita pergi apabila kita meninggal.
Tidak ada maklumat mengenainya tinggal di
dalam dunia ini, seperti keadaan kita juga.
Bentuk yang boleh ditangkap oleh pancaindera
yang diambil oleh makhluk rohani itu dinamakan
'tubuh'. Allah berfirman,
"Kami adakan hanya jasad di atas
singgahsananya" (38:34)
dan
"Kami tidak berikan kepada mereka
tubuh yang tidak memakan
makanan" (21:8).
Perbezaan di antara jin dengan malaikat,
walaupun secara kerohaniannya mereka serupa,
ialah makanan jin mengandungi makanan yang
didapati dalam tubuh asli. Malaikat tidak
demikian. Itulah sebabnya Allah ceritakan tentang
tetamu Nabi Ibrahim a.s,
"Bila dia melihat tangan mereka tidak
mengambilnya, dia mencurigai
mereka" (11:70),
iaitu malaikat tidak menjamah daging panggang
dan mereka tidak memakannya yang membuat
Nabi Ibrahim a.s curiga.
[Pembentukan alam jin]
Apabila sampai masa dijadikan alam jin, Dia
memerintahkan tiga daripada malaikat yang
kepercayaan dalam sfera pertama yang
membawa pembantu-pembantu mereka yang
diperlukan untuk tugas ini dari langit kedua.
Mereka turun ke langit-langit dan mengambil dua
pembantu dari langit ke dua dan ke enam.
Mereka turun ke anasir dan menyediakan tempat
tersebut. Tiga lagi penjaga mengikuti mereka,
dan mereka membawa apa juga pembantu yang
diperlukan daripada langit kedua, kemudian turun
ke langit ke tiga, dan daripada sana kepada yang
ke lima. Mereka mengambil dua malaikat.
Mereka melalui langit ke enam dan dan
mengambil dua pembantu daripada malaikat.
Kemudian mereka turun ke anasir bagi
melengkapkan pembentukan itu. Enam yang
lebihnya turun dan mengambil pembantu yang
selebihnya di dalam langit ke dua dan langit-
langit. Semuanya dikumpulkan bagi susunan
kejadian ini dengan izin Yang Maha Mengetahui,
Maha Bijaksana.
Bila kejadian alam jin selesai, Allah perintahkan
roh daripada Alam Pemerintahan dan tiupkan
kepada bentuk yang telah sedia itu dan
kehidupan pun mengalir ke dalamnya. Ia pun
berdiri mengucapkan puji-pujian kepada
Penciptanya: ini merupakan ketentuan semulajadi
yang Dia aturkan. Terkandung di dalamnya ialah
kekuatan dan kebesaran yang penyebabnya tidak
dikenali dan tidak ditemui kerana pada masa itu
tidak ada makhluk lain yang wujud dalam alam
semulajadi ini selain ia. Ia beribadat kepada
Tuhannya, memperakui kekuasaan-Nya,
merendah diri kepada Tuhannya yang telah
mewujudkannya sebagai satu makhluk
sehinggalah Adam diciptakan. Bila jin ini melihat
lembaga Adam, salah seorang daripada mereka
yang bernama al-Harith, dikuasai oleh kebencian
kepada lembaga tersebut dan kemarahannya
menyala-nyala tatkala menyaksikan lembaga
Adam itu. Puaknya yang lain melihat keadaannya
dan mengkeritiknya lantaran mereka melihat ia
bersedih dan berdukacita di atas kejadian Adam
itu. Bila kejadian Adam telah siap, al-Harith
menunjukkan apa yang tersirat dalam dirinya
dengan mengingkari perintah Penciptanya supaya
sujud kepada Adam dan ia menjadi angkuh
terhadap Adam berbangga dengan asal usulnya
(daripada api yang ia rasakan lebih mulia
daripada tanah). Ia gagal melihat rahsia kekuatan
air yang daripadanya Allah jadikan setiap
makhluk yang hidup ini, dan daripadanya juga
datangnya kehidupan jin sekalipun ia tidak
menyedarinya.
[Penciptaan Adam dan kejadian manusia]
Jika kamu terdiri daripada mereka yang tidak
disingkapkan, fikirkanlah tentang firman Allah,
" dan singgahsana-Nya di atas air" (11:7).
Jadi, singgahsana dan makhluk di sekelilingnya
memperolehi kehidupan melalui air.
"Tidak ada yang tidak meninggikan puji-
pujian terhadap-Nya" (17:44).
Dia menggunakan yang negatif. Hanya yang
hidup mengagungkan. Dala satu hadis yang baik
Rasulullah s.a.w bersabda, "Malaikat
berkata,'Wahai Tuhan (dalam hadis yang
panjang)!adakah Engkau ciptakan sesuatu yang
lebih kuat daripada api?' Dia menjawab,'Iya,
air.'" Jadi, Dia jadikan air lebih kuat daripada
api. Sekiranya anasir udara dalam struktur jin
tidak dinyalakan oleh api, maka jin tentunya
menjadi lebih kuat daripada keturunan Adam,
kerana udara lebih kuat daripada air. Dalam
hadis ini malaikat bertanya, "Wahai Tuhan,
adakah Engkau ciptakan sesuatu yang lebih kuat
daripada api?" Dia menjawab, "Ya, keturunan
Adam." Allah jadikan organisma manusia lebih
kuat daripada udara. Air lebih kuat daripada api,
dan ia merupakan anasir utama dalam manusia
sebagaimana api menjadi anasir utama dalam
jin. Inilah sebabnya Allah katakan tentang
syaitan,
"Sesungguhnya tipu daya syaitan itu
lemah" (4:76).
Ia tidak menganggap berkekuatan terhadapnya
sama sekali. Ia tidak menafikannya kepada
Gobernor Mesir tatkala ia bertkata,
"sesungguhnya tipu daya kamu
kuat" (12:27)...
Sebab bagi yang demikian ialah organisma
manusia memiliki kesesuaian untuk melahirkan
sikap berhati-hati, keteguhan hati, bertafakur dan
berfikir lantaran pengaruh anasir tanah dan air
dalam sifat manusia. Jadi manusia memiliki akal
yang lebih kerana tanah memegangnya dan
menahannya sementara air menjadikannya
lemah-lembut dan mudah. Jin tidak demikian.
Akal jin tidak memiliki yang demikian yang boleh
membuatnya berpegang kepada sesuatu
sebagaimana manusia boleh lakukan. Sebab itu
kita katakan, "Si anu 'ringan' akalnya dan
'malap' fikirannya" bila dia berkelakuan bodoh
dan dungu! Ini merupakan sifat jin, dan
dengannya jin sesat daripada jalan petunjuk
kerana sifat aslinya yang dungu dan kurang
kecerdasannya dalam berfikir. Jadi ia berkata,
"Aku lebih mulia daripadanya" (7:12)
dan menggabungkan kejahilan dan akhlak yang
buruk kerana sifat dungunya.
[Syaitan pertama dari golongan jin]
Mana-mana jin yang derhaka adalah syaitan,
iaitu yang tercampak jauh daripada rahmat Allah.
Al-Harith adalah jin pertama yang dipanggil
syaitan. Allah menghalaunya dalam keadaan
putus asa, iaitu menghalaunya keluar dari
rahmat-Nya dan mengharamkan rahmat ke
atasnya. Daripadanya cabang-cabang syaitan
muncul. Mana-mana jin yang beriman, seperti
Hama ibn Alham ibn Laqis ibn Iblis, bergabung
dengan jin yang beriman. Mana-mana yang
tinggal dalam keingkaran adalah syaitan. Ia
hanya merupakan sedikit perselisihan pendapat
di kalangan ulama Syariat. Ada yang mengatakan
syaitan tidak pernah tunduk, berpandukan
daripada apa yang Rasulullah s.a.w katakan
tentang syaitan yang menjadi sahabatnya, "Allah
berikan daku kekuatan ke atasnya maka dia
tunduk (aslama)." Mereka yang mentafsirkan
baginda sebagai berkata "aslamu" mengambil
kefahaman "Daku selamat daripadanya" dan ia
tidak mempunyai jalan ke atasku. Jadi,
terjemahannya berbeza. Jika ia diterjemahkan
sebagai "aslama" maka ia tunduk. Ia bermakna
ia tunduk walaupun ia menjadi musuh maka ia
tidak menyuruhku melainkan kepada kebaikan,
dipaksakan berbuat demikian oleh Allah dan
sebagai perlindungan kepada Rasulullah s.a.w.
Yang bertentangan berkata bahawa "aslama"
bermakna bahawa ia percaya kepada Allah
seperti yang tidak percaya bertukar menjadi
Muslim dan beriman. Ini adalah lebih tepat dan
diterima.
[Iblis adalah jin celaka yang pertama]
Kebanyakan orang berpendapat al-Harith adalah
jin yang pertama, dan ia merupakan jin yang
sama kedudukannya dengan jin-jin yang lain
seperti umat manusia dengan Adam. Kami tidak
berpendapat demikian. Al-Harith adalah salah
satu daripada jin, tetapi yang menyamai seperti
kedudukan Adam bagi umat manusia adalah jin
yang lain. Inilah sebabnya Allah berfirman,
"Iblis adalah salah satu jin" (18:50) ,
iaitu ia adalah dalam kategori penciptaan ini.
Sama juga Qabil adalah salah seorang manusia,
tetapi Allah catitkannya di kalangan yang celaka.
Dia adalah yang pertama dari kalangan manusia
yang celaka, dan iblis adalah yang pertama yang
celaka di kalangan jin. Kebanyakan seksaan bagi
syaitan bangsa jin di dalam neraka ialah dengan
kesejukan yang amat sangat, bukan dengan
kepanasan, walaupun mereka mungkin diseksa
dengan api. Kebanyakan seksaan untuk
keturunan Adam ialah dengan api.
Satu hari aku berjumpa dengan seorang wali
yang meracau. Dia menangis dan berkata
kepada orang ramai,
"Jangan berhenti dengan perkataan-Nya,
'Aku akan penuhkan Jahannam dengan
kamu'" (38:85)
dan memaksudkannya dengan iblis sahaja.
Perhatikan bagaiamana Dia menyampaikan
kepada kamu secara tidak langsung bila Dia
berfirman, '...jahannam dengan kamu.' Iblis
dijadikan daripada api maka dia kembali kepada
asal usulnya - semoga Allah melaknatinya! Jika
iblis diseksa dengannya, seksaan bagi periuk
belangan dengan api adalah lebih lagi, maka
ambillah perhatian!
Bila Jahannam disebutkan, wali ini hanya
memikirkan api secara khusus, dan lupa akan
kenyataan bahawa Jahannam adalah nama bagi
kedua-duanya iaitu panas yang bersangatan dan
sejuk yang bersangatan. Ia dipanggil jahannam
kerana rupanya yang masam (jahama. Jahuma
bermakna 'memiliki rupa yang hodoh') kerana
rupanya yang menimbulkan rasa kebencian.
Jaham adalah perkataan bagi awan yang
sudahpun mencurahkan air yang dikandungnya.
Hujan yang lebat merupakan rahmat Allah. Bila
Allah sudah mengeluarkan hujan daripada awan,
maka nama jaham digunakan baginya kerana
rahmat iaitu hujan yang lebat sudah tiada lagi.
Begitu juga, Allah telah menghilangkan rahmat
daripada Jahannam yang dibenci menurut
pandangan dan lapuran. Ia dinamakan Jahannam
kerana ia terlalu dalam. Ada yang mengatakan,
"sedalam Jahannam" bila menyatakan sesuatu
yang sangat dalam. Kita bermohon kepada Allah
Yang Maha Besar agar dikurniakan kepada kita
dan sekalian orang yang beriman keselamatan
daripadanya!
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar