Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Kamis, 24 Oktober 2013
13: PENANGGUNG ARASY
[Mengenai Penanggung Arasy]
Dengan Allah, Arasy menanggung ar-Rahman,
dan mereka menanggungnya -
kenyataan ini mudah dimengerti.
Apakah kuasa yang ada pada makhluk dan
apakah kekuatannya
sekiranya bukan kerananya yang akal dan
Penyingkapan bawakan?
Tubuh dan roh dan makanan serta kedudukan
tiada apa lagi yang pembahagian aturkan.
Itulah Arasy, seandainya engkau ketahui
kemuliaannya!
Yang bersemayam di atasnya dengan nama ar-
Rahman yang diharapkan.
Mereka berlapan, dan Allah mengetahui mereka.
Kini di sana adalah empat,
dan tiada kesalahan pada mereka:
Muhammad, kemudian Ridwan dan Malik, Adam
dan Khalil (Ibrahim) dan kemudian Jibrail,
Diikuti oleh Mikail dan Israfil. Hanya lapan di sini
-
mendapat kekuatan daripada "La ilah illa Llah".
[Arasy (singgahsana) dalam bahasa
Arab]
Semoga Allah membantu wali-Nya! Ketahuilah
dalam bahasa Arab singgahsana membawa
maksud sesuatu yang menunjukkan kepada
kewujudan kerajaan. Dikatakan, "Singgahsana
raja diruntuhkan," bila berlaku kekacauan di
dalam kerajaannya. Singgahsana (takhta) juga
membawa maksud kerusi. Bila singgahsana
dimaksudkan sebagai penunjuk bagi sesuatu
kerajaan, pembawanya adalah penanggungnya.
Bila singgahsana itu adalah kerusi,
penanggungnya ialah kakinya yang
menanggungnya, ataupun sesiapa sahaja yang
membawanya di atas galas mereka. Bilangan
ditentukan bagi penanggung singgahsana Arasy.
Rasulullah s.a.w mengatakan ada empat di
dalam dunia ini, dan lapan pada Hari
Kebangkitan. Rasulullah s.a.w membacakan,
"Pada hari itu lapan akan membawa
Arasy Tuhan kamu" (69:17)
dan kemudian baginda bersabda, "Kini mereka
adalah empat," maksudnya dalam dunia ini.
Firman Allah, "Pada hari itu mereka menjadi
lapan", bermaksud Hari Kebangkitan.
[Arasy terkandung dalam tubuh, roh,
penyuburan dan darjat]
Kami bawakan daripada Ibn Masarra al-Jabali,
salah seorang yang terkemuka dalam bidang
kerohanian, mengatakan, dan menyingkapkan,
"Arasy yang dibawa itu adalah kerajaan. Ia
terkandung di dalam tubuh, roh, penyuburan dan
darjat. " Adam dan Israfil dari golongan bentuk;
Jibrail dan Muhammad dari roh; Mikail dan
Ibrahim dari pembekalan; dan Malik dan Ridwan
dari Janji dan Ancaman. Dalam kerajaan itu
hanya ada apa yang dinyatakan. Penyuburan,
iaitu pembekalan, adalah yang boleh dicapai
dengan pancaindera dan juga rohaniah. Apa
yang akan kami nyatakan dalam tajuk ini ialah
satu cara, yang membawa makna kerajaan,
melaluinya segala manfaat berhubung.
"Penanggungnya" mengatur mereka yang
menjalankan urusan. Satu pengurus dalam
bentuk anasir atau bentuk yang bercahaya; satu
pengurus dalam bentuk roh; satu pengurus
kepunyaan bentuk anasir; satu pengurus adalah
roh dan satu diuruskan dan dikuasai oleh bentuk
yang bercahaya. Penyuburan adalah kepunyaan
bentuk anasir dan penyuburan ilmu dan makrifat
roh. Ada darjat kebahagiaan yang boleh dialami
oleh pancaindera dengan memasuki syurga dan
ada darjat kecelakaan yang boleh dialami oleh
pancaindera diperolehi dengan memasuki
Jahannam dan darjat ilmu secara kerohanian.
Tajuk ini berdasarkan empat isu. Persoalan
pertama ialah bentuk; keduanya roh; ketiga ialah
penyuburan; dan keempat ialah darjat, iaitu
penghujung. Setiap persoalan ini ada dua
bahagian, jadi semuanya menjadi lapan. Mereka
adalah penanggung Arasy, iaitu apabila yang
lapan itu hadir, kerajaan pun didirikan dan
muncul, lalu Raja bersemayam di atasnya.
[Badan yang bercahaya dan Malaikat
Utama]
Persoalan pertama menyentuh bentuk dan ia
mempunyai dua bahagian: bentuk tubuh
beranasir yang mengandungi bentuk tubuh
khayali, dan bahagian lain ialah tubuh fizikal yang
bercahaya. Kita mulakan dengan tubuh yang
bercahaya. Tubuh-tubuh pertama yang Allah
jadikan adalah tubuh roh kemalaikatan bergerak
dengan cinta dalam keagungan Allah. Ia
termasuklah Akal Awal dan Diri Sejagat
(Universal) dan tubuh yang bercahaya, diciptakan
daripada cahaya keagungan berakhir di sana.
Tidak ada daripada malaikat ini yang diciptakan
melalui cara lain kecuali melalui Diri (an-Nafs)
yang di bawah Akal. Setiap malaikat yang
diciptakan selepas malaikat-malaikat ini adalah
dibawah taklukan alam semulajadi. Mereka
adalah daripada keturunan sfera-sfera yang
daripadanya mereka diciptakan dan padanya
mereka menghuni. Ia sama juga dengan malaikat
anasir. Malaikat darjat terakhir ialah yang
diciptakan daripada amalan dan nafas ahli
ibadat. Kami akan nyatakannya sedarjat demi
sedarjat dalam tajuk ini, Insya' Allah.
Ketahuilah bahawa telah ada Allah sebelum Dia
ciptakan makhluk dan di sana tidak ada masa
sebelumnya. Itu adalah ungkapan secara 'ada-
hubungan' yang menunjukkan perhubungan yang
melaluinya matlamat dicapai pada pendengar.
Allah berada di dalam 'ama' yang di bawah dan
di atasnya tidak ada udara. Ia adalah kenyataan
Ilahi yang pertama muncul yang dalamnya
mengalir cahaya Zat, seperti dijelaskan oleh
firman-Nya,
"Allah adalah cahaya langit dan
bumi" (24:35) .
Bila 'ama' itu diwarnai oleh cahaya, Dia bukakan
dalamnya rupa malaikat yang terpukau oleh
kecintaan yang di atas daripada badan alam
semulajadi. Tidak ada singgahsana atau malaikat
yang mendahului mereka. Bila Dia bawa mereka
kepada kewujudan, Dia berikan mereka
kenyataan. Kenyataan itu menjadi tidak kelihatan
kepada mereka, dan yang tidak kelihatan itu
menjadi roh mereka, iaitu bagi rupa-bentuk itu.
Dia berikan kepada mereka kenyataan dalam
Nama-Nya, Yang Maha Indah, lalu mereka
kehairanan dan kebingungan dengan kecintaan
dalam keagungan keindahan-Nya, dan mereka
tidak pulih daripadanya.
[Akal Awal adalah Paksi bagi Alam
Catatan dan Rakaman]
Bila Allah berkehendak menciptakan alam
catatan dan penulisan, Dia khususkan salah
seorang daripada malaikat Karubiyun. Ia adalah
malaikat pertama daripada cahaya itu yang
dinamakan Akal dan Qalam. Ia dikurniakan tajalli
dalam tempat di mana ilmu yang dikurniakan
menyata menurut kewujudan yang Dia kehendaki
terhadap makhluk-Nya, bukan untuk akhiran dan
batasan. Dengan zatnya, Akal menerima apa
yang sepatutnya dan Nama-nama Ilahi yang yang
inginkan kemunculan alam ciptaan. Daripada
Akal ini muncul kewujudan lain yang dipanggil
Loh. Dia perintahkan Qalam agar turun
kepadanya dan mengamanahkan kepadanya
hanya apa yang akan berlaku sehingga Hari
Kebangkitan. Dia kurniakan kepada Qalam 360
tahun penulisan, iaitu menjadi Qalam. Bermula
daripada ia menjadi qalam, Allah kurniakan
kepadanya 360 tajalli atau raqa'iq (berus). Setiap
tahun atau raqa'iq mengeluarkan 360 jenis ilmu
yang lengkap, dan Qalam memperincikannya
dalam Loh. Ini meliputi ilmu mengenai alam
semesta sehingga Hari Kebangkitan. Loh
mengetahuinya apabila Qalam menyerahkan
pengetahuan itu kepadanya. Ini adalah
sebahagian daripada alam semulajadi, dan ia
adalah ilmu pertama yang Loh terima mengenai
ilmu yang bersangkutan dengan apa yang Allah
kehendaki pada makhluk-Nya. Ini adalah lebih
tepat dikira sebagai semulajadi daripada diri.
Semua itu berada di dalam alam cahaya yang
murni.
[Arasy dan malaikat yang menghuninya]
Kemudian Allah bawa kepada kewujudan
kegelapan yang murni yang bertentangan dengan
cahaya ini, yang berada dalam keadaan
ketiadaan yang menyeluruh bertentangan dengan
kewujudan yang menyeluruh. Bila Dia
membawanya kepada kewujudan, cahaya itu
mengalir ke atasanya dengan pengaliran keluar
yang perlu dengan bantuan semulajadi. Maka
cahaya memperbaiki keadaannya yang
berselerakan dan badan muncul yang
ditunjukkan sebagai Arasy. Kemudian nama ar-
Rahman bersemayam di atasnya dengan nama,
Kenyataan Zahir. Itu adalah kemunculan yang
pertama bagi alam ciptaan. Daripada cahaya
yang bercampur itu, yang seumpama cuaca
subuh, Dia ciptakan malaikat yang mengelilingi
Singgahsana itu. Inilah firman-Nya,
"Kamu akan lihat malaikat mengelilingi
Arasy sambil membesar dan memuji
Tuhan mereka" (39:75) .
Mereka tidak mempunyai tugas lain kecuali
mengelilingi Arasy, membesar dan memuji-Nya.
Kami telah terangkan tentang penciptaan alam
maya dalam buku kami, 'Uqla al-Mustawfiz. Kami
gunakan prinsip berkenaan dalam tajuk ini.
[Kursi dan malaikat yang mendiaminya]
Kemudian Dia bawakan Kursi ke dalam
kewujudan Arasy ini dan meletakkan padanya
malaikat yang dari jenisnya. Setiap sfera
merupakan asas penghuninya yang diciptakan di
dalamnya sama seperti anasir yang daripadanya
penghuninya diciptakan. Adam diciptakan
daripada tanah maka keturunannya menghuni
bumi. Dalam Kursi yang mulia ini, Perkataan
dibahagikan kepada rakaman dan pengadilan: ini
adalah dua kaki yang turun daripada Arasy
sebagaimana dinyatakan oleh hadis. Kemudian di
dalam Kursi itu Allah ciptakan sfera-sfera, satu
di dalam yang lain. Dalam setiap sfera Dia
ciptakan alam daripadanya yang mereka diami,
yang dinamakan malaikat iaitu utusan. Dia
hiaskan sfera-sfera dengan bintang-bintang, dan
mengilhamkan kepada setiap langit dengan
perintah-Nya sehingga Dia ciptakan bentuk
benda-benda (muwalladat).
[Roh bentuk yang bercahaya, bentuk
khayali dan bentuk anasir]
Bila Allah lengkapkan bentuk-bentuk yang
bercahaya dan anasir ini yang tidak mempunyai
roh yang tidak kelihatan oleh bentuk-bentuk
tersebut, Dia kurniakan kenyataan kepada setiap
golongan bentuk-bentuk tersebut menurut asas
masing-masing. Roh bentuk-bentuk itu muncul
daripada bentuk-bentuk tersebut dan daripada
tajalli. Ini merupakan persoalan kedua. Allah
ciptakan roh-roh dan perintahkan mereka
menguruskan bentuk-bentuk tersebut dan Dia
jadikan mereka ghaib, zat yang satu tetapi
dijadikan berbeza di antara satu sama lain.
Mereka berbeza menurut bentuk yang mereka
terima daripada tajalli itu. Bentuk-bentuk itu
bukanlah kepunyaan roh-roh secara
kenyataannya menurut "di mana berada".
Bentuk-bentuk ini dimiliki oleh roh-roh sebagai
kerajaan berhubung dengan bentuk anasir, dan
seumpama tempat menyatakan berhubung
dengan semua bentuk-bentuk.
Kemudian Allah hasilkan bentuk khayali fizikal
melalui tajalli lain di antara lataif (yang seni) dan
bentuk, dan bentuk bercahaya dan menyala
muncul kepada pandangan dalam tubuh fiikal itu.
Bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera
yang menyata itu membawa bentuk maksud
dalam bentuk fizikal ini di dalam tidur, selepas
kematian dan sebelum dibangkitkan - ia adalah
bentuk di antara ruang (barzakh). Ia adalah
tanduk cahaya yang atasnya luas dan bawahnya
sempit. Bahagian tertingginya ialah 'ama' dan
bahagian terendahnya ialah bumi. Badan-badan
bagi bentuk ini yang mana jin, malaikat dan
bahagian batin manusia muncul adalah arah ke
luar semasa tidur dan bentuk-bentuk Taman
Syurga. Bentuk inilah yang menghuni bumi
khayali yang sudah kami katakan dalam tajuk
yang sesuai ini.
[Penyuburan roh-roh dan penyuburan
bentuk-bentuk]
Kemudian Allah tentukan penyuburan bagi
bentuk-bentuk dan roh-roh ini. Ia termasuk
dalam persoalan ketiga. Mereka hidup dengan
penyuburan itu. Ia mengandungi penyuburan
pancaindera dan penyuburan maksud.
Penyuburan maksud adalah penyuburan ilmu
pengetahuan, tajalliyat dan hal-hal (ahwal) atau
suasana. Penyuburan pancaindera sudah
diketahui umum. Ia adalah apa yang bentuk-
bentuk itu makan dan minum yang membawakan
maksud kerohanian, iaitu bakat-bakat. Setiap
bentuk, samada yang bercahaya, haiwan atau
fizikal, disuburkan oleh apa yang sesuai
dengannya. Ia mengambil tempat yang panjang
untuk diperincikan di sini.
[Darjat alam dalam kebahagiaan dan
kecelakaan]
Kemudian Allah kurniakan kepada setiap alam
darjat dalam kebahagiaan dan kecelakaan dan
satu setesen; dan perinciannya tidak terhitung.
Kebahagiaannya menurutnya: sebahagiannya
kebahagiaan nafsu, kebahagiaan kesempurnaan,
kebahagiaan kerana dipenuhi, dan kebahagiaan
tempat, iaitu Syariat. Kecelakaan adalah seperti
itu dalam pembahagian apa yang tidak disetujui
oleh nafsu, kesempurnaan, kelakuan (iaitu tidak
dipenuhi), dan bukan Syariat. Semua itu boleh
ditangkap oleh pancaindera dan akal.
Bahagiannya yang ditangkap oleh pancaindera
berkait dengan Kediaman kecelakaan, kesakitan
pada dunia ini dan alam kemudian, dan berkait
dengan Kediaman kebahagiaan bagi kesenangan
dalam dunia ini dan alam kemudian.
Sebahagiannya murni dan sebahagiannya
bercampur. Yang murni berhubung dengan Alam
Kemudian. Yang bercampur berhubung dengan
Kediaman sekarang. Jadi yang bahagia mungkin
muncul dalam bentuk yang celaka dan yang
celaka mungkin muncul dalam bentuk bahagia
sementara mereka akan menjadi jelas berbeza
pada Kediaman Kemudian. Boleh jadi yang
celaka menyatakan kecelakaannya dalam dunia
ini dan ia berhubung dengan kecelakaan di Alam
Kemudian. Begitu juga dengan keadaan bahagia.
Walau bagaimanapun, mereka tidak diketahui
dalam dunia ini, tetapi mereka menjadi jelas
dalam Alam Kemudian:
"Sekarang asingkan diri-diri kamu, wahai
mereka yang berdosa, pada hari
ini!" (35:59) .
Jadi darjat dihubungkan dengan orang berkenaan
dengan hubungan yang tidak akan putus ataupun
berubah.
[Penanggung Arasy dalam alam ini dan
alam kemudian]
Jadi maksud lapan, iaitu jumlah kerajaan
ditunjukkan oleh Arasy, sudah dijelaskan kepada
kamu. Ini adalah persoalan keempat. Maksud
lapan sudah jelas bagi kamu. Lapan ini
kepunyaan lapan asbab Ilahi yang melaluinya
Allah diceritakan. Mereka ialah: kehidupan,
pengetahuan, kuasa, kehendak, pertuturan,
pendengaran, penglihatan, dan kesempurnaan
kecapan, bau dan rasa dengan sifat yang
berhubung dengannya. Pengertian ini mengenai
mereka ada hubungan, seperti pendengaran
menyaksikan benda-benda yang didengar dan
penglihatan menyaksikan benda-benda yang
dilihat. Jadi kerajaan itu terkandung di dalam
lapan. Empat daripadanya menyata dalam alam
ini: bentuk, makanan dan dua darjat itu. Pada
Hari Kebangkitan, kesemua yang lapan itu akan
kelihatan pada pandangan. Allah berfirman,
"Pada hari itu lapan akan menangung di
atas mereka Arasy Tuhan kamu" (69:17) .
Rasulullah s.a.w bersabda, "Kini mereka
berempat". Inilah penjelasan mengenai Arasy
sebagai Kerajaan.
Bagi Arasy, iaitu singgahsana, ia kepunyaan
Allah dan malaikat-malaikat membawanya di
atas belakang mereka. Hari ini mereka berempat,
dan esok mereka berlapan berhubung dengan
tanggungan di bumi yang dikumpulkan. Ia
berhubung dengan empat yang menanggungnya
kira-kira menyamai apa yang Ibn Masarra
katakan. Dikatakan satunya mempunyai rupa
manusia, satu singa, satu helang dan
keempatnya lembu. Itulah yang dilihat dan
dikhayalkan oleh Samiri sebagai Tuhan Musa.
Jadi dia bina anak lembu untuk kaumnya dan
berkata,
"Inilah Tuhan kamu dan Tuhan
Musa" (20:88) ,
menurut kisahnya. Allah menceritakan yang
benar dan memimpin ke jalan yang benar.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar