Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Kamis, 31 Oktober 2013
1: NABI MUHAMMAD S.A.W DIUTUSKANUNTUK MENYELAMATKAN UMATMANUSIAKEADAAN DUNIA SEBELUM KELAHIRANNABI MUHAMMAD S.A.W
Dunia pada abad ke enam Masehi adalah
umpama seorang yang sedang sakit tenat,
tersangat memerlukan kepada penyelamat dan
perawat yang mahir untuk mengubati penyakitnya
dan menyelamatkannya daripada berbagai-bagai
huru-hara dan kemusnahan. Semua bangsa-
bangsa di seluruh pelusuk dunia dicengkam oleh
kegelapan akidah dan kehancuran moral. Bangsa
Aria di Sepanyol dan di selatan Perancis terlibat
di dalam perebutan kuasa dengan kerajaan
Clovis yang bermazhab Katholik. Bangsa Aria
yang mendapat bantuan daripada kerajaan
Roman Timur berjaya menewaskan kerajaan
Clovis. Setelah berjaya menewaskan kerajaan
Clovis, bangsa Aria berperang pula menentang
kerajaan Roman Timur yang telah membantu
mereka, kerana berebut kuasa ke atas tanah
jajahan. Di negeri Inggeris pula bangsa Anglo
dan bangsa Saxon terlibat di dalam kes
perebutan tanah juga. Di Itali, kekuasaan
kerajaan Roman sudah sangat lemah, lalu ia
berpindah kepada kekuasaan gereja (agama
Masehi). Kerajaan Yunani pula sudah dijajah oleh
kerajaan Roman Timur.
Bangsa-bangsa yang kuat di Eropah sering
menceroboh kedaulatan bangsa-bangsa yang
lemah di Eropah Selatan. Bangsa Got dan
bangsa Han berlumba-lumba memperluaskan
tanah jajahan. Di tengah-tengah Asia Kecil
muncul bangsa Turki yang berjaya menyekat
perkembangan kekuasaan Yunani. Mana-mana
bahagian dunia yang dikuasai oleh kerajaan
Roman Timur mengalami kerosakan teruk akibat
kekejaman perang dan kezaliman pemerintah.
Bukan kerajaan Roman Timur sahaja yang
melakukan kerosakan di atas muka bumi malah,
sesiapa sahaja yang berjaya memperolehi
kemenangan telah melakukan keganasan dan
kerosakan, bahkan ada yang lebih ganas dan
kejam daripada Roman Timur.
Bukan di Eropah sahaja bergolak. Pergolakan
berlaku juga di Asia. Di Tibet, India dan Cina
muncul fahaman-fahaman yang ganjil-ganjil dan
kepercayaan mistik yang sukar difahami, baik
dalam bidang keagamaan dan falsafah dan juga
dalam bidang siasah. Perbezaan fahaman
keagamaan, falsafah dan siasah sering menjadi
isu yang menyebabkan persengketaan sesama
sendiri. Keadaan diburukkan oleh lagi oleh
peperangan yang berlaku dengan orang luar.
Kerajaan Masehi Roman Timur yang berpusat di
Konstantinopal terlibat di dalam kancah
peperangan dengan kerajaan Parsi. Kemenangan
sering bertukar tangan di antara mereka. Selain
kerajaan Parsi, kerajaan lain yang lebih kecil
dapat dikalahkan oleh kerajaan Roman. Sayap
penindasan kerajaan Roman sampai juga ke
Mesir.
Dunia pada ketika itu penuh dengan kebuasan,
kezaliman dan pertumpahan darah. Umat
manusia lebih berminat melakukan kerosakan
daripada berbuat kebaikan dan perdamaian.
Pemimpin bukan lagi menjadi pelindung dan
penyelamat rakyat malah, merekalah yang lebih
dahulu menindas rakyat yang mereka pimpin.
Nyawa manusia menjadi tidak berharga asalkan
nafsu buas pemimpin yang berkuasa mendapat
kepuasan. Sikap belas kasihan kepada rakyat
yang lemah sangat jarang ditemui di kalangan
golongan yang berkuasa.
Pada ketika itu masih ada golongan yang
berpegang kepada nilai-nilai murni yang
diajarkan oleh agama tetapi mereka tidak ada
kekuatan untuk melakukan perubahan atau
menyekat kerosakan yang melanda dunia dan
umat manusia. Suara keagamaan tidak cukup
lantang untuk sampai ke telinga orang-orang
yang berkuasa. Di kebanyakan tempat pihak yang
berkuasa mengadakan tekanan dan kongkongan
terhadap ahli-ahli agama sehingga cahaya
agama yang sebenar tertutup dan diperlihatkan
cahaya agama yang telah diwarnai oleh pihak
pemerintah. Seluruh pelusuk bumi sudah
dicalarkan oleh kuku kuasa-kuasa besar, hanya
satu tempat sahaja pada ketika itu yang masih
selamat daripada kuku kerosakan penjajah.
Tempat tersebut adalah Tanah Arab.
Semenanjung Arab bukan diselamatkan oleh
kekuatan dan kepintaran penduduknya tetapi ia
diselamatkan oleh kekuatan alam semula jadi
bumi bertuah itu. Lautan padang pasir dan
gunung-ganang menjadi benteng pertahanan
yang kuat menghalang percubaan kuasa besar
untuk masuk ke dalamnya.
Umat manusia sangat berhajat kepada
penyelamat yang mampu mengadakan
perubahan, membela nasib golongan yang lemah
dan memperbaiki segala macam kerosakan yang
telah melanda dunia. Seluruh dunia sudah
berada di dalam keadaan huru-hara, hanya bumi
Arab yang masih bertahan. Bumi yang dipelihara
itu menjadi tempat yang paling sesuai untuk
dijadikan markas bagi penyelamat yang akan
datang memulakan tugas demi umat manusia
seluruhnya.
SEMENANJUNG ARAB SEBELUM
KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W:
Walaupun sebahagian besar daripada
Semenanjung Tanah Arab tidak berjaya dijajah
oleh kuasa-kuasa besar namun, sebahagian
daripadanya tidak terlepas daripada kuku
penjajah. Bahrain dan Irak dijajah oleh kerajaan
Parsi. Syria pula dijajah oleh kerajaan Masehi
Roman Timur. Arab Hijaz dan Arab Tengah agak
bernasib baik, walaupun mereka ada
persefahaman untuk tunduk kepada kerajaan
Parsi tetapi ia tidak dikuatkuasakan.
Di antara semua penduduk Arab, kaum Badwi
yang tinggal di pergunungan dan padang pasir
menjadi satu-satunya puak Arab yang benar-
benar bebas daripada mana-mana kekuasaan
penjajah. Mereka jugalah kemudian hari kelak
menjadi tenaga pejuang yang paling kuat di
dalam menyebarkan agama Islam ke seluruh
pelusuk bumi Arab dan juga lain-lain tempat di
atas muka bumi.
Sebelum Islam muncul di Tanah Arab, agama-
agama Masehi dan Yahudi dan juga agama
menyembah berhala sudah pun bertapak di
sana. Di antara mereka penganut agama
Yahudilah yang paling fanatik dan agresif.
Mereka bukan sekadar mahu menjajah untuk
mendapatkan kuasa dan harta malah mereka
sangat benci dan memusuhi sesiapa sahaja yang
tidak seagama dengan mereka. Mereka
menganggapkan kekuasaan ke atas bangsa-
bangsa lain sebagai satu jihad yang mulia. Di
dalam melakukan jihad tersebut mereka
membolehkan diri mereka melakukan apa sahaja
asalkan tujuan mereka tercapai. Penindasan
keagamaan yang berlaku di Tanah Arab biasanya
ada kaitan dengan penganut agama Yahudi.
Ketika berkuasa di Yaman orang-orang Yahudi
telah membakar 20,000 penganut agama Masehi
yang enggan menerima agama Yahudi.
Pembunuhan beramai-ramai manusia yang tidak
bersalah itu telah mencemarkan kemurnian
agama Yahudi dan pencemaran tersebut
diperturunkan kepada generasi Yahudi yang di
belakang.
Agama Masehi pula kurang mendapat tempat di
hati orang-orang Arab. Agama yang telah
diresapi oleh fahaman mistik yang pelik-pelik itu
tidak menarik minat orang Arab yang umumnya
bersifat kebendaan. Walaupun ada sebilangan
kecil orang Arab yang memeluk agama Masehi
namun, agama tersebut tidak berjaya disebarkan
dengan meluas.
Agama yang paling popular kepada orang-orang
Arab adalah agama menyembah berhala. Mereka
yang masih percaya kepada Tuhan Pencipta
langit dan bumi tidak terlepas daripada
perbuatan syirik iaitu mengadakan berhala-
berhala sebagai perantaraan di antara mereka
dengan Tuhan. Beberapa buah berhala besar
dibina di beberapa tempat. Di samping
mempertuhankan berhala-berhala besar, suku
dan keluarga Arab mempunyai berhala-berhala
kecil yang juga dipertuhankan.
Selain daripada penyembah berhala ada juga
suku-suku Arab yang menyembah bulan dan
bintang, seperti suku-suku Kinanah, Lakham,
Jurhum, Asad dan Tayyi. Kebanyakan daripada
orang Arab tidak percaya kepada hari akhirat.
Mereka beranggapan hidup ini berakhir dengan
kematian. Oleh itu segala perkara mesti
diselesaikan di dunia ini juga. Ada juga
sebahagian daripada mereka yang percaya
kematian bukan kesudahan kehidupan,
terutamanya bagi orang yang mati dibunuh.
Golongan ini percaya mangsa pembunuhan tidak
dapat hidup aman pada alam lain sebelum
dilakukan pembalasan terhadap pembunuhnya.
Ada juga segelintir puak Arab yang percaya
kepada malaikat. Mereka percaya malaikat
berhubung dengan orang-orang suci di kalangan
mereka. Mereka yang dianggap suci itu dijadikan
perantaraan untuk berhubung dengan malaikat
dan juga dengan Tuhan. Selain daripada
golongan tersebut ada pula puak yang percaya
kepada dua tuhan iaitu tuhan kebaikan dan tuhan
kejahatan. Tuhan kebaikan menjadikan yang
baik-baik sahaja dan tuhan kejahatan menjadikan
yang jahat-jahat sahaja.
Puak yang paling mulia di Makkah iaitu puak
Quraisy menganut fahaman zindik, iaitu
kepercayaan kepada cahaya dan gelap.
Fahaman ini menolak kewujudan akhirat dan
Tuhan. Fahaman yang demikian pada masa ini
dipanggil ateis. Walaupun puak Quraisy ini tidak
percaya kepada Tuhan tetapi mereka
menyembunyikan fahaman mereka dengan cara
berpura-pura mempercayai Tuhan supaya
mereka tidak terasing daripada puak-puak Arab
yang lain yang percaya kepada kewujudan
Tuhan. Fahaman seperti fahaman zindik ini juga
dipegang oleh golongan bangsawan di Yasrib,
dan mereka kemudiannya membentuk kumpulan
munafik yang menentang Rasulullah s.a.w secara
sembunyi.
Agama Yahudi tidak dikembangkan kepada
orang-orang Arab. Orang Yahudi beranggapan
bangsa Arab lebih hina daripada mereka dan
tidak layak diterima sebagai penganut agama
mereka. Agama Yahudi dijadikan agama yang
khusus untuk bangsa mereka sahaja. Selain
daripada sikap orang Yahudi yang demikian,
permusuhan dengan kerajaan Masehi Roman
Timur juga menyebabkan pergerakan kaum
Yahudi terhalang. Kerajaan Roman Timur berjaya
mengalahkan kerajaan Yahudi di Yaman dan
mereka memperhebatkan gerakan memburu
orang Yahudi sebagai membalas dendam
terhadap perbuatan Yahudi membakar kaum
Masehi di Yaman. Di mana sahaja dijumpai,
tentera Roman Timur akan membunuh orang
Yahudi. Orang Yahudi terpaksa melarikan diri ke
seluruh pelusuk muka bumi. Sebahagian besar
daripada mereka membuat tempat tinggal di
Khaibar dan Yasrib. Mereka membina benteng
yang kukuh di sekeliling perkampungan mereka.
Mereka tidak berani keluar jauh daripada
benteng pertahanan mereka. Oleh yang demikian
mereka terpaksa menggunakan khidmat orang-
orang Arab di dalam menguruskan perniagaan
dan perladangan mereka. Jadi, tekanan daripada
pihak kerajaan Roman Timur dan keegoan
mereka sendiri menyebabkan agama Yahudi
tidak berkembang di Semenanjung Arab.
Ada sebilangan kecil puak Arab yang masih
mengesakan Tuhan. Mereka terdiri daripada
pemimpin Banu Hasyim yang menguasai
pengurusan Kaabah. Mereka tetap melakukan
ibadat haji, umrah, bertawaf mengelilingi Kaabah
dan menyembelihkan binatang korban. Pegangan
mereka bersumberkan ajaran Nabi Ibrahim a.s.
Secara umumnya orang Arab percaya kepada
Tuhan yang menciptakan alam tetapi mereka
beranggapan Tuhan terlalu tinggi dan mereka
tidak mampu berhubung secara langsung dengan
Tuhan. Mereka percaya ada benda-benda alam
yang dikasihi oleh Tuhan. Mereka berpendapat
perhubungan dengan Tuhan perlu dibuat melalui
benda-benda yang Tuhan kasihi. Bagi
memudahkan upacara perhubungan dan
penyembahan mereka membina patung-patung
yang menyerupai sesuatu yang dianggap sebagai
dikasihi oleh Tuhan. Mereka mengadakan
penyembahan dan persembahan kepada patung-
patung tersebut sebagai cara untuk
menyampaikan hajat kepada Tuhan Yang Maha
Tinggi.
Umat manusia di seluruh Semenanjung Arab dan
juga di seluruh pelusuk dunia dibungkus oleh
kegelapan akidah dan dicengkam oleh
keruntuhan moral. Ajaran nabi-nabi yang pernah
diutuskan oleh Tuhan telah dipinda oleh orang-
orang yang gila kuasa sehingga ketulenan ajaran
tersebut tidak dapat dikenalpasti lagi. Apa juga
ajaran agama yang tidak disenangi oleh pihak
yang berkuasa akan diubahsuai. Bumi Parsi
menyaksikan banyak agama-agama dihancurkan
oleh pemerintah. Agama-agama Zoroaster, Manu
dan Mazdak menemui kehancuran di Parsi.
Agama Masehi pula diputarbelitkan oleh orang-
orang Masehi yang tunduk kepada pemerintahan
kerajaan Roman Timur. Agama Yahudi
dirosakkan oleh kaum Yahudi sendiri. Di tempat-
tempat lain muncul agama falsafah yang direka
oleh akal dan khayalan manusia sendiri.
Kemusnahan akidah berlaku di merata tempat
dan ia diikuti oleh kehancuran nilai-nilai akhlak
yang murni. Banyak perkara yang diterima pakai
sebagai adat dan kebudayaan telah merosakkan
nilai-nilai murni kemanusiaan. Di dalam
kebudayaan orang Arab Jahiliah dan juga
bangsa-bangsa lain, arak merupakan minuman
kegemaran orang ramai. Darah umat manusia
yang bercampur dengan najis arak menjadi
medan yang luas bagi syaitan melakukan
kerosakan ke atas Banu Adam. Puisi dan syair
yang memuji dan memuja arak sering
diperdendangkan. Arak menjadi pintu kepada
berbagai-bagai lagi perlakuan akhlak yang hina.
Judi dan zina berleluasa di dalam masyarakat. Di
dalam tradisi mereka juga kaum lelaki boleh
berkahwin seberapa ramai yang mereka mahu
asalkan mereka mampu. Kaum lelaki juga berhak
menceraikan isteri mereka sesuka hati mereka.
Kaum wanita menerima nasib yang lebih malang
apabila mereka yang kematian suami dikira
sebagai sebahagian daripada harta pusaka suami
yang berhak dituntut oleh waris si suami. Tradisi
yang demikian menyebabkan sistem
kekeluargaan menjadi kucar kacir. Dan, yang
paling buruk berlaku di dalam tradisi Arab
Jahiliah adalah adat kejam menanam anak
perempuan yang baharu lahir.
Kerosakan akidah dan akhlak yang menyerang
penduduk di Tanah Arab tidak mampu dibendung
oleh orang Masehi dan orang Yahudi. Orang
Yahudi lebih berminat mengembangkan
perniagaan mereka yang berasaskan riba.
Perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat
Arab memudahkan kaum Yahudi
mengembangkan ekonomi mereka tanpa
persaingan besar daripada puak Arab.
Jika kaum Yahudi sibuk mengumpulkan harta
kaum Masehi pula tidak mempunyai kepimpinan
yang berkaliber untuk mengadakan pembaikan ke
atas umat manusia. Ajaran mistik yang kompleks
menyebabkan agama tersebut menjadi satu
agama yang sukar difahami oleh orang ramai.
Oleh kerana itu banyak daripada urusan agama
dilakukan oleh pihak gereja sahaja. Orang ramai
yang telah menyerahkan urusan agama mereka
kepada pihak gereja sudah dianggap mendapat
keselamatan.
Orang Arab secara umumnya mempunyai fikiran
yang terbuka dalam banyak perkara tetapi
mereka sangat fanatik dalam soal kepercayaan
dan adat resam. Prinsip mereka dalam perkara
tersebut adalah berpegang teguh dengan apa
juga yang mereka pusakai daripada nenek
moyang mereka. Pusaka nenek moyang yang
menyentuh soal kepercayaan dan adat resam
tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapapun.
NABI MUHAMMAD S.A.W DAN KAUM
MUSLIMIN BERTANGGUNGJAWAB
MENYELAMATKAN UMAT MANUSIA DAN
DUNIA SELURUHNYA:
Di tengah-tengah kerosakan akidah dan akhlak
yang melanda umat manusia di Semenanjung
Tanah Arab dan di seluruh dunia itulah Allah
s.w.t mengutuskan Rasul-Nya, Nabi Muhammad
s.a.w. Pada masa Nabi Muhammad s.a.w
dilahirkan, di dalam dunia ini ada tidak lebih
daripada tiga puluh orang yang mengenal Allah
s.w.t sebagaimana yang patut dikenali.
Kenyataan ini diterima oleh Salman al-Farisi
daripada pendeta terakhir yang beliau temui di
Ammuria, dalam perjalanannya mencari
kebenaran, sehinggalah beliau berjumpa dengan
Nabi Muhammad s.a.w di Madinah. Pertemuan
dengan Nabi Muhammad s.a.w mengakhirkan
pencarian Salman. Dia telah menemui
kebenaran.
Nabi Muhammad s.a.w berkewajipan membaiki
seluruh dunia. Hanya satu agama yang lengkap
dan sesuai dengan fitrah asli sekalian manusia
yang mengimbangi soal lahiriah dengan soal
batiniah mampu menangani masalah berat yang
sedang melanda dunia dan penghuninya. Agama
tersebut adalah ISLAM! Baginda s.a.w diutuskan
bagi menyampaikan risalat dari Allah s.w.t dan
mentadbir urusan makhluk di dalam dunia ini
agar peraturan Allah s.w.t dipatuhi oleh sekalian
manusia. Kaum Muslimin yang menjadi umat
baginda s.a.w juga memikul amanah tersebut,
bertanggungjawab menyambung perjuangan
baginda s.a.w. Tugas tersebut terletak di atas
bahu umat Nabi Muhammad s.a.w hinggalah
kepada hari kiamat. Jalan yang telah dipelopori
oleh Nabi Muhammad s.a.w dan diikuti oleh
sahabat-sahabat baginda s.a.w adalah sebaik-
baik dan sebenar-benar jalan. Jalan yang paling
baik dan paling benar ini juga dilalui oleh para
pengikut baginda s.a.w yang datang kemudian.
Dasar agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w adalah mengabdikan diri kepada Tuhan
Yang Maha Esa dan mencari kesejahteraan hidup
di akhirat tanpa melupakan tanggungjawab
terhadap kehidupan dunia dan makhluk Tuhan
sekaliannya. Tugas utama mereka adalah
menyucikan akidah mereka sendiri, kaum
keluarga dan umat manusia sekaliannya. Tugas
susulan yang tidak kurang penting adalah
memurnikan akhlak diri sendiri, kaum keluarga
dan umat manusia sekaliannya. Akidah dan
akhlak merupakan dua agenda paling penting di
dalam tarekat Nabi Muhammad s.a.w yang juga
diikuti oleh para sahabat baginda s.a.w.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar