Kamis, 24 Oktober 2013

59: MASA YANG ADA MASA DAN MASAYANG DITENTUKAN


[Mengenai masa yang ada dan masa
yang ditentukan]
Bila engkau pastikan bahawa bahan masa
ditentukan dan diketahui melalui ilusi,
Seumpama alam semulajadi dalam memberi
kesan kuasanya
Sumber alam semulajadi dan masa adalah tidak
wujud.
Perkara-perkara ditentukan dengannya, tetapi ia
tidak
mmeiliki sumber yang dengannya ia diputuskan.
Akal tidak mampu menyaksikan bentuknya
kerana sebab itu, kami katakan masa adalah
ilusi.
Seandainya bukan kerana 'tiada-hubungan',
kewujudan Allah tidak akan jadi
ditentukan olehnya. Maka Dia meninggi di dalam
hati.
Bila kamu adil dengan akar masa daripada
sebelum-masa
keputusannya ialah azali, dan ia dikawal.
Seperti kekosongan yang sambungannya tidak
ada kesudahan dalam
badan lain melalui ilusi dan penjelmaan
dalamnya.
[Kepertamaan Yang Haq dan Wujud-Nya
dan kepertamaan alam maya dan
wujudnya]
Ketahuilah, mula-mulanya, bahawa Allah adalah
Permulaan dan tiada yang lain mendahului-Nya,
dan tiada apa yang bergantung kepada-Nya
memiliki kepertamaan tidak juga ada sesuatu
yang mempunyai sempadan yang sama dengan-
Nya. Dia adalah Esa - maha suci Dia! dalam
kepertamaan-Nya. Tidak ada sesuatu yang
wujudnya perlu dengan dirinya sendiri melainkan
Dia. Dia Kaya dengan Zat-Nya, tidak memerlukan
kepada sesiapapun. Allah berfirman,
" Allah itu Kaya daripada sebarang
keperluan daripada sesiapa" (3:97)
melalui bukti lojik dan Syariat.
Jadi wujud alam ini mestilah samada memiliki
kewujudannya yang daripada Allah kepada Diri-
Nya, atapun perkara tambahan yang bukan Dia
kerana, seandainya itu adalah Dia, maka tidak
ada tambahan. Sekiranya itu adalah Dia, ia akan
menjadi perkara yang kompleks dalam dirinya
dan kepertamaan akan menjadi kepunyaan
perkara tambahan itu. Kami telah tetapkan
bahawa tiada kepertamaan kepada apa sahaja
dengan-Nya dan tidak juga sebelum-Nya.
Oleh kerana perkara tambahan itu bukan Diri-
Nya, ia mestilah wujud atau tidak wujud. Adalah
mustahil ia menjadi tidak wujud. Yang tidak
wujud tidak dapat memiliki kesan untuk
membawa kepada kewujudan dalam apa yang
dinyatakan sebagai tidak wujud, iaitu alam maya.
Jadi tidaklah daripada kedua-duanya itu yang
lebih memiliki kesan membawa kepada
kewujudan melebihi yang satu lagi kerana kedua-
duanya adalah tidak wujud. Yang tidak wujud
tidak memberi kesan kerana ia tidak ada.
Adalah mustahil ia menjadi wujud. Maka dalam
itu ia semestinya samada menjadi wujud dengan
dirinya atau tidak. Mustahil wujudnya terjadi
dengan dirinya, kerana bukti sudah dinyatakan
tentang mustahil di sana ada kewujudan dua
yang wujudnya perlu buat diri mereka. Maka
hanya tinggal kewujudannya oleh yang lain
daripada dirinya, dan tidak ada makna bagi
kemungkinan alam maya melainkan
kewujudannya adalah oleh yang lain
daripadanyha. Jadi ia adalah alam atau daripada
alam.
Seandainya kewujudan alam maya ini adalah
daripada Allah melalui hubungan tertentu,
sekiranya bukan kerana hubungan itu, alam maya
ini tidak mungkin wujud. Hubungan itu dipanggil
kehendak atau kemahuan atau ilmu atau apa
sahaja yang kamu suka daripada kewujudan itu
pada keperluan yang harus. Jadi tanpa keraguan
Yang Haq lakukan sesuatu melalui hubungan
tersebut. Keperluan tidak memberi makna
melainkan ini, dan ia adalah mustahil bagi Allah.
Allah berfirman,
"Allah Maha Kaya, tidak memerlukan
sesiapapun" (3:97).
Sekiranya dikatakan apa yang dimaksudkan
dengan hubungan ini sama seperti Zat-Nya, kami
katakan benda ini tidak memrlukan dirinya. Dia
kaya dengan diri-Nya. Maka yang memerlukan
adalah yang tidak berpunya. Semua itu bagi
Allah adalah mustahil. Kami nafikan perkara
tambahan. Itu memestikan bahawa kewujudan
alam maya ini, oleh kerana ia wujud daripada
yang selainnya, terikat dengan Keperluan
kewujudan dengan Diri-Nya. Adalah mustahil
sumber yang harus memebri kesan kepada
Keperluan kewujudan melalui Diri-Nya dengan
pembawaan-kepada -kewujudan. Perkara ini
hanya mampu difahami demikian.
Kehendak, kemahuan, ilmu dan kuasa-Nya
adalah Zat-Nya. Allah meninggi atau melampaui
dalam Zat-Nya. Sesungguhnya, Dia memiliki
kesatuan yang mutlak, dan Dia yang Esa, yang
Tunggal, Allah, as-Samad
" yang tidak beranak"
yang seharusnya menjadi yang terdahulu
"tidak juga diperanakkan"
yang menjadi hasil,
"dan tiada sesuatu menyamai-
Nya" (112:3-4),
maka kewujudan alam maya oleh-Nya adalah
daripada dua dasar - daripada Yang Haq dan
yang bersamaan. Allah melampaui sesuatu!
Demikianlah Dia nyatakan Diri-Nya dalam Kitab-
Nya apabila Rasulullah s.a.w ditanya tentang
sifat Tuhannya. Kemudian Surah al-Ikhlas
diturunkan dan bebaskannya daripada
dipersekutukan dengan yang lain. Allah
melampaui penyifatan dan gambaran yang murni
itu. Tiada apa yang Dia nafikan atau isbatkan
dalam surah ini tetapi pengisbatan atau penafian
itu adalah apa yang sebahagian orang katakan
tentang Allah.
[Hubungan azali dengan Allah seeprti
hubungan masa dengan yang fana]
Kami telah terangkan bagaimana kita wajib
berkehendak kepada-Nya - dan Dia adalah allah,
maha suci Dia! Kami akan perjelaskan lagi.
Ketahuilah hubungan azali dengan Allah adalah
umpama hubungan amsa dengan kita. Hubungan
azali adalah sifat negatif tanpa sumber.
Kewujudan bukan daripada hakikat ini. Jadi
masa adalah kepunyaan yang harus dengan
hubungan yang kewujudannya ilusi, bukan wujud,
kerana dalam hal apa sahaja yang kamu boleh
bahagikan, kamu boleh tanya "bila"
mengenainya. Bila adalah soalan tentang masa,
masa mestilah perkara yang ilusi, bukan wujud.
Kerana sebab ini, Allah menunjukkan kepada
Diri-Nya apabila Dia berfirman,
"dan Allah mengetahui segala
perkara" (33:40) "dan kepunyaan Allah
segala perintah sebelum dan
selepas" (30:4) .
Dalam sunnah perkataan penanya disahakan bila
dia bertanya, "Di manakah Tuhan kita sebelum
Dia ciptakan makhluk-Nya?" Sekiranya masa
adalah perkara yang wujud dalamnya, maka
Allah yang melampaui pembatasan tidak boleh
dipakai kerana prinsip masa mengongkong-Nya.
Maka kami perakui bahawa bentuk-bentuk ini
tidak ada perkara kewujudan di bawah mereka.
[Masa: mudah difahami dan terbukti]
Kemudian kami katakan manusia mempunyai
pendapat yang berbeza tentang ungkapan
"masa" dan apa yang difahamkan dengannya
dan dibuktikan dengannya. Orang yang bijaksana
menggunakannya dalam perkara yang berbeza-
beza. Kebanyakan mereka mengatakan ia adalah
tempuh ilusi yang disilang oleh pergerakan sfera-
sfera. Mutakallimun menggunakannya kepada
sesuatu yang lain: perbandingan dalam-masa
kepada dalam-masa mengenai sesuatu yang
ditanyakan "Bila?" Orang Arab menggunakannya
untuk memaksudkan malam dan siang. Ia
terkeluar dari tajuk ini. Malam dan siang
membahagikan hari. Daripada terbitnya matahari
hingga terbenamnya dipanggil "hari siang", dan
daripada terbenamnya hingga terbitnya dipanggil
"malam". Sumber yang dibahagikan ini dipanggil
hari. Hari yang diperkatakan ini menyatakan
pergerakan yang lebih besar. Ianya hanya dalam
kewujudan yang khusus kewujudan Penggerak. ia
bukanlah sumber masa. Hasil daripadanya
ditujukan kepada masa sebagai perkara ilusi
yang tidak ada kenyataan.
Oleh kerana ini sudah dipastikan, yang mudah
difahami yang ditentukan ditunjukkan oleh masa
yang ada. Dengannya minggu, bulan dan tahun
dinyatakan. Mereka dipanggil hari-hari dan
ditentukan dengan hari kecil yang biasa yang
dibahagikan kepada malam dan siang. "Masa
yang ditentukan" adalah apa yang menjadi
tambahan kepada hari yang kecil ini yang
dengannya semua hari-hari besar ditentukan.
Dikatakan,
" pada hari yang ukurannya seribu tahun
menurut hitungan kamu," (32:5)
dan
"pada hari yang ukurannya lima puluh
ribu tahun hitungan kamu" (70:4).
[Bagaimana hari dikira pada zaman
Dajjal]
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Pada hari Dajjal, satu hari seumpama
setahun, satu hari umpama satu bulan,
dan satu hari umpama satu minggu, dan
semua hari-harinya adalah seperti hari
kamu."
Ini mungkin disebabkan oleh ketakutan yang
amat sangat. Baginda membuang kesamaran
secara zahir pada akhir hadis bila Aisyah
berkata, "Bagaimana seseorang lakukan
sembahyang pada hari itu?". Baginda s.a.w
menjawab, "Seseorang itu akan tentukan".
Sekiranya bukan kerana perkara itu dalam
pergerakan sfera-sfera masih ada apa yang telah
ada tanpa diganggu, ianya tidak sah ia ditentukan
dengan jam yang melalui bentuknya orang yang
berpengetahuan tentang ini bertindak dan
melaluinya mereka tahu masa pada hari yang
dipenuhi oleh awan bila matahari tidak terbit.
Pada permulaan kemunculan Dajjal, akan ada
banyak awan dan ia akan mengikuti yang lain
hingga ke tahap kewujudan siang dan malam
kelihatan sama kepada pandangan mata. Itu
merupakan sat daripada bentuk yang jarang
berlaku akan berlaku pada masa hampit kiamat.
Awan-awan yang berbondong-bondong itu akan
datang di antara kita dengan langit, tetapi
pergerakan langit adalah seperti biasa. Jadi
pergerakan akan muncul dalam peekrjaan yang
sebenar yang akan diketahui oleh mereka yang
bertugas dengan ilmu mengenai kemunculan dan
lakaran bintang-bintang. Dengannya mereka
tentukan malam dan siang dan jam bagi
sembahyang tanpa keraguan.
Jika hari itu yang satu tahun seperti satu hari,
ianya tidak diwajibkan bagi kita untuk tentukan
sembahyang. Kita menantikan tengahhari
menurut matahari. Jika ia tidak turun, kita tidak
lakukan smebahyang Zuhur. Jika matahari
berhenti dan tidak turun selama dua puluh ribu
tahun, Allah tidak mewajibkan kita sesuatu yang
lain. Bila Pemberi peraturan perintahkan kita
beribadat menurut ketentuan, kita tahu bahawa
pergerakan sfera-sfera ada dalam kawasan itu
dan strukturnya tidak rosak.
[Satu masa (zaman fard) dan satu jauhar]
Kami telah nyatakan apakah masa itu dan
apakah maksud hubungan kewujudannya dan
hubungan ketentuan. Di sana ada banyak hari-
hari, keduadua-nya kecil dan besar. Yang paling
kecil di antara mereka ialah satu masa yang
berdasarkan kepadanya muncul
"setiap hari Dia di dalam urusan" (55:29)
.
Satu masa (zaman fard) dipanggil satu hari
kerana "hal" yang diperkatakan mengenainya
adalah masa yang paling kecil dan paling halus.
Tidak ada sempadan bagi hari-hari yang besar
yang padanya ia berhenti. Di antara mereka ialah
hari pertengahan, yang pertama ialah hari biasa
diketahui umum yang dibahagikan kepada jam.
Jam dibahagikan kepada minit dan minit
dibahagikan kepada saat dan seterusnya
sehingga ke infiniti bagi sesetengah manusia.
Mereka bahagikan minit kepada saat. Bila
keputusan nombor-nombotr memasuki mereka,
keputusannya ialah nombor itu dan nombor tidak
berakhir maka pembahagian juga tiada
kesudahan.
Sebahagian manusia bercakap tentang akhiran
dalam yang demikian dan melihatnya dalam
hubungan nombor. Merekalah yang menyatakan
masa ada sumber kewujudan. Semua yang
masuk kepada kewujudan sampai kepada
akhirannya tanpa keraguan lagi. Yang berlawanan
dengan mereka mengatakan "yang dinomborkan"
oleh kerana ia dinomborkan, tidak masuk ke
dalam kewujudan maka ia tidak digambarkan
sebagai pergi kepada akhiran kerana nombor
tidak digambarkan sebagai berakhir. Mereka
yang menafikan "zat yang satu (satu jauhar)"
membawa ini sebagai hujah. Tubuh dibahagikan
terus menerus dalam akal. Ianya hanya perkara
yang dipertikaikan oleh mereka yang membuat
spekulasi yang kurang dalam pertimbangan yang
wajar dan penyelidikan dalam apa yang
dibuktikan oleh ungkapan. Ianya berhubung
dengan hadis yang sahih bahawa masa (dahr)
adalah salah satu nama Allah. Keadaan masa
yang mudah difahami sudah diketahui umum dan
kami akan nyatakannya, Insya' allah, dalam buku
ini. "Allah katakan yang benar dan memimpin ke
jalan yang benar".

Tidak ada komentar:

Posting Komentar