Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Selasa, 29 Oktober 2013
29: Kaum Sufi Di Zaman Rasulullahs.a.w
Ahli suffah merupakan satu kumpulan sahabat
Rasulullah s.a.w yang daripada mereka
dikatakan bermulanya aliran sufi atau tasauf.
Mereka dikenali sebagai golongan miskin yang
menumpang tinggal di beranda masjid Rasulullah
s.a.w di kota Madinah. Perbelanjaan mereka
ditanggung oleh orang ramai. Mereka terdiri
daripada golongan yang tidak memiliki apa-apa,
lemah dan tiada kemahiran dalam urusan
kehidupan harian. Walaupun keadaan ahli suffah
yang demikian kaum Muslimin tidak
menganggapkan mereka sebagai beban. Kaum
Muslimin yang berkemampuan dengan ikhlas hati
memberi bantuan kepada golongan yang lemah
itu.
Apabila perkembangan Islam telah pesat ternyata
peranan ahli suffah sangat penting. Tindakan
Rasulullah s.a.w menyediakan tempat di beranda
masjid baginda s.a.w untuk satu puak yang
menjadi ahli masjid merupakan satu tindakan
yang sangat berhikmah. Ahli suffah yang juga ahli
masjid Rasulullah s.a.w merupakan kumpulan
yang paling hampir dengan baginda s.a.w.
Mereka yang mula-mula mendengar pengajaran
Rasulullah s.a.w. Mereka sentiasa hadir di dalam
majlis baginda s.a.w. Mereka mempelajari al-
Quran secara langsung daripada Rasulullah
s.a.w. Peranan mereka adalah umpama
kutubkhanah yang menyimpan segala macam
pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. Mereka
hanya menceburi satu bidang sahaja dalam
kehidupan ini, iaitulah bidang ilmu Rasulullah
s.a.w. Dari kalangan mereka terdapat orang-
orang yang sangat mendalam pengetahuan
mereka tentang agama Islam. ‘Khazanah ilmu
agama’ itulah yang memainkan peranan penting
sebagai mubaligh yang menyampaikan ajaran
Islam kepada kaum Muslimin yang tidak sempat
hadir di dalam majlis Rasulullah s.a.w dan juga
kepada mereka yang baharu memeluk agama
Islam. Ahli suffah, ahli masjid Nabi s.a.w atau
ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w
merupakan golongan yang bekerja di dalam
bidang ilmu sepanjang masa. Mereka merupakan
gedung ilmu dan juga penyebar ilmu. Al-Quran
memberikan perhatian istimewa kepada ahli
suffah, ahli masjid Nabi s.a.w, ahli sufi atau ahli
ilmu itu. Allah s.w.t memperakui kepentingan
sumbangan mereka kepada perkembangan
agama-Nya.
Untuk orang-orang faqir yang telah terikat pada
jalan Allah, yang tidak sanggup lagi berusaha
pada bumi, disangka oleh orang-orang yang tidak
tahu bahawa mereka adalah puak yang berada,
dari sangat mereka menahan diri. Engkau dapat
mengenal mereka daripada tanda mereka.
Mereka tidak meminta-minta kepada manusia
dengan memaksa-maksa. Maka apa pun harta
yang kamu belanjakan sesungguhnya Allah amat
Tahu. ( Ayat 273 : Surah al-Baqarah )
Dan tidaklah (patut) orang-orang yang beriman
itu turut (ke medan perang) semuanya. Tetapi
alangkah baiknya keluar dari tiap-tiap golongan
itu, di antara mereka satu kelompok; supaya
mereka memberi ancaman kepada kaum mereka
apabila mereka kembali kepada kaum mereka,
supaya mereka berhati-hati. ( Ayat 122 :
Surah at-Taubah )
Ahli suffah atau ahli sufi pada zaman Rasulullah
s.a.w merupakan orang yang tidak memiliki apa-
apa dan tidak berkehendakkan apa-apa kecuali
Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka dikenali
sebagai faqir yang terikat pada jalan Allah s.w.t.
Jalan Allah s.w.t bukan semata-mata berperang
mengangkat senjata. Memelihara al-Quran dan
al-Hadis juga merupakan jihad yang besar.
Perkembangan Islam yang pesat memerlukan
tenaga yang khusus dalam bidang tersebut.
Urusan memelihara ilmu agama sangat penting.
Jika tenaga khusus itu disalurkan kepada bidang
pekerjaan harian maka urusan pemeliharaan ilmu
agama akan terjejas, sedangkan ianya sangatlah
penting bagi perkembangan agama. Al-Quran
menganjurkan agar sebahagian daripada umat
Islam tidak keluar berperang. Jihad bagi
golongan yang dibenarkan tidak keluar ke medan
perang itu adalah memperdalamkan dan
mengembangkan ilmu agama. Tuhan telah
memberikan garisan pembahagian tugas dalam
pembangunan masyarakat dan perkembangan
agama. Berperang mengangkat senjata dan
berjuang mengembangkan ilmu agama sama-
sama mendapat penghargaan dari Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“ Manusia yang paling hampir dengan
darjat Kenabian adalah ahli ilmu. Ahli
ilmu menunjukkan kepada manusia apa
yang dibawa oleh Rasul. Ahli jihad pula
berjuang dengan pedang mereka
membawa apa yang dibawa oleh Rasul ”.
Baginda s.a.w juga bersabda yang bermaksud:
“ Pada hari kiamat tinta ulama ditimbang
dengan darah syuhada ”.
Ahli sufi pada zaman Rasulullah s.a.w
merupakan orang-orang yang menyediakan diri
mereka semata-mata untuk Allah s.w.t dan
Rasul-Nya. Mereka berfungsi sebagai penyimpan
ilmu al-Quran dan Hadis dan juga segala jenis
ilmu agama. Mereka memancarkan ilmu-ilmu
tersebut ke seluruh pelusuk muka bumi. Inilah
dasar yang perlu diperhatikan dalam
memperkaitkan ahli suffah dengan ahli sufi yang
datang kemudian.
Jihad yang paling besar adalah jihad mengangkat
senjata dan orang yang mati kerananya
memperolehi syahid. Pekerjaan yang begitu
besar dan mulia dikecualikan daripada ahli ilmu
sepenuh masa, apa lagi pekerjaan yang
berhubung dengan urusan mengisi perut. Pada
zaman Rasulullah s.a.w, puak yang bekerja
khusus dalam bidang ilmu agama itu ditanggung
oleh pemerintah, iaitu Rasulullah s.a.w sendiri.
Oleh kerana ahli ilmu itu tidak melibatkan diri
dalam urusan mencari rezeki, maka mereka tidak
dapat mengecapi kemewahan dan kesenangan.
Mereka hidup di dalam kefaqiran. Mereka faqir
pada pandangan dunia tetapi kaya dengan ilmu
Tuhan dan Rasul-Nya. Lidah dan pena mereka
adalah pedang jihad mereka. Ilmu yang mereka
pelajari dan sebarkan itulah darah syahid
mereka. Rasulullah s.a.w memperakui bahawa
golongan demikian sebagai kumpulan yang
paling hampir dengan darjat kenabian. Ilmu
mereka adalah percikan ilmu nabi-nabi. Rohani
mereka adalah cermin jernih yang menerima
pancaran cahaya kenabian. Golongan seperti ini
akan dihantarkan Tuhan dari masa ke masa pada
setiap zaman. Tugas mereka adalah
memperbaiki kerosakan yang berlaku pada ilmu
agama, terutamanya dalam perkara akidah.
Kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah
s.a.w bermula di Madinah. Semakin besar
kerajaan Islam semakin besar dan berat tugas
yang dipikul oleh Rasulullah s.a.w. Baginda
s.a.w dibantu oleh empat orang ‘Menteri Kanan’.
Mereka adalah Abu Bakar, Umar, Usman dan
Ali. Siapa pula ‘kakitangan kerajaan’ yang
membantu Rasulullah s.a.w dan ‘Menteri-
menteri’ baginda s.a.w? Mereka adalah ahli
suffah yang bekerja sepenuh masa untuk
Rasulullah s.a.w. Kebanyakan daripada masa
baginda s.a.w dihabiskan di dalam masjid.
Pengajaran, perancangan, strategi, polisi,
wawasan dan lain-lain keluar daripada Rasulullah
s.a.w dan disebarkan oleh ahli suffah. Mereka
menyampaikan berita yang Rasulullah s.a.w
mahu sampaikan kepada kaum Muslimin. Ahli
suffah yang bergerak mempastikan latihan
ketenteraan berjalan dengan teratur sebagai
persiapan mempertahankan agama dan negara
Islam. Ahli suffah yang mengatur pembuatan
senjata-senjata perang seperti baju besi dan
pedang. Ahli suffah juga menggerakkan kaum
Muslimin mempersiapkan unta dan kuda mereka
supaya apabila diperlukan semuanya berada
dalam keadaan siap sedia. kehadiran ahli suffah,
ahli masjid Nabi s.a.w atau ahli sufi itulah yang
memudahkan Rasulullah s.a.w mentadbir negara
Islam dari dalam masjid baginda s.a.w. Ketika
bilangan tentera Islam masih sedikit, ahli suffah
ikut serta berperang. Jadi, ahli suffah adalah
satu kumpulan yang sangat aktif bekerja untuk
Allah s.w.t dan Rasul-Nya tanpa gaji. Apa yang
Rasulullah s.a.w berikan itulah bahagian mereka
bagi menyara kehidupan mereka. Mereka reda
dengan yang demikian. Mereka lebih suka nama
mereka tidak dikenali kerana mereka tidak
mencari nama dan kebesaran. Apa yang mereka
cari hanyalah keredaan Allah s.w.t dan Rasul-
Nya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar