Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Sabtu, 26 Oktober 2013
Hukum Menangis ketika Sholat..
Menangis di dalam solat sering terjadi
kebanyakkan di negeri2 arab kerana mereka
memahami maksud ayat2 Al Quran itu sendiri
ketika ianya dibacakan. Namun perkara ini jarang
berlaku di malaysia, walau bagaimana pun setiap
perbuatan kita tidak lari dari hukum yang telah
ditetapkan oleh Allah swt dan hukum2 tersebut
hendaklah dirujuk kepada ulama'2 mu'tabar
kerana mereka orang yang layak dalam menggubal
hukum berdasarkan Quran, sunnah, ijmak dan
qias.
Pendapat ulama' mengenai menangis di dalam
solat seperti yang berikut :
1 - Mazhab Hanafi dan Hanbali : Sesungguhnya
seseorang yang mengerang ( ﺍﻷﻧﻴﻦ ), mengeluh
( ﺍﻟﺘﺄﻭﻩ ), berkata "ahh!!" ( ﺍﻟﺘﺄﻓﻒ ), dan menangis
( ﺍﻟﺒﻜﺎﺀ ) di dalam solatnya apabila merangkumi
huruf2 yang dapat didengar, maka batal solatnya
kecuali suara yang keluar itu kerana takutkan Allah
atau kerana sakit yang tak mampu dielak.
* Imam Al-Kasani telah menerangkan mengenai
jenis2 menangis di dalam solat seperti berikut :
- Menangis kerana mengingati neraka dan syurga
hukumnya : tidak membatalkan solat.
- Menangis kerana sakit atau kerana musibah
(ditimpa penyakit) hukumnya : batal solat.
sebab : suara yang keluar seperti mengerang dan
menangis teresak-esak kerana mengingati azab
neraka atau syurga, maka yang demikian itu
adalah ibadah yang ikhlas kerana Allah, ianya
bukan dari kalam manusia seperti kisah nabi
Ibrahim dalam surah Hud:75. Adapun suara yang
keluar disebabkan sakit atau musibah ianya
adalah dari kalam manusia.
2 - Mazhab maliki : Sesungguhnya mengerang,
mengeluh dan menangis teresak-esak samada
kerana takutkan Allah atau kerana sakit hukumnya
tidak membatalkan solat, tetapi sekiranya ia
mengerang dengan banyak (lama) kerana sakit
boleh membatalkan solat.
3 - Mazhab Syafie : Sesungguhnya mengerang,
mengeluh dan menangis jika mengandungi
sekurang2nya dua huruf padanya ada 2
gambaran :
i - jika sudah menjadi kebiasaan dan tak mampu
ntuk menghalangnya maka dimaafkan sekiranya
sedikit, dan tidak dimaafkan sekiranya banyak
(lama) skalipun menangis itu kerana mengingati
neraka dan syurga.
ii - jika bukan menjadi kebiasaan maka tidak
dimaafkan samada sikit atau banyak dan sekalipun
menangis itu kerana mengingati neraka dan
syurga.
perterjemah : Imam Muda
rujukan : ﺳﻮﺍﺋﻞ ﺟﺴﻢ ﺍﻹﻧﺴﺎﻥ - ﺍﻟﺪﻛﺘﻮﺭ ﻣﺤﻤﺪ ﺷﺎﻓﻌﻲ ﻣﻔﺘﺎﺡ ,
mu'jam khalil dan tafsir Al-Quran...
Wallahu'allam..
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar