Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya'
Ulumuddin ( kitab Tassawuf yang terkenal ) ada
mengatakan ungkapan arab yang bermaksud :
"Janganlah kamu menikahi 6 jenis perempuan
iaitu :
1. Al-Annanah ( suka mengeluh ) ialah :
perempuan yang banyak mengeluh dan
mengadu,selalu membalut kepalanya sebagai
tanda sakit.( menandakan dia rasa terbeban
dengan tugasan hariannya,kerana malas atau
memang sifat semulajadinya suka mengeluh
walaupun disebabkan perkara kecil.Perempuan
tersebut berpura-pura sakit supaya suaminya tidak
membebaninya dengan tugasan harian ).Menikahi
perempuan yang sengaja buat-buat sakit tidak ada
faedah padanya.
2. Al-Mananah : perempuan yang memberikan
sesuatu kepada suaminya ( suka mengungkit-ngun
gkit ),sampai satu masa dia akan mengatakan :
saya telah melakukan untuk kamu itu ini.
3. Al-Hananah : perempuan yang suka merindui
dan mengingati bekas suami atau anak daripada
bekas suami.( Perempuan seperti ini tidak akan
menghargai suaminya walaupun suaminya
berusaha memuaskan segala kemahuannya )
4. Al-Haddaqah : menginginkan setiap perkara
dalam perbelanjaannya ( boros ) dan suka
membeli belah sehingga membebankan suaminya
untuk membayar pembeliaannya.
5. Al-Barraqah : terdapat dua makna yang
pertama,suka berhias sepanjang masa ( melampau
dalam berhias ) supaya wajahnya nampak lebih
anggun dan mempersona,dekat suami x buat pun !
Makna kedua ialah : perempuan yang tidak mahu
makan,maka dia tidak akan makan kecuali bila
bersendirian dan dia akan menyimpan bahagian
tertentu untuk dirinya sendiri.
6. Al-Syaddaqah : perempuan yang banyak cakap
( merepek emo tak tentu arah )"
~ ISTERI ialah anugerah / hadiah / pemberian kpd
seorang suami,andai ditakdir mendapat isteri
seperti ini haruslah mendidik dan melentur nye
dengan sebaik mungkin.peranan sebagai seorang
suami sgt berpengaruh,bertegaslah dlm memikul
tanggungjawab dan amanah dari Allah swt...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar