Kamis, 24 Oktober 2013

66: RAHSIA SYARIAT DAN NAMA ILAHI


[Mengenai rahsia Syariat, zahir dan batin,
dan Nama Ilahi yang membawanya
kepada kewujudan]
Yang Memiliki Keagungan menuntut keagungan
daripada Yang Memiliki Keagungan.
Lalu Yang Memiliki Keagungan enggan
menyaksikan selain keagungan.
Apabila dia menyaksikan kewujudan keperkasaan
Allah,
hamba Allah bermain mata.
Dia sejahtera dengan dirinya
bangga, sombong, meninggi diri, bongkak.
Dia beritahunya tentang Syariat yang dipelihara
lalu kuasanya menghinanya sungguh-sungguh.
Hamba menjerit dengan kehilangan dan
kehinaan,
"Wahai Engkau yang keagungan-Mu dimuliakan
dan ditinggikan!"
[Nama-nama Ilahi adalah bahasa bagi
suasana yang sesuai dengan hakikat-
hakikat]
Allah berfirman,
" Katakanlah: Sekiranya di bumi ini
kedapatan malaikat berjalan dengan
aman. Kami tentunya akan utuskan
daripada langit kepada mereka malaikat
juga yang menjadi Utusan" (17:95)
dan Dia berfirman,
"Kami tidak datangkan hukuman
sehinggalah Kami hantarkan
Utusan" (17:15).
Ketahuilah bahawa Nama-nama Ilahi mempunyai
lidah hal yang sesuai dengan hakikat-hakikat
mereka. Penuhilah diri kamu dengan apa yang
kamu dengar dan jangan khayalkan yang
berbilang-bilang atau perkumpulan yang bebas
bertindak sendiri. Dalam tajuk ini banyak
daripada hakikat-hakikat yang mampu difikirkan
akan disusun menurut hubungan itu, bukan
menurut sumber kewujudan. Zat Allah adalah
Esa sebagaimana keadaan zat. Daripada
pandangan itu kewujudan kita, keperluan dan
kemungkinan, kita ketahui bahawa kita mesti ada
sesuatu yang harus yang boleh kita pegangi.
Dasar yang daripadanya kewujudan kita tuntuti
mesti ada beberapa asbab. Nabi memanggil
mereka Wahai Nama-nama Yang Paling Indah.
Dia memanggil diri-Nya "Berkata-kata" melalui
mereka oleh kerana Dia berkata-kata dalam
darjat kewujudan bagi Wujud ketuhanan-Nya
yang tidak boleh dikongsikan. Sesungguhnya Dia
adalah Tuhan yang Esa. Tiada Tuhan kecuali Dia.
[Pertemuan Nama-nama dalam hadrat
Yang Dinamai dan kenyataan keputusan
mereka]
Selepas kepastiannya pada permulaan perkara
ini dan keutamaan dan penguasaan dalam alam
yang mungkin ini, saya katakan bahawa nama-
nama dikumpulkan bersama dalam hadrat
(kehadiran) yang di Namai. Mereka menyaksikan
hakikat-hakikat mereka dan maksudnya dan
memintakan kenyataan bagi keputusan mereka
agar sumber mereka akan terpisah daripada
kesannya. Pencipta adalah Dia Yang
Menentukan, Yang Mengetahui, Yang Mentadbir,
Yang Membezakan, Yang Membentuk, Yang
Memulakan, Yang Mengulangi, Dia yang
mengadakan kematian, Yang Mewarisi, Yang
Bersyukur. Semua nama-nama Ilahi memandang
kepada zat mereka, tetapi tidak melihat apa yang
sudah diciptakan, diuruskan, dibezakan atau
dibekalkan. Mereka berkata, "Bagaimana ada
tindakan kecuali sumber-sumber ini dinyatakan
yang dalamnya keputusan kami muncul lalu
penguasaan kami menyata?"
Jadi selepas kemunculan sumber bagi alam,
Nama-nama Ilahi yang sebahagian daripada
hakikat alam tuntutkan mencari perlindungan
Nama, al-Bari (Permulaan). Mereka berkata
kepada-Nya, "Bolehkah Engkau bawakan kepada
kewujudan sumber-sumber ini agar menyata
keputusan kami dan penguasaan kami didirikan
kerana kehadiran yang kami berada di dalamnya
tidak menerima kesan kami?" Al-Bari berkata,
"Itu mesti dirujukkan kepada Nama, Yang
Berkuasa. Aku di bawah kuasa-Nya".
[Yang harus dalam suasana mereka yang
tidak wujud dan bagaimana sumber
mereka muncul]
Asas ini ialah dalam keadaan mereka tidak
wujud, 'yang mungkin' membuat permohonan
kepada Nama-nama Ilahi daripada keadaan
kehinaan dan pergantungan. Kata mereka,
"Ketidakwujudan membutakan kami daripada
pengertian satu sama lain dan kepada mengenali
apa yang kami berhutang denganmu. Jika kamu
menyatakan sumber kami dan pakaikan kami
dengan pakaian wujud, kamu merahmati kami
dengannya dan kami akan menanggung
kemuliaan dan ketinggian itu kewajipan
berhubung dengan kamu. Penguasaan adalah
sah bagi kamu dalam kenyataan kami yang
sebenarnya. Kini kamu adalah Tuan bagi kami
semua melalui kuasa dan keupayaan. Inilah yang
kami cari daripada kamu adalah lebih banyak
daripadanya dalam hubungannya dengan kami."
Nama-nama menjawab, "Ini, apa 'yang mungkin'
katakan itu adalah sah." Mereka bergerak untuk
mencari yang demikian.
Kemudian mereka menghadap nama, al-Qadir
(Yang Berkuasa). Dia berkata, "Aku di bawah
penguasaan Yang Menjadikan. Aku tidak boleh
membawa sebarang sumber daripada kamu
kepada kewujudan melainkan dengan arahan-
Nya. Tidak ada yang mungkin bagi-Ku kecuali
perintah daripada Yang Memerintah datang
kepadanya daripada Tuhannya. Apabila Dia
perintahkannya supaya mengambil bentuk dan
berkata, 'Jadi!' maka Aku boleh melakukannya
dan hubungkannya kepada pembawaannya
kepada kewujudan, maka Aku berikannya bentuk
dari saat itu. Pergilah kepada nama Yang
Menjadikan. Boleh jadi Dia akan berkenan dan
jadikan lebih berpengaruh aspek kewujudan di
atas aspek tidak wujud. Yang Memerintah, Yang
Berkata-kata dan Diri-Ku akan bergabung
bersama dan membawa kamu kepada
kewujudan."
Mereka pergi kepada nama, Yang Menjadikan,
dan berkata kepada-Nya, "Kami telah
bertanyakan nama Yang Berkuasa, untuk
membawa sumber kami kepada kewujudan. Dia
merujukkan perkara ini kepada kamu. Apakah
kata kamu?" Yang Menjadikan berkata, "Yang
Berkuasa berkata benar, tetapi aku tidak memiliki
berita tentang nama Yang Mengetahui telah
putuskan berhubung dengan kamu, samada ilmu-
Nya untuk membawa kamu kepada kewujudan
sudah mendahului secara khusus ataupun tidak.
Aku di bawah penguasaan nama Yang
Mengetahui. Pergilah kepada-Nya dan ceritakan
hal kamu".
Mereka kemudian pergi kepada nama, yang
Mengetahui, dan menceritakan kepada-Nya apa
yang nama, Yang Menjadikan katakan kepada
mereka. Yang Mengetahui berkata, "Yang
Menjadikan berkata benar. Ilmu-Ku mengenai
kamu keluar kepada kewujudan sudahpun
mendahului, tetapi adab adalah lebih sesuai. Di
sana ada hadrat (kehadiran) yang mengawal kita,
dan ia adalah nama Allah. Kita mesti
menghadap-Nya, kerana ia adalah kehadiran
bagi perkumpulan."
Semua nama-nama berkumpul dalam kehadiran
Allah. Dia berkata, "Apakah keperluan kamu?"
Mereka menceritakan kepada-Nya. Dia berkata, "
Aku adalah nama yang mengumpulkan semua
hakikat-hakikat kamu. Aku adalah bukti bagi yang
dinamakan, dan ianya adalah Zat yang murni
yang memiliki sifat kesempurnaan dan 'tiada-
hubungan' (tanzih). Tunggu sehingga Aku masuk
kepada pembuktian-Ku." Dia pergi kepada
pembuktian-Nya dan memberitahu-Nya apakah
yang dikatakan oleh 'yang mungkin' kepada-Nya
dan apa yang nama-nama rundingkan. Dia
berkata, "Pergilah dan beritahu setiap Nama itu
agar mengikat dirinya kepada apa yang
hakikatnya tuntut dalam 'yang mungkin' itu. Aku
adalah Esa dengan Diri-Ku dalam hubungan Diri-
Ku. 'Yang mungkin' memerlukan darjat-Ku, dan
darjat-Ku memerlukan mereka. Semua Nama-
nama Ilahi kepunyaan darjat itu, bukan kepada-
Ku, kecuali untuk Yang Esa. Ia adalah Nama
khusus bagi-Ku, dan tidak ada yang
berkongsikannya dengan-Ku dalam hakikatnya
dalam aspek apa sekalipun, samada di kalangan
nama-nama, darjat atau 'yang mungkin'.
[Perseimbangan yang diketahui, had
yang ditentukan dan Imam yang
dipelihara]
Nama Allah keluar, dan dengan-Nya keluar
nama, Yang Berkata-kata, untuk menterjemahkan
bagi-Nya kepada 'yang mungkin' dan Nama-
nama. Dia nyatakan kepada mereka apa Yang
Dinamakan nyatakan. Maka Yang Mengetahui,
Yang Menjadikan, Yang Berkata-kata dan Yang
Berkuasa dihubungkan, dan 'yang mungkin'
pertama muncul, melalui pilihan Yang
Menjadikan dan keputusan Yang Mengetahui.
Apabila sumber dan kesan muncul dalam
makhluk, sebahagian mula menekan yang lain
dan mengatasi mereka menurut apa yang mereka
diasaskan daripada nama-nama dan ini
membawa kepada perselisihan dan perbalahan.
Mereka berkata, "Kami bimbang susunan kami
akan menjadi buruk dan kami akan disatukan
dengan yang tidak wujud yang kami berada
dalamnya". 'Yang mungkin' mengingatkan Nama-
nama tentang apa yang telah diberitahu kepada
mereka oleh Nama-nama, Yang Mengetahui dan
Yang Mentadbir. Mereka berkata, "Wahai Nama-
nama! Jika keputusan kamu di atas
perseimbangan yang diketahui, dan had yang
ditentukan oleh Penghulu yang kamu rujukkan,
kewujudan kami akan dipelihara untuk kami dan
kami akan pelihara kesan kamu di atas kami
untuk kamu. Itu adalah lebih baik bagi kami dan
kamu. Jika tidak, kami akan musnah dan hilang".
Mereka berkata, "Ini adalah pendapat yang
berguna dan benar". Maka mereka lakukan yang
demikian. Mereka berkata, "Nama, Yang
Mentadbir, adalah yang menentukan hal kamu".
Mereka pergi kepada Yang Mentadbir membawa
hal mereka. Dia berkata, "Aku akan lakukannya".
Dia masuk dan muncul dengan perintah Hakikat
kepada Nama, Rab. Dia berkata kepada-Nya,
"Lakukan apa yang kemanfaatan perlukan bagi
menjadikan sumber kepada yang mungkin ini
berkesinambungan". Dia melantik dua menteri
untuk membantu-Nya sebagaimana perintah-Nya.
Satu ialah Nama Yang Mentadbir dan satu lagi
Nama Yang Membezakan. Allah berfirman,
"Dia mentadbir urusan itu dan
membezakan tanda-tanda. Boleh jadi
kamu menjadi yakin akan pertemuan
dengan Rab kamu" (13:2)
iaitu Imam (Penghulu). Jadi perhatikan betapa
bijaknya perkataan Allah bila Dia bawakan ayat
menurut suasana yang mewajibkan hal itu
didasarkan!
[Polisi (dasar) yang bijak dan peraturan
yang lazim]
Nama, Rab, tentukan had bagi mereka dan
letakkan peraturan bagi mereka untuk kebaikan
kerajaan itu dan sebagai ujian siapakah di antara
mereka yang baik amalannya. Allah letakkannya
kepada dua lategori. Satu kategori dipanggil
polisi yang bijaksana yang Dia letakkan dalam
sifat diri-diri mereka yang ternama. Had yang
ditentukan dan dan peraturan yang digariskan
melalui kuasa yang mereka temui dalam diri
mereka dalam setiap bandar, arah dan cuaca,
menurut penyusunan tempat itu dan pembawaan
mereka perlukan melalui ilmu mereka mengenai
apa yang sesuai dengan kebijaksanaan. Mereka
panggilnya peraturan (nawamis) yang bermakna
"sebab-sebab bagi kebaikan" kerana dalam
penggunaan teknikal, Namus adalah yang
membawa kebaikan. Pengintai (jasus) adalah
yang berurusan dengan kejahatan.
Nawamis adalah peraturan kebijaksanaan yang
digubalkan oleh manusia yang bijaksana,
datangnya daripada ilham yang dari Allah
padahal mereka tidak menyedarinya. Yang
demikian adalah bagi kebaikan dunia,
peraturannya dan hubungannya dalam tempat-
tempat yang Syariat Ilahi tidak sampai, tidak juga
ilmu tentang Yang Esa yang menurunkan
peraturan ini dan perkara ini membawa hampir
dengan Allah, mewarisi syurga atau neraka
bukan juga sesuatu daripada asbab Alam
Kemudian. Mereka tidak tahu adanya Alam
Kemudian dan kebangkitan jasad selepas mati
dalam bentuk jasad yang asli dan akan ada
makanan, minuman, pakaian, persetubuhan dan
keseronokan, dan dalamnya akan ada seksaan
dan azab. Kewujudan yang demikian adalah
harus, dan ketidak-wujudannya juga harus.
Mereka tidak mempunyai bukti yang satu
daripada dua itu lebih berat daripada yang satu
lagi.
"Mereka melahirkan
kependetaan" (57:27) .
Oleh sebab itu asas peraturan mereka dan
manfaatnya adalah untuk menjadikan faedah
terlaksana di sini.
Dalam diri mereka, mereka memiliki ilmu Ilahi:
tauhid tentang Allah dan ketinggian serta
kemuliaan yang mesti ada dengan-Nya, sifat-sifat
tanzih (tiada-hubungan) dan ketidak-wujudan
sebarang tara atau persamaan. Orang yang
menyaksikan yang demikian dan yang
mengetahuinya menceritakannya kepada yang
lain. Mereka menggalakkan orang ramai supaya
melakukan penyelidikan yang benar dan
mengajar mereka bahawa akal, dalam hubungan
pemikirannya, ada had yang padanya ia berhenti
dan tidak berupaya melepasinya, dan bahawa
Allah kurniakan ilham suci kepada hati-hati
sebahagian hamba-hamba-Nya yang dengannya
Dia ajarkan kepada mereka ilmu yang langsung
daripada-Nya agar ia tidak menjadi mustahil bagi
mereka. Allah pertaruhkan kepada alam langit
perkara-perkara yang dirumuskan melalui adanya
kesan mereka pada alam anasir. Dia berfirman,
"Dia bukakan pada setiap langit
peraturannya" (41:12) .
Mereka mencari hakikat diri mereka melalui apa
yang mereka lihat - apabila jasad yang berbentuk
ini mati, tidak ada daripada pancaindera yang
kurang. Lalu mereka tahu bahawa yang
menyaksikan dan yang menggerakkan tubuh
fizikal ini adalah unsur lain yang menjadi
tambahan kepadanya. Mereka mencari unsur
tambahan itu, maka mereka mengenali diri
mereka. Kemudian mereka melihat apa yang
diketahui sesudah kejahilan. Mereka tahu
bahawa sekalipun ianya tubuh yang paling mulia,
ianya disertai oleh kemiskinan dan kehilangan.
Mereka mencari puncanya dengan penyelidikan,
bergerak dari satu benda kepada yang lain. Bila
sahaja mereka sampai kepada sesuatu perkara,
mereka melihatnya memerlukan sesuatu yang lain
sehinggalah pemerhatian membawa mereka
kepada sesuatu yang tidak memerlukan apa-apa
bukan juga serupa dengan sesuatu yang
menyerupai sesuatu dan tidak juga sesuatu
menyerupainya. Mereka berhenti padanya dan
berkata, "Inilah Yang Pertama". Ia mestinya Yang
Satu dengan zatnya dalam hubungan zatnya, dan
kepertamaannya tidak menerima yang kedua,
tidak juga keesaan-Nya kerana Dia tidak
mempunyai keserupaan dan tidak juga
persamaan. Mereka mengesakan-Nya dengan
tauhid wujud. Apabila mereka melihat yang
demikian, dengan diri mereka, 'yang mungkin'
tidak memiliki penguasaan dengan zat mereka,
mereka tahu bahawa Yang Satu ini memberikan
mereka kewujudan. Mereka memerlukan dan
bergantung kepada-Nya dan kepada kekuatan-
Nya untuk melepaskan daripada mereka semua
yang dengannya zat mereka digambarkan. Inilah
batas akal (dalam pemikiran).
[Polisi Syariat dan peraturan Ilahi]
Demikianlah kami jelaskan tentang mereka.
Apabila seseorang dari kalangan mereka muncul
yang mereka anggapkan orang itu tidak
mempunyai darjat dalam ilmu untuk mereka
percaya, dan mempunyai fikiran yang benar
serta perhatian yang wajar, dan kemudian orang
itu berkata kepada mereka, "Aku adalah Utusan
Aallah kepada kamu," mereka berkata, "Keadilan
lebih sesuai. Lihatlah kepada dasar pengakuan
itu. Adakah dia mengaku sesuatu yang mungkin
ataupun mustahil?" Mereka berkata, "Sudah
teguh pegangan dengan kami bahawa Allah
memiliki limpahan suci yang Dia boleh kurniakan
kepada sesiapa yang Dia kehendaki
sebagaimana Dia limpahkannya kepada roh-roh
sfera-sfera dan akal-akal ini. Semuanya
berkongsikan kemungkinan. Tidak ada daripada
'yang mungkin' itu lebih berhak daripada yang
lain dalam apa 'yang mungkin'. Terpulang
kepada kami untuk melihat kepada kebenaran
orang yang membuat pengakuan itu atau melihat
samada dia berbohong atau tidak. Kami tidak
simpulkan salah satu daripada dua pendapat ini
tanpa bukti. Ia adalah adab yang buruk dengan
ilmu kami".
Mereka berkata, "Adakah kamu mempunyai bukti
tentang kebenaran pengakuan kamu?" Dia
membawakan kepada mereka bukti-bukti, dan
mereka memerhatikan keterangan dan bukti-
buktinya. Mereka memerhatikan untuk
mengetahui apakah yang orang ini miliki
daripada maklumat-maklumat mengenai hasil
pemikiran dan apakah yang dia tidak perakui
mengenainya. Mereka mengetahui bahawa
sebagaian daripada yang dibukakan dalam
setiap langit oleh Yang Esa, yang membukakan
pada setiap langit peraturannya, adalah
mengenai kedatangan orang ini dan apa yang dia
bawakan. Mereka bersegera kepadanya dengan
mempercayai dan memperakuinya. Mereka
mengetahui bahawa Allah telah
memperkenalkannya dengan apa yang Dia telah
amanahkan dalam makrifat alam tinggi yang
pemikiran mereka tidak sampai. Kemudian Dia
berikannya sebahagian daripada makrifat Allah
yang mereka tidak miliki.
Mereka melihat bahawa Dia menurunkan ilmu
mengenai Allah kepada manusia biasa, pendapat
yang lemah, adalah dengan yang demikian
sesuai bagi akalnya dalam yang demikian, dan
kepada manusia yang berakal cerdas dan
pemerhatian yang kuat adalah juga dengan yang
demikian sesuai bagi akalnya dalam yang
demikian. Mereka tahu bahawa lelaki itu telah
menerima wahyu Ilahi yang melampaui tahap
akal, dan bahawa Allah telah mengurniakan
kepadanya sebahagian ilmu mengenai-Nya dan
kekuasaan keatasnya yang Dia tidak berikan
kepada mereka. Mereka memperkatakan nikmat-
Nya dan kelebihan yang Dia kurniakan
kepadanya melebihi mereka. Mereka percaya
kepadanya dan perteguhkan dan mengikutinya.
Dia adakan bagi mereka amalan yang membawa
seseorang hampir dengan Allah dan dia ajarkan
mereka apa yang Allah ciptakan dari yang
mungkin yang tidak kelihatan bagi mereka, dan
apa yang Dia akan bentukkan dalam mereka
pada masa akan datang. Dia ceritakan kepada
mereka tentang Dihidupkan-semula, Kebangkitan,
Dikumpulkan, Syurga dan Neraka.
[Asas pembentukan Syariat yang suci
dalam dunia ini]
Kemudian Rasul-rasul diutuskan silih berganti
pada masa dan suasana yang berlainan. Setiap
mereka memperakui sahabat mereka. Mereka
tidak berbeza sama sekali dalam prinsip asas
yang atasnya mereka pegang dan yang mereka
tunjukkan, sekalipun perutusan berbeza. Undang-
undang Tuhan diturunkan dan perutusan juga
diturunkan. Perutusan menurut masa dan
suasana sebagaimana firman-Nya,
"Kami tentukan peraturan (Syariat) dan
amalan bagi setiap orang daripada
kamu" (5:48) .
Prinsip asas mereka bersamaan tanpa ada
percanggahan dalamnya.
Mereka mengadakan perbandingan di antara
risalat nabi yang datang daripada Allah dengan
apa yang ahli falsafah tetapkan mengenai
peraturan kata-kata falsafah yang mereka anggap
sebagai hasil proses pemikiran. Mereka ketahui
bahawa perkara ini lebih lengkap dan ia
daripada Allah tanpa keraguan. Oleh itu mereka
menerima apa yang dia ajarkan kepada mereka
daripada alam ghaib dan mereka percaya
bahawa kepada Utusan-utusan. Tidak ada dari
kalangan mereka yang membantah, tetapi
sebahagiannya tidak memberikan keyakinan yang
penuh kepadanya dan ilmunya dan mereka
"menurut hawa nafsu" (7:178)
dan melantik pemimpin dari kalangan mereka
sendiri. Mereka jahil tentang diri mereka yang
sebenar dan nilainya, dan mereka jahil tentang
Tuhan mereka.
Akar dan sebab bagi diturunkan Syariat kepada
dunia ini ialah untuk menjadikan dunia ini dalam
keadaan sejahtera dan perakuan tentang apa
yang tidak diketahui daripada Allah yang tidak
diterima oleh akal, iaitu apa yang akal tidak
miliki sendirinya dalam hubungan
pemerhatiannya. Jadi Kitab diturunkan yang
mengandungi ilmu ini, dan lidah Nabi dan rasul
membacakannya. Dengan demikian orang yang
berakal menegtahui bahawa mereka kekurangan
dalam perkara penegtahuan mengenai Allah yang
Rasul-rasul memilikinya dengan sempurna.
[Manusia berakal yang sebenarnya dan
mereka yang memiliki kekhuatiran,
perselisihan dan perkataan-perkataan]
Dengan menggunakan manusia yang berakal,
saya tidak maksudkan mutakallimun hari ini
menurut kebijaksanaannya. Yang saya
maksudkan ialah sesiapa yang mengikuti jalan
Rasulullah s.a.w dengan memerhatikan dirinya,
membentuk disiplin diri, bermujahadah,
berkhalwat dan persediaan untuk kedatangan
waridat yang akan datang ke dalam hati mereka
apabila sifat mereka menjadi sebahagian
daripada alam atas yang dalamnya pembukaan
diberikan dalam langit yang tinggi. Mereka ini,
iaitu mereka yang berakal, mengadakan celoteh,
ucapan dan perbahasan dengan mereka yang
menggunakan fikiran dalam perkara yang
diperkatakan yang dikeluarkan oleh yang
terdahulu. Mereka tidak melihat perkara itu
daripada apa yang orang-orang itu perolehi.
Begitulah keadaan kita hari ini, mereka tidak ada
nilai dengan sebarang manusia berakal. Mereka
memperolok-olokkan dan merendahkan hamba-
hamba Allah, dan mereka hanya menghormati
orang sama taraf dengan mereka. Kecintaan
kepada dunia ini menguasai jiwa mereka, begitu
juga cita-cita kepada pangkat dan kedudukan.
Allah menghinakan mereka sebagaimana mereka
menghina ilmu dan Dia merendahkan mereka.
Dia jadikan mereka pergi kepada pintu-pintu raja
dan gabernor yang jahil. Raja dan gabernor itu
menghina mereka.
Perkataan orang-orang seperti itu tidak penting.
"Allah telah metrikan hati mereka" (7:2),
"jadikan mereka pekak dan adakan
tutupan atas pandangan mereka" (47:23)
walaupun mereka mengaku merekalah yang
terbaik di dalam dunia ini. Ahli feqah dan mufti
yang di dalam naungan Allah adalah lebih baik
daripada mereka sekalipun mereka kurang
ketelitiannya dalam segala aspek. Orang yang
mempunyai keyakinan, sekalipun dia
mengambilnya melalui tiruan, berada dalam
suasana yang lebih baik daripada mereka yang
berakal itu dalam apa yang mereka dakwakan.
Jauh sekali daripada kedudukan seorang yang
berakal dengan keadaan mereka yang demikian!
Kami telah menyaksikan sebahagian daripada
mereka yang merupakan orang-orang yang paling
mengetahui tentang skop Rasul-rasul dan
mengikuti sunnah dengan bersungguh-sungguh,
dan sangat memelihara Sunnahnya, ahli makrifat
mengenai apa yang perlu mengenai keagungan
Yang Haq dalam ketinggian, mengetahui apa
yang Allah kurniakan kepada hamba-hamba-Nya
di kalangan Nabi-nabi dan pengikut mereka dari
kalangan aulia di atas jalan mengenali Allah dari
arah limpahan suci yang pilihan yang terkeluar
daripada pengajaran yang biasa pada jalan
pembelajaran dan mujahadah yang akal tidak
mampu mencapainya melalui pemikirannya.
Saya dengar salah seorang daripada orang yang
terkenal dari kalangan mereka, yang telah
menyaksikan sebahagian daripada apa yang
Allah telah bukakan kepada saya mengenai ilmu
tentang-Nya tanpa pemikiran dan pembacaan.
Ianya daripada khlawat khusus yang saya
lakukan dengan Allah ketika saya tidak berada
bersama-sama mereka yang mencari. Dia
berkata, "Segala puji bagi Allah yang
mengizinkan daku berada dalam zaman yang
dalamnya daku melihat seseorang yang Allah
kurnikan rahmat daripada-Nya dan ilmu daripada
hadrat-Nya!" Allah kurniakan rahmat kepada
sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah memiliki
nikmat yang luas.
"Allah katakan yang benar dan
memimpin kepada jalan yang benar".

Tidak ada komentar:

Posting Komentar