.
Menjadi syarat pada pemakaian wanita bahawa
seseorang itu tidak boleh menampakkan bentuk
badan serta baju yg dipakai tidak jarang. Perkara
tersebut telah digariskan oleh syara' agar ianya
terhindar dari fitnah.
Dalil2 penegahan :
1 - Sesungguhnya Nabi saw telah menghadiahkan
kepada Usamah bin Zaid pakaian qibtiah yang
tebal kainnya, lalu Usamah berikan kepada
isterinya untuk dipakai, maka Nabi saw bersabda
kepada Usamah : "suruhlah isteri kamu
menjadikan di dalamnya 'ghilalah' (memakai
pakaian dalam) sesungguhnya aku khuatir pakaian
tersebut (qibtiah) menampakkan bentuk
badannya." (HR Imam Ahmad)
* al-qibtiah : pakaian dibuat dari mesir yang
apabila dipakai ianya suka melekat pada tubuh.
* al-ghilalah : pakaian dalam yang dipakai di
bawah baju qibtiah (atau dengan bahasa moden
dipanggil inner)
2 - Sesungguhnya Umar menegah perempuan-
perempuan memakai pakaian qibtiah kerana
sungguh pun kainnya tebal tidak menampakkan
warna kulit tetapi ianya menampakkan bentuk
badan. (riwayat Al-Baihaqi)
3 - Sesungguhnya Asma' binti Abu Bakar
mengembalikan pakaian yg dihadiahkan
kepadanya daripada pakaian qibtiah, lalu dikata
kepadanya "pakaian itu tidak menampakkan warna
kulit" lalu Asma' menjawab "akan tetapi ia
menampakkan bentuk badan". (riwayat ibnu sa'ad
dengan sanad yg sahih)
Kesimpulan :
Dapatlah difahami bahawasanya pakaian
perempuan yang tebal dan menutupi keseluruhan
badannya hingga menutupi kaki sekalipun namun
sekiranya menampakkan bentuk badan dgn
pakaian yg ketat sehingga menimbulkan fitnah
hukumnya adalah haram dan dimanakah hikmah
disyariatkan memakai tudung kalau ianya tidak
terhindar daripada fitnah??
penterjemah : Imam Muda...
rujukan : ﺍﻟﻔﺘﺎﻭﻯ ﻣﻦ ﺃﺣﺴﻦ ﺍﻟﻜﻼﻡ ﻓﻲ ﺍﻟﻔﺘﺎﻭﻯ ﻭﺍﻷﺣﻜﺎﻡ ﻟﻔﻀﻴﻠﺔ
ﺍﻟﺸﻴﺦ ﻋﻄﻴﺔ ﺻﻘﺮ ﺍﻟﺠﺰﺀ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ , mu'jam al
Tidak ada komentar:
Posting Komentar