Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Kamis, 07 November 2013
Kitab Usul At-Tahqiq
Ini Kitab ” Syarah Usul Al-Tahqiq “ Pada
bicara Usuluddin diterjemahkan dia dengan
bahasa Melayu oleh setengah daripada Al-
Ulama’ as-sohlihin dan tiada hamba dapat akan
ketentuan namanya dengan nas, tetapi telah
dikhbarkan hamba oleh “Ba’dha saqata” bahawa
yang menterjemahkan Kitab ini daripada ahli
negeri Patthani.
“Bismillah hirrahmanirrahim”
Dengan tolong Allah Ta’ala ku mulai Kitab ini. Ia
lah Tuhan Yang Maha Pemurah didalam negeri
dunia ini pada mengurniakan rezeki hambaNya
zahir dan batin, Jin dan Manusia, Binatang dan
Malaikat, Islam dan kafir dan lagi amat sangat
mengasihi akan segala hambaNya yang beriman
Jin dan Manusia didalam negeri akhirat
kemudian.
” Segala puji-pujian itu milik bagi Allah Ta’ala,
Tuhan seru oleh sekelian alam “
” Dan kebajikan akhirat itu tertentu bagi segala
orang yang takut mereka itu akan Allah Ta’ala “
” Dan Rahmat Allah Ta’ala dan Salam Allah
Ta’ala lagi tetap Ia atas Nabi Muhammad iaitu
penghulu segala Rasul “
” Dan atas segala keluarganya dan segala
sahabatnya yang baik lagi suci mereka itu
daripada salah “
Dan adapun kemudian daripada itu, maka inilah
suatu Risalah Usul Tahqiq ; ertinya
Persuruhan yang melengkapi ia atas pohon
Agama.
Sabda Nabi s.a.w: “Awalluddin
Ma’rifatullah” Ertinya: ‘Pertama-tama
ugama itu “Mengenal Allah” ..
Maka adalah makna ‘Ma’rifat’ ertinya
“ Mengenal” itu ;
Ertinya: “Simpulan yang putus; yakni pegangan
yang teguh, yang berbetulan ia dengan yang
sebenar daripada dalil.”
Maka adalah dalil itu 2 perkara:-
Pertama- dalil Naqli namanya iaitu firman
Allah Ta’ala dan Hadis Rasulullah .
Kedua -dalil ‘Aqli namanya iaitu menyatakan
ia akan keadaan Allah Ta’ala itu.
‘Itiqad atau Pegangan Yang Salah :
1. Jikalau ada seseorang ‘itiqadnya putus
tetapi tiada berbetulan ia yang benar, maka
BUKAN ia bernama ‘Ma’rifat’ ,maka adalah
namanya itu seperti itiqad Falsafah; – yang
mengatakan alam ini Qadim (Sedia atau
jadi dengan sendirinya).
2. ‘Itiqad Qadariah – Qudrat hamba yang
baharu ini boleh memberi bekas.
3. ‘Itiqad Nasrani – Mengatakan Nabi Allah
Isa a.s itu anak Allah Ta’ala. Dan berbagai-
bagai lagi ‘itiqad yang tiada berbetulan
bagi yang benar.
4. Jikalau ada seseorang itu ‘itiqadnya putus
lagi berbetulan bagi yang benar tetapi
TIADA padanya dalil Naqli dan dalil Aqli
(akal) maka BUKAN ia dikatakan ‘Ma’rifat’ ,
sebaliknya itu ‘Taklid’ namanya, ertinya
mengikut-ikut perkataan orang sahaja.
‘Itiqad Yang Benar :
Yang dikatakan ‘Ma’rifat’ ialah seseorang
itu ‘itiqadnya putus berbetulan yang benar
dan ADA padanya 2 dalil iaitu Firman Allah
Ta’ala (Al-Quran) dan Hadis Rasulullah
saw.
Asal makna ‘MAKRIFAT’ itu – ialah
“Membezakan antara yang Qadim
dengan Muhadas”
Yang Qadim itu :- Zat Allah Ta’ala, Sifat-
sifatNya, Efeil-Nya (Perbuatan) dan Asma’
(Sempurna Nama atau Kata-kata Allah
Ta’ala), yang terkandung pada Kalimah
Syahadah Tauhid yakni Kalimah pengakuan
mengEsakan Allah Ta’ala iaitu :
” AS HADU AL LAA ILAHA ILLALLAH
“
Ertinya: ” Aku ketahuilah bahawasanya
Tiada Tuhan Melainkan Allah; itulah
Tuhan “
Rukun Syahadah itu terbahagi kepada 4
perkara :
1. Mengisbatkan ada Zat Allah Ta’ala.
2. Mengisbatkan ada Sifat (Kelakuan) Allah
Ta’ala.
3. Mengisbatkan ada Efeil (Perbuatan) Allah
Ta’ala iaitu mengadakan segala
“Mumkin” (alam dunia) atau tidak mengadakan
segala “Mumkinat” itu.
4. Mengisbatkan ada Asma’ Allah – (Sempurna
Nama atau Kata-kata bagi Zat)
iaitu segala 25 para Rasul itu dari Nabi Allah
Adam hingga Nabi Muhammad
saw. adalah Kata-kata bagi Zat Allah Ta’ala.
- membenarkan segala Perkataan, Perbuatan,
Kelakuan dan segala diamnya
tiada menyalahi akan Rasul Allah.
Fardhu Syahadah terbahagi kepada 2
perkara :
1. Melafazkan Dua Kalimah Syahadah itu
dengan lidah pada sekali seumur hidupnya.
2. Menyungguhkan maknanya didalam hati
sentiasa selama hidupnya; harus jangan
berkata putusan selagi ia berakal.
Itulah pertama-tama Fardhu daripada segala
fardhu ‘Ain; dahulunya daripada segala ibadat
seperti sembahyang lima waktu, puasa bulan
Ramadhan, Zakat dan Mengerjakan Haji ke
Baitullah dan merupakan SYARAT pada
MENGESAHKAN segala ibadah dan jikalau tiada
mengetahuinya makna Dua Kalimah Syahadah
itu, maka belum lagi dikatakan SAH amal ibadat
yang lain itu.
Hendaklah kita bersungguh-sungguh
memahamkan makna Dua Kalimah Syahadah itu
dan untuk memahaminya perlulah terlebih dahulu
mengetahui segala Sifat yang WAJIB bagi Allah
Ta’ala dan para Rasul-Nya serta segala Sifat
yang MUSTAHIL pada keduanya dan segala yang
HARUS pada keduanya itu.
Oleh yang sedemikian wajiblah segala orang
yang akhil baligh, laki-laki dan perempuan,
merdeka atau hamba sahaya dan sebagainya
mengenal segala Sifat yang wajib, yang mustahil
dan yang harus pada Allah Ta’ala serta segala
Rasul Allah itu sebagaimana sabda Nabi saw.: ‘
Awaluddin Ma’rifatullah ‘;
Ertinya : ” Pertama-tama Agama itu
mengenal Allah .”
Yakni mengenal segala yang wajib, yang mustahil
dan yang harus bagi Zat dan Sifat Allah Ta’ala.
Bukannya mengenal kepada diri Zat Allah dan
ketentuan daerahNya dan tempatNya dan
rupaNya, mustahil demikian itu dan adalah
ditegah oleh Allah Ta’ala seperti firmanNya
dalam Al-Quran Surah ‘Ali Imran ayat ke 30 ;
Ertinya: “..telah dipertakuti Allah akan kamu pada
mendapatkan kepada ZatNya itu..”
Dan firmanNya dalam Surah Al-An’aam, ayat ke
103 ;
Ertinya: “..Tiada mendapat akan Dia segala
penglihatannya dan DiaNya yang boleh mendapat
akan segala penglihatanNya. “
Dan sabda Nabi saw:
Ertinya: “..Maha Suci Tuhanku, tiadalah ku kenal
Tuhanku akan sebenar-benar pengenal kami akan
Tuhan ku..”
Dan kata Saidina Abu Bakar;
Ertinya: “..Lemah pendapat daripada yang
mendapat akan yang didapat, itulah
pendapat.”
Kata setengah Ulama’;
Ertinya: ” Tiap-tiap barang yang tersangka-
sangka ia dengan segala sangka kamu itu dan
kamu dapat akan dia dengan segala akal kamu
itu,
maka ia itu baharu jua seperti kamu.”
Maka nyatalah segala pengetahuan orang yang
sesat itu yang menyangka-nyangka ia pada
‘itiqadnya Allah Ta’ala itu bertempat atau berupa
atau boleh menyamakan Dia dengan sesuatu
disangkakannya benar-benar DIRINYA itulah
ALLAH TA’ALA. Maka ‘itiqad ilmu orang itu salah;
yang lemah, besar menjadi kafir .(Na’uzubillah..)
Maka hendaklah engkau fahamkan ia akan makna
Kalimah Syahadah ini baik-baik dengan dalil
Naqli iaitu dalil Al-Quran dan Hadis serta dalil
Aqli’ iaitu akal yang nurani pada mengambil
nazar yang sahih pada menilik kejadian 7 petala
langit dan 7 petala bumi.
Siapa yang menjadikan dianya itu ? Bolehkah ia
jadi dengan sendiri atau adakah ada orang lain
yang boleh menjadikan dia atau tidak boleh
menjadikan dia ? Demikian juga tilik pula oleh
mu pada kejadian diri kita ini seperti firman Allah
Ta’ala :
Ertinya :”Katakanlah ya, Muhammad (kepada
mereka) : ‘ Tilik oleh kamu semuanya apa-apa
yang ada didalam tujuh petala langit dan bumi “.
Maka adalah yang nyata kepada segala orang
yang berakal itu tanda bekas Qudrat dan Iradat
Allah Ta’ala jua yang nyata; yakni bekas tanda
Kuasa Allah dan KehendakNya juga yang nyata.
Bukan langit dan bumi sahaja yang Allah Ta’ala
suruh tilik, bahkan pada diri kita ini pun disuruh
tilik sebagaimana firmanNya dalam Al-Quran :
Ertinya: ” Pada diri kamu itu, mengapakah tiada
kamu tilik..? “
Yakni pada kejadian diri kamu ini mengapakah
maka tiada kamu membicarakan. Dan lagi firman
Allah Ta’ala :
Ertinya: ” Lagi akan Kami perlihatkan akan segala
tanda Kami taraf alam ini dan pada diri mereka
itu hingga nyatalah bagi mereka itu bahawasanya
Allah itu ADA (Ujud) sebenarnya “.
Dan lagi firman-Nya :
Ertinya: ” Maka hendaklah dibicarakan oleh
manusia itu daripada apa ia dijadikan itu; iaitu ia
dijadikan daripada air yang terpancar keluar
daripada antara sulbi bapanya dan antara tara’ib
ibunya”.
Bukannya keluar itu daripada sulbi dan tara’ib
yang (tanyir) ia keduanya itu iaitu Qudrat Allah
Ta’ala dan Iradat juga kerana keduanya didalam
perintah Qudart dan Iradat Allah Ta’ala.
Maka adalah Qudrat Allah itu suatu SifatNya
yang ‘Maudud’ dengan dia mengadakan mumkin;
daripada tidak ada kepada adanya dan daripada
adanya kepada tidak ada.
Dan Iradat Allah itu suatu SifatNya yang maudud
dengan dia menentukan mumkin dengan
setengah barang yang harus atau mumkin itu.
Bukan semuanya yang harus itu ditentukan oleh
Iradat itu seperti gerak dan diam; ada dengan
tiada; panjang dengan pendek; besar dengan
kecil; tebal dengan nipis; atas dengan bawah;
kiri dengan kanan; hadapan dengan belakang
dan lainnya.
Maka semuanya itu harus balik bagi ‘semumkin’
ini tetapi mustahil boleh berhimpun dua yang
berlawanan kepada ‘semumkin’ ini kerana yang
ditentukan oleh Iradat Allah itu suatu daripada
keduanya bukan keduanya.
Demikian juga Firman Allah :
Ertinya: “Maka tidakkah dilihat oleh kamu yakni
tidakkah kamu lihat dan kamu bicarakan akan air
mani yang kamu tempuhkan ke dalam rahim
perempuan itu, kamukah menjadikan akan dia itu
atau Kamikah yang menjadikan anak itu ?”
Dan Firman-Nya :
Ertinya: “Maka tiadakah kamu lihat akan benih
yang kamu tanam itu, adakah kamu
menumbuhkan akan dia atau Kamikah
menumbuhkan akan dia ?”
Dan lagi Firman-Nya :
Ertinya: ” Mengapa tiada menilik, membicarakan
akan mereka itu kepada unta itu betapa dijadikan
Allah akan dia dan tiada ditilik mereka itu kepada
segala langit yang tujuh
betapa ditinggikan akan dia dan tiadakah ditilik
mereka itu kepada gunung,
betapakah didirikan akan dia dan tiadakah ditilik
mereka itu
kepada bumi, betapakah dihamparkan akan dia.
Maka ingatkan olehmu (ya, Muhammad) hanya
sesungguhnya engkau itu mengingatkan saja
tiada boleh kuasa engkau itu dengan mengerasi
atas mereka itu. “
Kata Syeikh Ibrahim Al-Qani didalam Kitabnya
yang bernama :
Ertinya: ” Tilik olehmu kepada dirimu yakni
bicarakan olehmu dahulu kepada kejadian dirimu
kerana dirimu itu yang terlebih hampir tempat
menilik.”
Perintah Allah Ta’ala darpada yan lainnya
kemudian daripada sudah menilik kepada
kejadian dirimu itu, maka berpindahlah engkau
bagi menilik alam yang tinggi iaitu segala langit.
Kemudian maka berpindahlah engkau bagi
menilik alam yang indah itu.
Ertinya: “Engkau dapatlah dengan menilik
sekelian itu akan perbuatan tukang yang indah-
indah perbuatannya tetapi dengan dialah berdiri
tanda tidaknya dahulu dan baharu adanya ini.”
Ertinya: ” Dan tiap-tiap barang yang harus itu
baharu adanya daripada dahulu, niscaya
mustahil atasnya itu sedia sekali-kali.”
Kerana itulah Hadis Nabi saw:
Ertinya: ” Fikirkan oleh kamu pada segala yang
dijadikan Allah Ta’ala dan jangan kamu fikirkan
pada diri Zat Allah Ta’ala “.
Inilah kata Imam Sanusi….
Ertinya: ” Bermula perbuatan itu baharu dan ia
itulah bekas menunjukkan ia atas 4 nama :-
i) Zat yang Hidup. ii) Zat yang Tahu iii) Zat yang
Kuasa. iv) Zat yang Berkehendak.
Ertinya: ” Dan nama itu menunjukkan ia atas
segala sifat; dan iaitu Hidup – dan jikalau tiada
ZatNya itu Hidup, tiadalah bersifat Yang Hidup.
Jikalau tiada ZatNya itu bersifat dengan Tahu,
tiadalah bernama Zat Yang Tahu dan; Kuasa,
jikalau tiada ZatNya itu bersifat dengan Kuasa,
tiadalah bernama Zat Yang Kuasa dan;
Mengkehendaki, jikalau tiada ZatNya bersifat
dengan Mengkehendaki niscaya tiadalah
bernama Zat Yang Mengkehendaki.”
Ertinya: ” Dan segala sifat itu menunjukkan ia
atas ZatNya kerana tiada berdiri segala sifat itu
dengan sendirinya “.
Maka nyatalah dengan firman Allah Ta’ala dan
Hadis Rasulullah s.a.w. kata segala ulama’ yang
besar-besar itu bahawasanya Allah Ta’ala itulah
menjadikan alam ini.
Maka wajiblah kita ketahui akan wajib lagi nyata
Ujud Zat Allah Ta’ala itu dan wajib Zat itu ersifat
Qidam, ertinya Sedia adanya; Baqa’ ertinya
Kekal adanya Zat Allah Ta’ala; dan Mukhalafah
tuhulilhawadis ertinya Menyalahi ada Zat Allah
Ta’ala itu bagi segala yang baharu ini;
Wahdaniah ertinya Esa Zat Allah Ta’ala itu
ertinya ‘Tiada menduai bagi ZatNya dan Tiada
yang menduai SifatNya dan Tiada yang menduai
bagi PerbuatanNya.
(Ketahui olehmu) hai segala orang yang belajar
maka dengan kata kita serta ‘itiqadkan Nabi
Muhammad itu Persuruh Allah wajib padanya
siddiq, ertinya benar.
Terkandunglah Iman kita aka segala malaikat dan
Iman kita akan segala Nabi dan Iman kita akan
segala Rasul dan akan segala Kitab yang
diturunkan Allah kepada setengah Rasul itu iaitu
104 Kitab dan Iman kita kepada Hari yang
kemudian iaitu Hari Qiamat.
Maka terkandunglah sekelian yang tersebut itu
semuanya pada kata kita: “MUHAMMAD
RASULLAH”, ertinya Muhammad itu Persuruh
Allah Ta’ala, kerana Nabi Muhammad itu
membenarkan ia akan sekelian itu.
Maka nyatalah yang terkandung pada kata kita:
‘Muhammad itu Persuruh Allah Ta’ala ‘.
Dan 18 Simpulan Iman kita dan ;
4 daripada yang wajib dan;
4 daripada yang mustahil lawan yang wajib itu
menjadi ;
—-
8 dan;
2 harus menjadi;
====
10 dan;
4 – Iman kita akan segala Malaikat dan segala
Rasul dan akan segala Kitab
____ dan akan segala Hari Qiamat, menjadi;
14 dan;
4 segala lawannya menjadi;
—-
18 (Lapan Belas).
====
Maka 18 ini dengan 50 dahulu pada kata; ” LA
ILLAHA ILLALLAH “, itu menjadi
68 Simpulan Iman kita.
Maka terkandunglah pula sekelian itu pada kata ;
” LA ILLAHA ILLALLAH , MUHAMMAD
RASULULLAH “
Ertinya: “Tiada Tuhan Melainkan Allah”,” Nabi
Muhammad itu Persuruh Allah “
Maka tatkala sudah kita ketahui dan faham kita
akan sekelian itu maka sempurnalah, sahlah kita
kata ;
“Asy-hadu al-La illa haillallah Wa-asy
haduan-na Muhammaddar-Rasulullah”
Ertinya: “Aku ketahuilah akan bahawasanya
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-
benar sembah, Melainkan Allah dan Aku ketahui
akan bahawasanya Nabi Muhammad Rasulullah
itu Persuruh Allah.”
Dan jikalau belum kita ketahui maknanya
sekeliannya itu adalah perkataan kita itu berdusta
juga adanya belum lagi ada pada kita Ma’rifat,
ertinya ‘ Mengenal ‘. Maksiat lagi taklid juga,
ertinya mengikut-ikut kata orang jua. Seperti
Sabda Nabi s.a.w :
Ertinya: ” Apabila kamu ketahuilah terang seperti
matahari nyatanya, maka naik saksilah kamu.”
Yakni tiada lagi syak dan tiada zan dan tiada
waham, semata-mata yakinlah kamu. Maka
daripada Nabi diambil qias oleh segala Ahli Sufi
r.a pada bicara Zikirullah itu hendaklah dilihat
nyata cahayanya terang didalam hati seperti
cahaya matahari atau cahya bulan atau seperti
emas atau seperti perak yang baru tiada karatan
lagi; yakni tiada syak dan tiada zan dan tiada
waham ertinya tiada {kuras}dan sangka lagi
didalam hati.
Nyata tersurat didalam hati itu yakni tetap
teguhlah yakinnya dan pengenalannya akan
imannya pada ” La illaha illallah,
Muhammad Rasulullah “ itu yakni tasdiqnya
akan dia didalam hatinya teguhlah dan tetaplah
tiada berubah-ubah lagi kehendaknya itu. Telah
diketahuilah serta fahamlah ia akan sekelian itu
didalam hatinya.
Bukannya ada tersurat, yang tersuratnya didalam
hatinya daging sekepal yang bernama jantung itu
ada Kalimat Allah atau Muhammad didalam
jantung ia seperti ambilan orang salah.
** WALLAHHU ALAM **
RUJUKAN : DARIPADA KITAB USUL
TAHQIQ
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar