Kamis, 07 November 2013

Ilmu Rohani


Ilmu Rohani
Ilmu rohaniah atau ilmu rohani adalah ilmu
mengenai roh. Yakni ia mengkaji, memerhati,
mengesan dan menilai tentang perjalanan roh.
Perkataan rohaniah itu berasal dari perkataan
‘ruhun ’. Apakah yang dikatakan roh itu? Untuk
mencari jawapannya marilah bersama-sama saya
mengembara ke alam rohani ini, dengan izin
Allah SWT. Moga-moga saudara-saudari juga
turut juga dapat memahaminya melalui
pengembaraan kerohanian ini. Untuk itu mari kita
kenali apa itu roh. Roh terbahagia kepada dua
iaitu:
1. Ruhul hayah
2. Ruhul tamyiz
RUHUL HAYAH
Ruhul hayah terdapat pada semua makhluk
termasuk manusia, jin, malaikat, binatang dan
setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian
ahli biologi atau para saintis, batang kayu juga
ada roh. Begitu juga pada semua jamadat
(benda mati) seperti batu, kayu dan sebagainya.
RUHUL TAMYIZ
Ruhul tamyiz ( ruhul amri) lebih dikenali sebagai
akal. Ia tidak ada pada binatang tetapi hanya
ada pada manusia, malaikat dan jin. Dengan
adanya roh tamyiz inilah maka malaikat, jin dan
manusia menjadi makhluk yang mukalaf . Yakni
mereka dipertanggungjawabkan untuk mendirikan
syariat. Mereka memikul beban untuk mendirikan
apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi
segala larangan-Nya.
Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri itu tidak
ada pada binatang. Binatang hanya ada ruhul
hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki
roh yang memungkinkan seseorang atau binatang
itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz ini
tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat.
Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak
mukalaf dan tidak diwajibkan mendirikan syariat.
Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan
menjauhi perintah larang dari Allah SWT.
Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka
wajib melaksanakan perintah suruh dan menjauhi
larangan dari Allah. Dengan lain perkataan,
mereka dianggap makhluk yang mukalaf yang
mesti bertanggungjawab kepada Allah kerana
adanya ruhul tamyiz ini.
Roh tamyiz terkenal dengan sebutan akal. Hadis
ada meriwayatkan:
Maksudnya: “Ketika Allah menciptakan akal, Dia
memanggil akal itu dan akal itu pun datang. Dia
menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia.
Kemudian Allah berfirman kepada akal: ‘Demi
kebesaran dan kemuliaan-Ku, Aku tidak
menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku
sayangi daripada kamu. Dan tidak Aku
sempurnakan kamu melainkan pada orang yang
Aku cintai. Kepadamulah Aku akan menyuruh,
melarang dan menyeksa serta memberi
pahala’.” (Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad)
Inilah yang membedakan antara manusia, jin dan
malaikat dengan lain-lain makhluk yang hanya
semata-mata ada ruhul hayah . Umpamanya
binatang, ia tidak mukalaf. Sebab itu pada
binatang walaupun ia berbuat baik, tidak diberi
pahala. Ia berbuat jahat pun tidak berdosa. Maka
bila mati mereka jadi tanah. Ke Syurga tidak, ke
Neraka pun tidak.
Tetapi ketiga-tiga makhluk ini yakni manusia, jin
dan malaikat, oleh kerana memiliki akal atau
ruhul amri maka mereka akan dibalas baik ke
Syurga dengan rahmat-Nya atau ke Neraka
dengan keadilan-Nya. Kalau mereka berbuat baik
akan diberi pahala. Sebaliknya bila berbuat
jahat, mereka berdosa dan akan dicampakkan ke
Neraka. Selama ini kita mungkin jarang
mendengar tentang istilah roh tamyiz ini.
Mungkin kita hanya biasa mendengar tentang
istilah roh atau ruhul hayah saja.
Ruhul hayah yang ada pada binatang, manusia,
malaikat dan jin, kiranya ia keluar dari badan,
mereka akan mati. Kalau ia keluar dari malaikat,
malaikat akan mati. Begitu juga kalau ia keluar
dari jin, jin akan mati. Kalau ia keluar dari
hewan, hewan itu juga akan mati. Kerana ruhul
hayah ini menjadi penyebab pada manusia dan
lain-lain makhluk itu hidup.
Manakala roh tamyiz pula, kalau ia keluar dari
badan manusia, manusia tidak akan mati.
Sebaliknya ia akan pergi ke alam-alam lain.
Mungkin dapat melihat alam malaku t, dapat
melihat alam roh, dapat melihat alam ghaib,
dapat melihat alam kubur, dapat melihat alam
Akhirat, dapat melihat alam jin, dapat melihat
alam malaikat, alam yang halus-halus ( alam
mawaraa-ul maddah ) iaitu dapat melihat alam di
luar material (kebendaan) ini dengan izin Allah.
Ini yang berlaku apabila roh tamyiz keluar dari
jasad sama ada keluar di waktu kita tidur atau
secara jaga. Kiranya roh tamyiz itu keluar di
waktu seseorang itu sedang tidur, dia akan dapat
mimpi. Bila ia jumpa roh yang suci, seseorang itu
akan dapat mimpi yang baik-baik. Tetapi apabila
roh tamyiz itu bertemu dengan ruhul khabitah
(roh yang jahat) ia akan berjumpa dengan jin
yang jahat, syaitan, iblis atau benda-benda yang
menakutkan.
Jika ruhul tamyiz ini keluar di waktu jaga, secara
yakazah , dia akan dikasyafkan iaitu tabir yang
bersifat maddiah dibuka atau diangkat. Ia akan
dapat melihat alam malaikat, alam jin, alam
kubur, dapat membaca hati orang dan Allah
memperlihatkan hakikat manusia itu sendiri atau
melihat benda-benda yang jauh darinya seperti
manusia lain yang tidak semajelis dengannya.
Mungkin manusia yang dilihatnya itu berada di
jarak ratusan atau ribuan mil darinya. Apa yang
ada pada manusia itu, bagaimana perangai
manusia itu, begitulah yang akan dilihat oleh roh.
Itulah kelebihan ruhul tamyiz dengan kuasa Allah.
Tetapi ruhul hayah itu bila keluar dari badan
mana-mana makhluk, maka makhluk itu akan
mati.
Perlu dijelaskan lagi:
1. Malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada
nafsu. Dia mukalaf yang taat atau tabiat
makhluknya taat, patuh dan tidak pernah ingkar.
Seperti yang disebutkan di dalam Al Quran:
Maksudnya: (Malaikat itu) tidak pernah
menderhakaiAllah terhadap apa yang
diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu
mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At
Tahrim: 6 )
2. Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada
akal dan tidak mukalaf. Tidak
dipertanggungjawabkan syariat kepada mereka.
Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurga dan tidak
ke Neraka.
3. Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal.
Artinya, ada ketiga-tiga sekali. Kalau diasuh,
dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak
malaikat yang berupa manusia. Bila tidak dididik
dan diasuh atau tidak dibersihkan hatinya, dia
akan jadi watak binatang atau watak syaitan yang
berupa manusia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar