Sabtu, 31 Mei 2014

Unta yang berbicara dengan Rasulullah

Kisah Uqa'il Dengan
Rasulullah s.a.w
Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah
pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad
S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat
peristiwa ajaib yang menjadikan hatinya
bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab
tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama
adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan
mendatangi hajat yakni mebuang air besar
dan di hadapannya terdapat beberapa batang
pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada
Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan
sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya,
bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata;
Agar kamu semua datang kepadanya untuk
menjadi aling-aling atau penutup baginya,
kerana sesungguhnya baginda akan
mengambil air wuduk dan buang air besar."
Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan
pohon-pohon itu dan sebelum dia
menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon
sudah tumbang dari akarnya serta sudah
mengelilingi di sekitar baginda S.A.W.
Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa
haus dan setelah mencari air ke mana pun
jua namun tidak ditemui. Maka baginda
S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib,
"Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan
sampaikanlah salamku kepadanya serta
katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku
minum!"
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan
berkata kepadanya sebagaimana yang telah
disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia
selesai berkata, gunung itu berkata dengan
fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah,
bahawa aku sejak Allah S.W.T menurunkan
ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang
beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu
dari (seksa) api neraka yang umpannya(bahan
bakar) dari manusia dan batu)." "Aku
menangis dari sebab takut kalau aku menjadi
batu itu maka tidak ada lagi air padaku."
Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika
Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba
ada seekor unta yang meloncat dan lari ke
hadapan rasulullah, maka unta itu lalu
berkata, "Ya Rasulullah, aku minta
perlindungan darimu." Unta masih belum
selesai mengadukan halnya, tiba-tiba
datanglah dari belakang seorang Arab
kampung dengan membawa pedang
terhunus.Melihat orang Arab kampung
dengan membawa pedang terhunus, Nabi
Muhammad S.A.W berkata, "Hendak
mengapakah kamu terhadap unta itu ?"
Jawab orang kampung itu, "Wahai Rasulullah,
aku telah membelinya dengan harga yang
mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak
mau jinak, maka akan kupotong saja dan
akan ku manfaatkan dagingnya (kuberikan
kepada orang-orang yang memerlukan)."
Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa engkau
menderhakai dia ?" Jawab unta itu, "Wahai
Rasulullah, sungguh aku tidak
menderhakainya dari satu pekerjaan, akan
tetapi aku menderhakainya dari sebab
perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah
yang dia termasuk di dalam golongannya,
sama-sama tidur meninggalkan solat Isya'.
Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada
engkau akan mengerjakan solat Isya' itu,
maka aku berjanji tidak akan
menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau
Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka
sedang aku berada di antara mereka."
Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil
perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa
dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan
baginda Nabi Muhammad S.A.W
menyerahkan unta itu kepadanya. Dan dia
pun kembali kepada keluarganya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar