Rabu, 28 Mei 2014

Allah Maha Pengampun

Alkisah, Pada zaman Nabi Musa , ada seorang
lelaki yang mana setiap kali dia bertaubat,
setiap kali itulah dia bermaksiat. Hal ini
berlangsung sehingga 20 tahun. Lantas Allah
mewahyukan kepada NaBi Musa as " Katakan
kepada hambaKu si pulan bahawa aku murka
padanya. "
Lalu sampailah risalah berkenaan kepada lelaki
itu. Bersedihlah dia dan pergi ke gurun sahara
sambil berkata :
"Tuhanku, telah habiskah rahmatMu atau
Engkau kedekut kepada hamba2Mu?
Adakah dosa yang besarnya melebihi
ampunanMu? Padahal kemurahan adalah
termasuk sifat2 Mu yang qadim.
Sedangkan kecelakaan adalah termasuk
sifat2ku yang lahir kemudian. Apakah sifatku
telah mengalahkan sifatMu?
Jika Engkau menutup tirai rahmatMu daripada
hamba2Mu , kepada siapa lagi mereka
berharap?
Jika Engkau usir mereka, kepada siapa lagi
mereka datang?
Tuhanku, jika telah habis rahmatMu, Pasti aku
mendapat seksa. Sampaikanlah kepada semua
hambaMu bahawa aku menebus mereka
dengan diriku"
Allah berfirman ' Wahai Musa, pergilah
kepadanya dan katakan , walaupun dosa2mu
sepenuh bumi, nescaya aku mengampuninya
setelah engkau mengenalKu, kesempurnaan
kekuasaan , ampunan dan rahmatku'
[Kitab Mukasyafah qulub = Imam Ghazali

Tidak ada komentar:

Posting Komentar