Selasa, 26 Januari 2016

KISAH SEEKOR KUCING DAN WALI ALLAH

Ada satu kisah yang mana seorang wali Allah dari Mesir iaitu Al Arifbillah Syeikh Soleh Al Jaafari rahimahullah pernah terjumpa dengan seekor kucing, kemudian beliau membawa balik kucing itu ke rumahnya untuk dibela. Jadi, setiap hari beliau membeli daging atau ikan untuk memberi makan kepada kucing itu.

Satu hari, beliau tidak mempunyai duit, apabila beliau balik ke rumahnya kucing itu datang dekat kepada kakinya dan sambil kucing itu berbunyi. Kemudian, beliau duduk di atas kerusi dan berkata kepada kucing itu. " Mintak maaf, hari ini aku tidak ada duit untuk membeli makanan untukmu, aku tidak boleh memberi makanan untuk kamu hari ini".

Kemudian, kucing itu berhenti berbunyi dan senyap sambil melihat syeikh. Selepas itu, kucing itu keluar dari rumah dan tidak lama kemudian kucing itu membawa balik seekor tikus dan meletak di hadapan syeikh. Kemudian, syeikh berkata: "Aku mintak maaf, aku tahu bukan aku yang memberi rezeki, aku silap sebut tadi".

Maknanya, kucing itu nak memberitahu bahawa bukan syeikh atau manusia yang memberi rezeki tapi Allah yang memberi rezeki.

Wali Allah, Al Imam Al Azhari Al Arifbillah As Sayyid Syeikh Soleh Al Jaafari rahimahullah. Keturunan rasulullah dari sebelah Sayyidina Husein.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar