Kisah Teladan Para Wali Allah
Imam As-Suyuti terkenal dengan alimnya dalam ilmu Hadis sehingga beliau digelar 'Syeikhul Hadis'. Disamping itu, beliau terkenal sebagai seorang yang diberikan oleh Allah dengan banyak karamah.
Kelebihan Imam Suyuti dalam hadis menyebabkan beliau sering difitnah oleh orang-orang yang menaruh hasad terhadapnya.
Di Mesir, beliau memberikan fatwa yang tidak disenangi oleh beberapa orang yang merasa bersalah akibat fatwanya itu. Mereka menghasut supaya beliau disakiti. Seorang lelaki telah memukulnya dan melemparkan beliau ke dalam sebuah kolam bersama pakaiannya.
Imam Suyuti kemudian meninggalkan Mesir dan enggan datang lagi ke Mesir itu, sementara orang yang memukulnya hidup melarat dan merasa lapar sepanjang waktu. Dia sentiasa berhutang pada orang lain untuk membeli makanan tetapi tidak berdaya membayar hutangnya. Setiap hari orang datang mengetuk pintunya menagih hutang. Namun, dia masih berhutang dengan orang lain.
Ada sekumpulan orang hendak menguji karamah Imam Suyuti , lalu mereka meminta beliau menyatakan (melalui Kasyafnya) apa yang akan terjadi pada seorang penguasa daerah yang terkenal zalim terhadap rakyatnya di daerah itu.
Imam Suyuti berkata, penguasa yang zalim itu pada sekian hari akan terbunuh dan akan digantikan dengan penguasa yang lain.
Dengan niat buruk mereka menyampaikan ramalan Imam Suyuti itu kepada penguasa yang zalim itu hingga penguasa yang zalim itu memerintahkan orang-orangnya mencari Imam Suyuti untuk di hukum bunuh. Tetapi Imam Suyuti berjaya meloloskan dirinya dan tidak dapat dikesan selama 40 hari hingga penguasa yang zalim itu sendiri terbunuh dan diganti dengan penguasa yang lain.
Syeikh Najmul Ghazi meriwayatkan dari seorang khadam Imam Suyuti bernama Muhammad bin Ali Al Hibak yang bercerita bahawa Imam Suyuti pernah berkata kepadanya :"Aku akan bawa engkau ke Masjid Al Haram untuk solat Ansar dengan syarat engkau tidak memberitahu sesiapa tentang hal ini sepanjang hayatku."
Khadam itu bersetuju mematuhi syarat tuannya itu. Maka Imam Suyuti pun memegang tangannya dan menyuruh dia memejamkan matanya. kemudian dia ditarik oleh Imam Suyuti berjalan sejauh 27 langkah. Kemudian beliau disuruh membuka matanya.
Kata khadam itu:"Masa aku membuka mata aku lihat kami sedang berada di Ma'la dekat perkuburan Siti Khadijah. Kami menziarahi kuburnya dan Kubur Imam Fudhail bin Iyadh dan Sufyan bin Uyainah. Kemudia kami masuk ke Masjid Al Haram dan tawaf serta minum air zam-zam. Bila sampai waktu Asar kami pun solat Asar berjemaah.
Kemudian Imam Suyuti berkata:"Perjalanan kita dari Mesir ke Mekah ini tidak menghairankan. Lebih hairan ada seorang Mesir yang duduk hampir dengan kita tapi tidak mengenal kita.
Imam Suyuti berkata:"Sekarang tugas kita di sini telah selesai. Jika kamu mahu tinggal di sini saya izinkan." Tetapi khadamnya lebih suka untuk pulang. Lalu Imam Suyuti memegang tangannya dan membawa dia berjaya tujuh langkah sambil memejamkan matanya.
Bila dia membuka matanya, dilihatnya mereka sedang berada di daerah Juyushi, di Kota Kahirah. Dia mengikut Imam Suyuti pergi ke Masjid Ibnu Tulun dengan menunggang keldainya.
Salah seorang murid Imam Suyuti bernama Syeikh Abdul Qadir As-Syadhili meriwayatkan bahawa Imam Suyuti pernah berkata :"Aku pernah berjumpa dengan Rasullulah saw dalam keadaan jaga (bukan dalam mimpi) .
Aku dipanggilnya :"Wahai Syeikhul Hadis!" dan aku pernah bertanya:"Ya Rasullulah saw apakah aku termasuk ahli syurga?
Rasullulah saw menjawab:"Ya benar."
Aku bertanya lagi:"Tanpa diseksa dahulu?
Baginda menjawab:"Ya sesuka hatimu."
Syeikh Abdul Qadir As-Syadhili pernah bertanya :"Wahai tuan guru, berapa kali tuan berjumpa dengan Rasullulah saw dalam keadaan jaga?
Imam Suyuti menjawab: "Lebih 70 (tujuh puluh) kali."
Imam Suyuti wafat di Kahirah , Mesir tahun 911 Hijrah
Tidak ada komentar:
Posting Komentar