"Ada seorang lelaki yang soleh juga seorang penjaga yang berjaya mempunyai jualan dan hasil pulangan modal dan keuntungan yang disimpan banyak.
Suatu hari, modal berjumlah yang banyak telah hilang. Dicari-carinya tidak juga jumpa. Selepas setahun berlalu, anaknya telah terjumpa modal tersebut terlihat di celah-celah bilik dalam rumahnya.
Selepas waktu maghrib, anaknya membawa barang tersebut menuju ke masjid karena anaknya tahu setiap hari di antara waktu maghrib dan isya' ayahnya pasti ada disana.
Sampai di masjid anaknya berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, saya sudah berjumpa barang ayah yang mahal dan bernial yang hilang selama ini."
Maka ayahnya memandang anaknya dengan jelingan mata yang tajam dan berkata kepada anaknya, "Adakah kamu tiada masa lain untuk memberitahu ayah? Tidak boleh ditunggu selepas isya' baru diberitahu?
Kamu telah mengganggu ayah bersama Allah swt. Ketika ini, kamu telah disibukkan dengan benda yang hilang ini dan kamu telah mengganggu ibadah ayah antara maghrib dan isya'.
Oleh kerana itu, apa saja yang kamu jumpa itu, semuanya ayah infaqkan fisabilillah dan kamu keluar dari kota Tarim dan pergi ke kota si fulan dan disitu ada syeikh dan kamu duduk disitu selama setahun, belajar adab dan tarbiah sehingga kamu dapat menghargai waktu maghrib dan isya'."
Lihatlah cinta orang soleh kepada Allah swt, marah waktunya dengan Allah di ganggu. Dia menghargai dan menikmati antara waktu maghrib dan waktu isya'."
[Habib Ali Zaenal Abidin Ibn Alwi Al-Kaff]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar