Sabtu, 11 Januari 2014

Shalawat Munjiyah


ﺍﻠﻠﻬﻡ ﺼﻞﻋﻟﻰ ﺴﻴﺪ ﻧﺎﻣﺤﻣﺪ٬ ﺼﻼﺓ ﺘﻨﺠﻴﻧﺎ ﺒﻬﺎ ﻤﻥ ﺠﻤﻴﻊ ﺍﻷﻫﻮﺍﻞ
ﻮﺍﻻﻓﺎﺖ٬ ﻮﺘﻘﻀﻰ ﻠﻨﺎ ﺒﻬﺎ ﻤﻥ ﺠﻤﻴﻊﺍﻠﺤﺎﺠﺎﺖ٬ ﻮﺘﻄﻬﺭﻨﺎﺒﻬﺎ ﻤﻥ
ﺠﻤﻴﻊ ﺍﻠﺴﻴﺌﺎﺖ٬ ﻮﺘﺭﻔﻌﻧﺎ ﺒﻬﺎﻋﻠﻰﺍﻠﺪ ﺮﺟﺎﺖ٬ ﻮﺘﺒﻠﻐﻧﺎ ﺒﻬﺎ ﺍﻘﺼﻰ
ﺍﻠﻐﺎﻴﺎﺕ٬ ﻤﻥ ﺟﻤﻴﻊ ﺍﻠﺨﻴﺮﺍﺕ ﻔﻰﺍﻠﺤﻴﺎﺓ ﻮﺒﻌﺪ ﺍﻠﻤﻤﺎ ﺕ
versi Indonesianya :
“ Allohumma sholli ‘ala syaiyida
muhammad
wa’ala ali syaiyidina muhammad
sholatan tunjina biha min jami’il ahwali
wal afat
wataqdilana biha jami’il hajat
watutohhiruna biha min jami’is syai yiat
watarfa’una biha a’lad darojat
watuballi ghuna biha aqshol ghoyat
min jami’il khoiroti fil hayati waba’dal
mamat”
Artinya: "Ya Allah, limpahkilnlah shalawat atas
junjunan kami, Muhammad, dengan suatu
shalawat yang menyebabkan kami selamat dari
semua ketakutan dan malapetaka, yang
menyebabkan Engkau menunaikan semua hajat
kami, yang menyebabkan Engkau me-nyucikan
kami dari semua kejahatan, yang menyebabkan
Engkau mengangkat kami ke derajat yang
tinggi di sisi-Mu, dan yang menyebabkan
Engkau menyampaian semua cita-cita kami
berupa kebaikan-kebakan dunia dan akhirat."
Penjelasan:
Shalawat di atas disebutkan di dalam kitab
Dalâ'il. Dalam syarah kitab tersebut disebutkan
riwayat dari Hasan bin 'Ali Al-Aswânî. Ia berkata,
"Barangsiapa yang membaca shalawat ini dalarn
setiap perkara penting atau bencana sebanyak
seribu kali, niscaya Allah akan melepaskan
bencana itu darinya, dan menyampaikan apa
yang diinginkannya."
Komentar oleh Asy-Syeikh Yusuf Isma’il An-
Nabhani
Telah dikutip daripada Al-Hasan bin ‘Ali Al-
Aswani di dalam komentar Ad-Dalail (penjelasan
atau komentar dalam kandungan kitab kumpulan
solawat yang
berjudul Dalailul Khairat), bahwa beliau telah
berkata, "Siapa yang membaca solawat ini
sebanyak seribu kali ketika tertimpa kesulitan
dan musibah, Allah akan melapangkan [perkara
itu] daripadanya dan akan menyampaikan
hajadnya."
[Dan telah diriwayatkan] daripada Ibn Al-
Fakihani , daripada Asy-Syaikh As-Solih Musa
Ad-Darir , [dan] beliau telah berkata:
Aku pernah belayar di sebuah laut.
Tiba-tiba angin (angin taufan) telah melanda ke
atas kami. Sedikit sahja manusia
yang akan dapat selamat daripada tenggelam
dan banyak orang telah menjerit-jerit [di
dalam ketakutan]. Tiba-tiba aku telah merasa
mengantuk dan aku telah tertidur. Aku
telah melihat An-Nabi j [di dalam mimpi] dan
Baginda j telah berkata, "Katakanlah
kepada para penumpang [kapal ini] agar mereka
mengucapkan sebanyak seribu kali,
"Wahai Allah, limpahkanlah solawat ke atas
penghulu kami Muhammad, dan juga ke
atas keluarga penghulu kami Muhammad,
solawat yang dengannya kami
diselamatkan . . . sehingga . . . setelah [kami]
mati. " Aku telah terjaga [dari tidur] dan
aku telah memberitahu para penumpang tentang
mimpiku itu, dan kami pun
bersolawat dengannya (dengan ungkapan solawat
yang telah diterima di dalam mimpi
itu) lebih kurang tiga ratus kali. Allah telah
melapangkan kami [daripada keadaan
yangmencemaskan itu].
Dan telah berkata As-Saiyid Muhammad Afandi
`Abdin di dalam catatan beliau
(penjelasannya) bahawa Al-`Allamah Al-Musnid
Ahmad Al-‘Attor telah menyebutnya
sebagai Solawat Al-Munjiyyah, dan beliau telah
berkata pada [bahagian] akhirnya:
Telah menambah Al-`Arif Al-Akbar [dengan kata-
kata]: Wahai Yang Paling
Penyayang daripada segala yang bersifat
penyayang, wahai Allah.
Beliau telah berkata: Telah berkata sesetengah
masyaikh: Siapa yang mengucapkannya
sebanyak seribu kali ketika ada kesulitan atau
ketika turunnya musibah, Allah akan
melapangkan [perkara itu] daripadanya dan akan
rnenyampaikan hajadnya. Dan siapa yang
membanyakkannya pada waktu datang penyakit
taun [sedang menular],akan diamankan
daripadanya. Dan sesiapa yang
membanyakkannya ketika belayar dilaut, akan
diamankan daripada tenggelam. Dan sesiapa
yang membacanya sebanyak lima ratus kali,
akan disampaikan apa yang dia inginkan di
dalam hal menarik rezeki dan kekayaan, insya -
Allah Ta’ala, dan ia adalah sesuatu yang benar-
benar mujarab pada semua perkara itu. Dan
Allah Ta’ala jua yang lebih mengetahui.
Dan telah menyebut Asy-Syaikh As-Sowi perkara
yang lebih kurang sama di dalamn komentar
mengenai Wird Ad-Dardir (wirid-wirid yang telah
digubah oleh Asy-syaikh Ahmad seorang guru
bagi At-Toriqah Al-Khalwatiyyah, yang amat
terkenal di negara Mesir pada zamannya) yang
telah mengutip daripada As-Samhudi dan Al-
Malawi .
Dan telah berkata Asy-Syaikh Al-‘Arif
Muhammad Haqqi Afandi An-Nazili di dalam
kitabnya Khazinah Al-Asror : Ketahuilah bahawa
solawat-solawat itu dibahagikan kepada empat
ribu jenis, dan pada situ riwayat yang lain, dua
belas ribu. Setiap sesuatu darinya telah dipilih
oleh satu jamaah dari ahli Timur dan Barat,
bersesuaian dengan apa yang telah mereka
temui di dalam menjalin ikatan rohani di antara
mereka dengan Baginda dan dari apa yang
mereka fahami padanya [dari hal] keistimewaan-
keistimewaan dan manfaat-manfaat, dan apa
yang telah mereka temui padanya [dari hal]
rahsia-rahsia, yang sesetengahnya telah menjadi
masyhur melalui ujikaji dan melalui penyaksian di
dalam mendapatkan kelepasan daripada segala
kesempitan dan pencapaian hasrat, seperti
Solawat Al-Munjiyyah, dan ia adalah . . . .
Dan beliau telah menyebut bentuk ungkapan itu.
Kemudian, beliau telah berkata: Dan yang
terlebih utama ialah dia mengucapkan, "Wahai
Allah, limpahkanlah solawat ke atas penghulu
kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu
kami Muhammad. Solawat yang dengannya kami
diselamatkan . . ." sehingga ke akhirnya, kerana
apa yang telah dikatakan oleh Baginda , "Apabila
engkau sekalian bersolawat ke atasku, jadikanlah
ia umum (tidak dikhaskan untuk diri Baginda
seorang, tetapi juga mencakupi ahli keluarga
Baginda ).
Dan kesannya, dengan diikut sertakan keluarga
Baginda itu, adalah lebih lengkap, dan lebih
umum, dan lebih banyak [pahala dan
manfaatnya] dan lebih cepat [untuk dimakbulkan]
. Begitulah yang telah diwasiatkan kepadaku dan
yang telah diijazahkan kepadaku oleh sesetengah
masyaikh.
Dan Asy-Syaikh al-Akhbar juga telah
menyebutnya dengan disertakan sebutan ahli
keluarga Baginda j itu, dan beliau telah berkata
bahawa ia adalah satu perbendaharaan daripada
segala perbendaharaan Al-'Arsy (singgahsana
Allah). Sesungguhnya, sesiapa yang berdoa
dengannya sebanyak seribu kali pada tengah
malam untuk apa-spa hajat, sama ada hajat
dunia atau hajat akhirat, Allah Ta`ala akan
menunaikan hajatnya. Sesungguhnya ia
(pengabulan bagi solawat ini) adalah lebih cepat
daripada kilauan kilat, dan ia adalah eliksir yang
agung dan penawar yang besar (sangat mujarab)
. Dan tiada dapat tiada, hendaklah ia
disembunyikan dan ditutupkan
daripada yang bukan ahlinya.
Demikianlah sebagaimana [ia telah disebutkan] di
dalam Sirr Al-Asror, dan demikianlah juga
sebagaimana yang telah disebutkan oleh Asy-
Syaikh Al-Buni dan Al-Imam Al-Jazuli mengenai
keistimewaan-keistimewaan Solawat Al-
Munjiyyah dan juga penerangan rahsia-rahsianya.
Dan hendaklah engkau meninggalkannya (tidak
menceritakan keistimewaan-keistimewaan dan
rahsia-rahsia ini kepada orang-orang yang fasik)
agar tiadalah ia terjatuh ke tangan orang-orang
yang jahil. Dan semoga isyarat ini sudah
mencukupi untukmu. apabila seseorang
membiasakan diri membaca shalawat ini
sebanyak 1000 kali pada waktu tengah malam,
Insya Allah segala macam hajatnya akan
terpenuhi, baik hajat di dunia maupun hajat
diakherat kelak.
(Sumber kitab Afdholus Sholawatu 'ala sayyida
saddah karangan Asy-Syeikh Yusuf ibn Isma’il
An-Nabhani)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar