Jumat, 10 Januari 2014

DALAIL KHOIRAT


Ijazah Dalail Khairat dan Syarah Khas
Maulidur Rasul
Ijazah Kitab Dalail Khairat Kitab Dalail Khairat
adalah sebuah kitab yang sangat istimewa
kerana ia mampu menjulang Islam pada
kedudukan yang tinggi. Kitab ini menjadi
lambang umat Islam mengasihi Nabi saw hingga
umat Islam dihormati oleh orang bukan Islam.
Dalail Khairat menjadi bukti betapa kita
mengasihi Rasulullah saw sebagaimana yang
disebut oleh ulama, “Sesiapa yang mengasihi
sesuatu maka dia layak menyebut nama
kekasihnya”.
Imam Abbas al-Mursi berkata, “Jikalah hilang
ingatan aku kepada Rasulullah saw walau dalam
sekelip mata maka janganlah mengira aku
sebagai umat Islam yang sempurna imannya”.
Orang yang sentiasa menghampirkan dengan
Nabi saw ketika di dunia akan berada hampir
dengan Nabi saw ketika di akhirat kelak. Untuk
membolehkan Nabi saw mengenal kita maka
ucapkanlah salawat ke atas Nabi saw sebanyak-
banyaknya sebab malaikat akan menyampaikan
salam kita kepada Rasulullah saw. Nabi saw
mempunyai ingatan yang sangat kuat. Baginda
saw mempu mengingat ayat al-Quran dengan
sekali dengar sahaja maka sudah tentu Nabi saw
boleh mengingat nama-nama orang yang
mengucap salawat keatasnya. Untuk itu, kita
hendaklah sentiasa berusaha memasukkan nama
kita dalam senarai orang-orang yang pernah
diperdengar atau disampaikan salawat kepada
baginda saw.Sebagaimana ibubapa yang
mengasihi anak yang rajin menziarahinya atau
menghubunginya maka begitulah juga dengan
baginda saw. Baginda saw akan mengasihi
umatnya yang rajin atau sentiasa bersalawat
kepadanya. Tidak sepatutnya kita
mempersembahkan amalan buruk kepada Nabi
saw sehingga baginda terpaksa beristighfar untuk
kita sedangkan kita sepatutnya menjadi
kebanggaan Rasulullah saw.
Rabiah al-Adawiyyah mengerjakan solat sunat
sebanyak 1000 rakaat sehari semalam. Bila
ditanya kenapa beliau solat sebanyak itu, Rabiah
menjawab, “Aku mahu Rasulullah saw
berbangga dengan umatnya apabila baginda saw
berbual-bual dengan nabi lain. Baginda saw
tentu akan bertanya kepada Musa as samada
umatnya ada atau tidak yang mampu
mengerjakan solat sehingga 1000 rakaat. Jadi
aku berusaha hendak memastikan bahawa tiada
seorang pun umat Nabi Musa as mampu
menandingi umat Nabi Muhammad saw.
Tujuanku tidak lain dan tidak bukan ialah untuk
menggembirakan Nabi saw dengan amal ibadah
umatnya”.
Kita hendaklah menggembirakan Nabi saw. Jika
kita tidak mampu menggembirakan Nabi saw
jangan pula kita membuatkan Nabi saw bersedih.
Kita kena faham bahawa hubungan kita dengan
Nabi saw tidak terputus. Hubungan roh tidak
pernah putus. Para masyaikh mempunyai
hubungan khusus dengan Nabi saw seperti
bermimpi Nabi saw tatkala perasaan rindu
terhadap Nabi saw begitu mencengkam.
Perasaan kasih itu kemudiannya akan
mendatangkan rasa cemburu dan semangat
untuk mempertahankan Nabi saw dan agama
Islam. Ada ulama yang memohon dipercepatkan
ajal kerana terlalu rindu kepada Nabi saw.
Para ulama, wali Allah dan sahabat merasakan
kematian itu adalah sesuatu perkara yang ringan
dan mudah. Mati seumpama hadiah. Ketika
dalam keadaan nazak, Bilal al-Habsyi berasa
sangat gembira kerana akan berhimpun dengan
para kekasihnya iaitu Nabi saw dan para sahabat
yang telah mendahuluinya walaupun isterinya
merintih kasihan melihat Bilal di ambang maut.
Sakaratul maut yang pedih dan sakit itu bertukar
menjadi sesuatu yang lazat bagi para aulia
kerana tidak sabar hendak berhimpun dengan
Rasulullah saw dan para sahabat.
Kita perlu berusaha mencintai Rasulullah saw
supaya kasih itu terpahat dalam benak hati kita.
Salah satu cara untuk membenihkan rasa cinta
kepada Rasulullah saw ialah dengan
memperbanyakkan salawat. Sebab itulah para
ulama menyusun pelbagai jenis salawat untuk
memupuk rasa cinta kepada Nabi saw secara
berterusan.
Salah satu kitab salawat yang mahsyur ialah
Dalail Khairat yang dibaca pada hari ini. Kata
Asy-Syeikh Abdullah as-Siddiq al-Gumhari, dua
kitab yang paling mahsyur dibaca selain al-
Quran dan Hadith ialah Matan al-Ajrumiyyah[1]
dan Dalail Khairat[2]. Kedua-dua kitab ini dibaca
oleh orang awam dan khawwas. Pada zaman
dahulu, manusia berhimpun membaca kitab
Dalail ini. Ada raja yang menulis kitab ini dengan
tinta emas dan mengarahkan rakyatnya
membaca dan beramal dengan kitab ini.
Imam al-Jazuli menyusun kitab ini mengikut hari.
Dengan cara itu, ia mengajar umat Islam agar
berdisiplin membaca salawat setiap hari. Kata
Syeikh Abdul Qadir al-Talidi, “Sebelum
kemunculan orang Wahhabi, orang ramai
berkerumun membaca kitab ini. Bila muncul
puak ini, orang mula menjauhi kitab ini”. Ini
adalah satu musibah kerana orang tidak
mengambil berat tentang bacaan salawat. Kata
syeikh, kita kena kuat menganjurkan majlis
salawat dan menghimpunkan umat untuk
membacanya. Kita kena asaskan majlis salawat
sehingga orang berasa lazat mendengarnya.
Tentang sanad dalam ijazah kitab ini, ahli sufi
lebih menggemari dihubungkan kepada sanad
yang panjang. Bagi mereka semakin panjang
sanad, semakin barokah hubungan dengan
rantaian sanad itu kerana mereka dihubungkan
dengan ramai periwayat yang alim. Sementara
bagi ahli hadith, mereka cenderung kepada
sanad yang pendek kerana sanad tersebut lebih
diyakini. Syarah khas Maulidur Rasul Yayasan
Sofa Kata Hasan ibn Thabit, “Aku hairan melihat
ramai orang-orang bijak pandai yang
mengengkari majlis maulid. Aku hairan melihat
mereka yang ada aqal dan taraf kedudukan yang
tinggi dalam bidang keilmuan tetapi gagal melihat
kecantikan Rasulullah saw dan tidak berdiri
memuliakan Nabi saw. Sayyid Abbas Alawi al-
Maliki pernah menjadi duta membina kubah
Sakhra di Palestin. Ditaqdirkan Allah, beliau
berpeluang menyaksikan sambutan Maulid yang
diadakan secara besar-besaran kerana pada
masa itu bulan Islam adalah bulan Rabiul Awwal.
Dalam satu majlis maulid yang dihadirinya,
beliau melihat ada seorang lelaki berdiri dari
mula sehingga habis bacaan maulid. Maulid yang
dibaca ialah Maulid Barzanji. Sayyid Abbas
berasa hairan melihat perbuatan lelaki itu lalu dia
bertanya setelah selesai majlis. Kata lelaki itu,
“Sebelum ini, aku tergolong dalam kelompok
orang yang mengengkari amalan maulid.
Sehinggalah pada satu malam, aku bermimpi
berjumpa Nabi saw. Dalam satu kumpulan
maulid, semua ahli kumpulan itu berdiri
menyambut Nabi saw sebaliknya aku menjadi
lumpuh. Nabi saw berkata kepadaku, “Engkau
lumpuh sebab tidak berdiri menghormati aku.”
Dengan taqdir Allah, apabila aku bangun pagi,
aku tidak dapat menggerakkan kakiku. Puas aku
berubat ke sana sini tetapi tidak berhasil.
Sehinggalah pada satu hari, aku bernazar
sekiranya aku pulih dari penyakit lumpuh ini
maka aku akan berdiri dari awal maulid hingga
selesai. Pada sebelah malamnya, aku bermimpi
bertemu Nabi saw. Dalam mimpi itu, Nabi saw
menyapu kakiku yang telah lumpuh. Esok pagi
dengan taqdir Allah, kakiku boleh bergerak
semula. Semenjak dari itu, aku tidak lupa
menunaikan nazarku apabila menghadiri majlis
maulid”.
Ketahuilah bahawa Rasulullah saw adalah
cahaya. Sebab itulah jasad Rasulullah saw tidak
mempunyai bayang. Imam as-Suyuti menyebut
bahawa Rasulullah adalah cahaya. Bahkan Nabi
saw memohon kepada Allah Ta’ala, “Jadikanlah
aku cahaya, Ya Allah”. Apapun hakikat kenabian
cahaya Rasulullah saw terlalu luas untuk
dimengerti oleh umatnya. Atas sebab itulah Imam
Akbar, Ibn Arabi berkata, “Sesungguhnya
pengetahuan aku terhadap cahaya Rasulullah
saw hanyalah sebesar lubang jarum sahaja. Itu
sahajalah makrifah yang dikurniakan kepada aku”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar