Minggu, 21 Februari 2016

Nilai satu x sujud di bulan ramadhan

NILAI SATU SUJUD (THE VALUE OF ONE SAJDA)
Maulana Sheikh Muhammad Nazim Adil Qubrusi Al-Haqqani q.s.
Sohbat pada 4hb Ogos 1980.

Jika seseorang tidak berpuasa di bulan Ramadan; dikecualikan jika dia uzur, dia perlu berpuasa satu hari setelah Ramadan. Jika tiada sebab, perlu didenda dgn berpuasa satu hari untuk 'qada' (kerana meninggalkan puasa) selama enam puluh hari. Enam puluh hari berterusan? Ya. Namun awliya mengatakan jika seseorang 'law ṣāma thalathata ālaf yawm' (walau 3,000 hari dia berpuasa). Ya. Nafila. 'li `ajil dhakal yawmul waḥid min Ramadan' (untuk membayar satu hari dalam bulan Ramadan), untuk mendapatkan 'ajraha' (untuk mendapatkan ganjaran), takkan menyamai seperti 1 hari puasa yang ditinggalkannya.  3,000 hari, hari demi hari, hari demi hari berpuasa, dan ganjarannya tidak menyamai satu hari bulan Ramadan. Itulah kerugiannya.  Siapa yang dapat berpuasa 3,000 hari? Ia bermaksud selama 10 tahun, lebih kurang 10 tahun berpuasa, takkan menyamai ganjaran seperti satu hari di bulan Ramadan.

Sekiranya seseorang itu bersedekah, dengan setiap hari bersedekah. Setiap hari beri sedekah. Jika mereka atau dia memberi seluruh khazanah dalam dunia ini pun, takkan menyamai ganjaran sekali bersujud kepada Allah . Kita diperintahkan solat lima waktu setiap hari, dengan sunnah, 40 rakaat. Ia bermaksud 80 kali sujud. Satu kali bersujud kepada Allah , adalah lebih bernilai berbanding anda memberi kepada nafil, bukan zakat fardu, naflan. Nafila. Kamu faham sunat? Dengan sukarela anda memberi, jika anda 'law tamlik khaza`ini d-dunya' (walau anda memiliki harta di seluruh dunia pun) seluruh dunia dan setiap hari menginfak, takkan menyamai satu sujud.

Saya dengar di sini ketika kita sedang solat, ada saudara kita yang tidak sembahyang. Wanita dikecualikan, namun lelaki tiada alasan. Kita bukan wanita. Kita harus bersolat. Tambahan pula, anda haruslah sangat berhati-hati untuk bersujud. Walaupun jika anda tidak bersembahyang lima waktu, perlulah sekali sehari bersujud kepada Allah . Janganlah 'Tembel olma' (Jangan malas). Orang yang paling malas ialah yang tidak bersujud kepada Tuhannya dan meminta-minta kepada Tuhannya, "Berilah daku, berilah daku, berilah daku". Namun dia, 'yushuf aw yara an yasjuda sajdatan wahida ziada' (dia melihat sujud walaupun sekali sebagai sesuatu yang amat diperlukan). Bagaimana kita mendakwa yang kita hambanya tanpa sujud walau sekali setiap hari? Siapa yang katakan, 'Saya tiada masa untuk solat dua rakaat setiap hari" yang ada 24 jam? Siapa yang katakan, "Tiada masa", dia pembohong dan pemalas. Anda perlu ingat ini. Jika tiada lima waktu, walau satu waktu.

Ramai orang datang kepada saya dan mengadu pelbagai masalah. Kebanyakan daripada mereka, wanita yang mengadu tentang suami mereka. Si suami mengadu tentang si isteri. Ibu bapa
mengadu tentang si anak. Ada orang, ahli perniagaan pun datang, katakan, "tiada kerja, tiada bisnes, lingkup". Saya tanyakan, "Kamu sembahyang?" "Tidak, tidak sembahyang". Basuh kepalamu? "Tiada basuhan". Bagaimana kamu boleh meminta kepada Tuhanmu agar kehidupan kamu selamat sejahtera? Ya. Objektif pertama, tunjang kepada kebahagiaan kita adalah dengan bersujud. Dan yang terpenting adalah menunaikan solat lima waktu, Asta’izubillah:

حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَىٰ وَقُومُوا لِلَّـهِ قَانِتِينَ ٢٣٨

"Hafizu alaṣ-ṣalawati (Jagalah solat) wa ṣ-ṣalatil wusṭa" (2:238) (dan sembahyang-pertengahan)

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

"Hafizu alaṣ-ṣalawati (Jagalah solat) wa ṣ-ṣalatil wusṭa" (2:238) (dan sembahyang-pertengahan) Sembahyang pertengahan ialah Ṣalatu ṣ-Ṣubḥ, Solat subuh. Jika kamu katakan "Malam terlalu pendek, kami tak berdaya bangun". tak mengapa. Bila terjaga, solatlah subuh kemudian keluarlah rumah. Kemudian Allah  akan hantarkan dua Malaikat. Malaikat tahu. Mereka bukan orang Inggeris. Kita tahu Malaikat.

Tak usah alih bahasa, 'angel mangel'. Tambah pula, solat pagi adalah yang paling utama, 'waqt an taqsimul arzaq'. Ẓahiri ve ma'navi. Salat ul-fajr adalah waktu  pembahagian rezeki. Rezeki diagihkan untuk dunia dan akhirat. Kamu perlu peliharanya. Jangan melupakannya, nanti Allah melupakanmu.  Inilah yang paling penting. Setiap orang ke kilang. Pekerja datang, terdapat satu kad. Sebelum masuk, letakkan di sana (kad kedatangan). Masuklah, sama ada kerja atau tidak, namun tertulis di sana dia sudah bersedia. Kita juga, di waktu pagi, dua sujud "Ya tuhan, kami sudah bersedia". Ya. Baiklah. Namun tanpa meletakkan kad, tiada wang bagi kamu. Ya. Benarkah? Ia di terima?

Ashhadu an la ilaha illAllah wahdahu la sharika lah wa ashhadu anna Sayyidina Muhammadan Abduhu wa Habibuhu wa Rasuluh awda'ana hatainal kalamataini shahadataina 'indaka ya  Rasulallah wa hia lana wadi'atun yawmul qiyamati ya man arsalahu Allah ta'ala rahmatan lil'alamin.

Dunia sekarang sedang dibakar, terbakar. Ia mustahil kepada muslim, untuk terus bersujud, dalam keselamatan. Tiada sujud, tiada keselamatan. Tiada muslim yang mengucapkan "Allah", beriman kepada Allah memadai bagi keselamatan mereka. Orang kafir, kesemua mereka (dihumban ke neraka) ya. Ia akan menjelang sekarang, sebagai hukuman kepada anak Adam. Peperangan akan menjelma, ia tidak lama lagi. Ia tidak lama. Mungkin 'fuj`a' menjelma secara tiba-tiba.

Tetaplah orang-orang Islam bersujud. Yang bukan muslim yang mengimani Allah , mengatakan ini, "Ya Tuhanku". Golongan Kristian dalam keselamatan, disebabkan terlalu ramai orang ateis, terlalu ramai komunis yang mereka tidak percaya dengan semua kepercayaan, maka pembersih besar ini datang untuk pembersihan. Oleh itu, kamu mungkin berada di mana-mana, kadangkala datang ribut, seperti ini, seperti ini, menuju ke semua negara. Seperti ini, ribut ini harus ke seluruh tempat. Seluruh tempat di dunia. Senyaplah ketika ribut datang. Jangan kata nak larikan diri dari satu tempat ke tempat lain kerana tiada tempat lain yang lebih selamat. Sama sahaja di mana-mana. Namun, Allah menyelamatkan hambaNya. Inilah nasihat kami pada anda. Pertahanan yang paling penting adalah dengan bersujud.

Tanpa sujud, adalah mustahil. Untuk yang bukan muslim, yang beriman, mereka akan selamat. Selainnya, dari tujuh hanya satu yang tinggal, enam akan pergi. Ya, inilah peperangan yang akan datang seumpama taufan, Nuh Taufan, (banjir Nuh). Ia banjir air, ini banjir api kerana bom yang dashyat dari kedua-dua sudut. Sudah terjadi sekarang. Bahkan batu juga akan terbakar. Tiada perlindungan kecuali perlindungan dari Allah. Ini bukan kata-kata saya tetapi Baginda Nabi, sejahtera keatasnya. Masa sudah berakhir bagi dunia kita. Kita di penghujung, bukan permulaan. 124,000 nabi, rasul satu demi satu datang hinggalah Rasul yang penamat datang. Dari waktunya hinggalah sekarang 1,400. Seribu empat ratus tahun, atau 1400, dan lebih. Apa yang kita tunggu? Kita sedang menunggu untuk membina menara Namrud. Ya. Kita mengambil dari dunia ini duit yang banyak untuk membina menara Namrud. Ya. Rasulullah mengatakan "Saya tidak diperintahkan. Saya tidak diperintahkan 'ma umirt li jam'i d-dunya' untuk mengumpul harta dunia 'wa lakin umirt bi t-tasbih wa t-taqdis wa s-sajda li rabbi' untuk memuliakan Tuhanku.

Kita mengubah jalannya. Perjalanan Rasulullah seperti ini, perjalanan kita seperti itu. Kita mungkin di dalam negara makanan dan manusia yang kotor serta minuman yang kotor. Titik. Orang Eropah, makan apa? Makan khinzir. Minum apa? Minum arak. Kedua-duanya kotor. Dan orang kita inginkan “Taraf kehidupan barat yang tinggi". Apa yang tinggi, memakan khinzir dan meminum arak. Kedua-duanya adalah najis. Ya, kotor. Inilah ketamadunan mereka. Audhu billah. Allah melindungi kehidupan warga tua, dan ramai orang muda yang mati. Kita perlu kita perlu berhati-hati supaya Allah senang kepada kita. Kita mengejar kesukaan ego kita. Kita mencuba untuk membuatkan ego kita menyukai kita. Kita tidak pula mengharapkan Allah untuk menyukai kita. Inilah masalahnya. Inilah masalahnya. Kita perlu berhati2. Hari Raya,

inshaAllah. Yawm al-khamis, Khamis, Saya rasakan, ia perlu. Malam ini mungkin laylat al-qadr. Sejak hari Selasa lagi mungkin laylat al-qadr, atau lusa. Tak penting. Ia rahsia malam yang tersembunyi jadi kita perlu lihat, setiap hari mungkinlah qadar. Tambah pula, ia tidak tetap bagi setiap malam seperti malam suci yang lain. Ia seperti ini, seperti itu. razaqana Allah wa iyyakum Ya Rabbi,  leylet-ül kadir tecellisini bize de giydir, bu ihvanımız, ahbabımıza. Ya Tuhanku, pakaikan kami dan saudara kami dengan menifestasi Laylatul Qadr).

Usaha tinggalkan rokok. Merokok adalah amalan yang tidak baik. Saudara-saudaraku di Sri Lanka ini, ayah dan anak yang kuat merokok. Saya tidak melihat namun syaitan membawakannya untuk saya. Semua datang kepada saya. Mereka terlepas keluar merokok di dapur dan di dalam bilik air. Namun, apa itu “dukhan"?. Ia bermaksud asap. Asap bawakan syaitan kepada saya menyebabkan saya terganggu. Anda perlu meninggalkannya kerana ia bukanlah kebaikan.

Bi hurmati l-Habib, bi hurmati l-Fatiha.

http://saltanat.org/videopage.php?id=14938&name=1980-08-00_en_TheValueOfOneSajda_SN_a.mp4

Tidak ada komentar:

Posting Komentar