Selasa, 22 Oktober 2013

84 : Nikmat Lahir dan Bathin

APABILA DIKURNIAKAN KEPADA KAMUREZEKI BERUPA RASA PUAS DENGANTAAT (KEPADA ALLAH S.W.T) DANRASA CUKUP (DENGAN-NYA), MAKAKETAHUILAH TELAH DISEMPURNAKANATAS KAMU NIKMAT-NIKMAT YANGLAHIR DAN YANG BATIN.

Dua jenis rezeki yang dinyatakan oleh Hikmat 84di atas adalah Islam dan Iman. Hamba Allahs.w.t yang memperolehi kedua-dua rezekitersebut menjadi insan yang beriman danberamal salih. Tidak ada amal salih tanpa imandan tidak ada kenyataan iman tanpa amal salih.Ayat-ayat al-Quran sering menggandingkan imandan amal salih sebagai satu, tidak diceraikan.Orang yang mengaku beriman tetapi tidakberamal menurut apa yang diimaninya adalahdianggap sebagai orang yang berbohong,sementara orang yang melakukan amalsedangkan hatinya tidak beriman adalahmunafik. Kesempurnaan seorang insan terletakpada gandingan kedua-duanya, iaitu iman danamal salih.Islam bererti tunduk patuh kepada Allah s.w.tdengan mentaati segala perintah-Nya danmenjauhi segala larangan-Nya. Orang Islamadalah orang yang bertaklid melulu kepada Allahs.w.t. Segala fikiran dan kehendak menjurussepenuhnya kepada apa yang ditunjukkan olehAllah s.w.t, yang dibawa oleh Rasul-Nya. Akal,perasaan dan perbuatan tunduk kepadaketentuan Allah s.w.t. Ketaatan kepada Allahs.w.t mencakupi lahir dan batin. Perbuatan lahirsesuai dengan tuntutan syariat dan perbuatanbatin pula mengikhlaskan hati semata-matakerana Allah s.w.t. Memelihara sempadan yangditentukan oleh Allah s.w.t secara lahir dan batinmenghasilkan takwa. Semulia-mulia hamba disisi Allah s.w.t adalah orang yang palingbertakwa. Takwa tidak diperolehi tanpa amalanIslam. Islam sudah cukup lengkap. Segalaperintah yang meliputi suruhan dan tegahansudah pun dibentangkan di hadapan mata. Tidakusah menunggu perintah yang lain lagi.Jika Islam melahirkan amal salih, iman pulamelahirkan penyaksian mata hati (musyahadah)terhadap ketuhanan Allah s.w.t pada setiappandangan kepada segala perkara. Allah s.w.tberfirman:Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlahiman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya… (Ayat136 : Surah an-Nisaa’)Ayat di atas ditujukan kepada orang yang sudahberiman. Mereka sudah pun beriman tetapimasih digesa supaya beriman. Iman pada tahappermulaan berdasarkan dalil-dalil danpembuktian. Kemudian mereka diajak pulakepada iman dengan penyaksian mata hati,menyaksikan Rububiyah yang tidak pernahberpisah daripada ubudiyah. Tanpa penyaksianterhadap Rububiyah segala amal tidak bergunakerana orang yang beramal menisbahkan amalitu kepada dirinya sendiri, sedangkan tiada yangmelakukan sesuatu melainkan dengan izin Allahs.w.t, dengan Kudrat dan Iradat-Nya, denganHaula dan Kuwwata-Nya. Himpunan amalsebesar gunung tidak dapat menandingi imanyang sebesar zarah. Orang yang beriman danmenyaksikan Rububiyah pada segala perkaradan semua amal itulah orang yang memperolehinikmat yang sempurna lahir dan batin, keranahubungannya dengan Allah s.w.t tidak pernahputus. Orang inilah yang berasa puas denganberbuat taat kepada Allah s.w.t dan berasacukup dengan-Nya, kerana tiada Tuhanmelainkan Allah s.w.t dan tidak berlaku sesuatuperkara melainkan menurut ketentuan-Nya. Apalagi yang patut dibuat oleh seorang hambamelainkan taat kepada-Nya dan menerimakeputusan-Nya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar