Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Selasa, 22 Oktober 2013
80 : TANDA KEJAHILAN AHLI HAKIKAT
JIKA KAMU MELIHAT SESEORANG (AHLI
HAKIKAT) MENJAWAB SETIAP
PERTANYAAN DAN MENERANGKAN
SETIAP PENGLIHATAN (MATA HATI) DAN
MENCERITAKAN SETIAP YANG
DIKETAHUINYA, MAKA KETAHUILAH
BAHAWA YANG DEMIKIAN ITU ADALAH
TANDA KEJAHILANNYA.
Manusia digesa supaya menggunakan akal
fikirannya untuk mengkaji tentang kejadian-
kejadian alam maya ciptaan Tuhan Maha
Pencipta. Semakin mendalam pengetahuan
tentang ciptaan Allah s.w.t, semakin kelihatan
kebesaran dan keagungan-Nya. Bertambah pula
keinsafan tentang kelemahan yang ada pada diri
manusia terutamanya dalam menghuraikan hal
ketuhanan. Ilmu pengetahuan yang mahir dalam
perbahasan tentang makhluk menjadi tidak
bermaya apabila mencuba menyingkap Rahsia-
rahsia ketuhanan. Bila mengakui akan kejahilan
dirinya seseorang itu menyerahkan dirinya
dengan beriman kepada Allah s.w.t. Penyerahan
ini dinamakan aslim dan orang yang berbuat
demikian dinamakan orang Islam. Orang yang
beriman tidak membahaskan tentang Allah s.w.t
kerana mereka mengakui kelemahan akal dalam
bidang tersebut.
Bidang yang tidak dapat diterokai oleh akal
masih mampu dijangkau oleh hati. Hati yang suci
bersih mengeluarkan cahayanya yang dinamakan
Nur Kalbu. Nur Kalbu menerangi akal dan
bersuluhkan cahaya Nur Kalbu ini, akal dapat
menyambung kembali perjalanannya dari ‘stesen’
ia telah berhenti. Perjalanan akal yang diterangi
oleh cahaya Nur Kalbu mampu menyingkap
perkara-perkara yang ghaib dan beriman
dengannya walaupun akal manusia umum
menafikannya.
Terdapat perbezaan yang besar antara akal biasa
dengan akal yang diterangi oleh nur. Akal biasa
beriman kepada Allah s.w.t berdasarkan dalil-
dalil yang nyata dan logik. Akal yang beserta nur
mampu menyelami di bawah atau di sebalik yang
nyata iaitu perkara ghaib, dan beriman kepada
Allah s.w.t berdasarkan pengalaman tentang
perkara-perkara ghaib. Walaupun perkara ghaib
itu tidak dapat diterima oleh akal biasa, tetapi
akal yang bersuluhkan nur tidak sedikit pun ragu-
ragu terhadapnya. Pengetahuan yang terhasil dari
cetusan atau tindakan nur ini dinamakan ilmu
hakikat, ilmu ghaib, ilmu Rabbani atau ilmu
laduni. Walau apa pun istilah yang digunakan, ia
adalah pengetahuan tentang ketuhanan yang
didapati dengan cara mengalami sendiri tentang
hal-hal ketuhanan, bukan menurut perkataan
orang lain, dan juga bukan menurut sangkaannya
sendiri. Hatilah yang mengalami hal-hal tersebut
dan pengalaman ini dinamakan pengalaman
rasa, zauk atau hakikat. Apa yang dialami oleh
hati tidak dapat dilukiskan atau dibahasakan.
Lukisan dan bahasa hanya sekadar
menggerakkan pemahaman sedangkan hal yang
sebenar jauh berbeza. Jika hal pengalaman hati
dipegang pada lukisan dan bahasa ibarat, maka
seseorang itu akan menjadi keliru. Jika lukisan
dan simbol diiktikadkan sebagai hal ketuhanan
maka yang demikian adalah kufur!
Pemegang ilmu ghaib terdiri daripada dua
golongan. Golongan pertama adalah orang yang
terlebih dahulu memasuki bidang pembelajaran
tentang tauhid dan latihan penyucian hati
menurut tarekat tasauf. Pembelajaran dan latihan
yang mereka lakukan tidak membuka bidang
hakikat. Ini membuat mereka mengerti akan nilai
dan kedudukan ilmu ghaib yang sukar diperolehi
itu. Mereka hanya dapat belajar, melatih diri,
kemudian menanti dan terus menanti. Jika Allah
s.w.t berkenan maka dikurniakan sinaran nur
yang menerangi hati si murid itu. Si murid itu
pun mengalami dan berpengetahuan tentang
hakikat. Pengetahuan yang diperolehi itu sangat
berharga baginya dan dijaganya benar-benar,
tidak dibukakannya kepada orang lain kerana dia
tahu yang orang ramai sukar memahami perkara
yang telah dialaminya itu.
Pemegang ilmu ghaib golongan kedua tidak pula
melalui proses pembelajaran dan latihan seperti
golongan pertama. Golongan ini tiba-tiba sahaja
dibukakan hakikat kepada mereka (hanya Allah
s.w.t mengetahui mengapa Dia berbuat
demikian). Oleh sebab mereka memperolehinya
dengan mudah dan tanpa asas pengetahuan
yang kuat, mereka tidak mengetahui nilai sebenar
pengetahuan yang mereka perolehi itu. Mereka
menyangkanya sebagai ilmu biasa. Lantaran
mereka memahaminya mereka menyangka orang
lain juga memahaminya. Sebab itu mereka
mudah memperkatakan ilmu tersebut di hadapan
orang ramai. Oleh sebab ilmu ini tidak dapat
diceritakan kecuali dengan ibarat, satu daripada
dua kemungkinan akan berlaku. Pertama,
lantaran orang ramai melihat latar belakang orang
hakikat tadi tidak mempunyai asas agama yang
kuat, bukan orang alim, maka mereka
menganggapnya pembohong dan pembawa
cerita khayal. Kedua, kemungkinan ada orang
yang mempercayainya tetapi kepercayaan itu
tertuju kepada ibarat bukan kepada yang
diibaratkan. Kedua-dua kemungkinan tersebut
adalah tidak sihat. Sebab itu dilarang keras
memperkatakan tentang ilmu hakikat kepada
bukan ahlinya. Orang yang membeberkannya
dengan mudah disebut orang jahil yang tidak
tahu nilai berlian yang ada padanya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar