Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Selasa, 22 Oktober 2013
75: KURNIAAN YANG MENJADI ISTIDRAJ
TAKUTLAH KAMU TERHADAP KURNIAAN
ALLAH S.W.T YANG SELALU KAMU
PEROLEHI SEDANGKAN KAMU
MELANGGAR PERINTAH-NYA, JANGAN
SAMPAI KURNIAAN ITU SEMATA-MATA
ISTIDRAJ. (FIRMAN ALLAH S.W.T
DALAM SURAH AL-A’RAF, AYAT 182):
KAMI AKAN BINASAKAN MEREKA
PERLAHAN-LAHAN DENGAN JALAN
YANG MEREKA TIDAK SADAR.
Orang kafir, musyrik, ahli maksiat, orang zalim
dan lain-lain seumpama mereka, dalam
kehidupan dunia ini selalu mendapat berbagai-
bagai kemewahan. Merekalah yang memiliki
sebahagian besar kekayaan dunia. Mereka juga
memiliki ilmu pengetahuan yang menjadikan
mereka kuasa besar di dunia. Mereka juga
menguasai bidang-bidang sukan, muzik,
kesenian dan lain-lain. Kumpulan manusia yang
beriman pula terdiri daripada mereka yang
lemah, tidak berpendidikan tinggi dan
berkedudukan rendah dalam masyarakat.
Kemewahan dan kesenangan yang dimiliki oleh
mereka yang tidak beriman dan ahli maksiat
mempesonakan sebahagian orang-orang Islam
yang lemah imam. Mereka tidak dapat
membezakan kurniaan yang mengandungi nikmat
dan kurniaan yang telah dicabut nikmat
daripadanya. Hikmat 75 ini menghuraikan
perkara berkaitan kurniaan yang tidak
mengandungi nikmat, yang dinamakan istidraj.
Istidraj bermakna kurniaan yang dihulur terus
menerus kepada ahli maksiat. Kurniaan yang
seperti ini membuat ahli maksiat bertambah lalai
dan bertambah derhaka kepada Allah s.w.t.
Apabila kelalaian dan kederhakaan mereka telah
melampaui batas maka Allah s.w.t
mendatangkan bala yang besar kepada mereka.
Mereka adalah umpama orang yang diangkat ke
tempat yang tinggi sambil mereka menganggap
pengangkatan itu sebagai satu kemuliaan namun,
setelah mereka berada di tempat yang tinggi itu
mereka dicampakkan ke bawah. Kejatuhan yang
demikian memberi kesakitan yang lebih kuat.
Allah s.w.t berfirman:
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang
telah diperingatkan mereka dengannya, Kami
bukakan kepada mereka pintu-pintu segala
kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila
mereka bergembira dan bersukaria dengan
segala nikmat yang diberikan kepada mereka,
Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan
bala bencana yang membinasakan), maka
mereka pun berputus asa (dari mendapat
sebarang pertolongan). ( Ayat 44 : Surah al-
An’aam )
Ayat di atas memberi peringatan kepada kita agar
jangan terpedaya dengan kurniaan yang terus
menerus kita perolehi sedangkan kita terus juga
tidak berbuat taat kepada Allah s.w.t, sebaliknya
kita asyik dengan kemaksiatan. Sekiranya
kurniaan itu turun melalui saluran istidraj,
kesudahannya kita akan mengalami kejatuhan
dan penderitaan yang amat sangat. Waspadalah!
Allah s.w.t sentiasa mengirimkan peringatan
untuk mengajak manusia kembali ke jalan-Nya.
Biasanya peringatan yang datang itu membawa
bersama-samanya kesusahan yang menekan jiwa
manusia agar manusia insaf dan mahu kembali
kepada Allah s.w.t dengan merendahkan diri. Di
dalam tempoh kemelaratan itu biasanya manusia
menjadi insaf dan suka berbakti pada jalan Allah
s.w.t. Kemudian Allah s.w.t gantikan
kemelaratan dengan kesenangan sebagai ujian
untuk mengasingkan yang benar-benar insaf
daripada yang pura-pura. Bila kesenangan sudah
dirasai kembali orang yang tidak teguh imannya
akan kembali kepada kemaksiatan dan
kemunkaran. Mereka memberi alasan bahawa
kesenangan dan kesusahan adalah lumrah
kehidupan sebagaimana yang pernah dirasai oleh
nenek moyang mereka yang dahulu, bukan
berkait dengan soal beriman atau tidak
seseorang itu kepada Allah s.w.t. Mereka
kembali lalai dalam arus kesenangan dunia.
Ketika mereka sedang asyik leka itulah Tuhan
datangkan kebinasaan kepada mereka.
Dan Kami tidak mengutus dalam sesebuah negeri
seorang nabi (yang didustakan oleh
penduduknya), melainkan Kami timpakan mereka
dengan kesusahan (kesempitan hidup) dan
penderitaan (penyakit), supaya mereka tunduk
merendah diri (insaf). Setelah (mereka tidak juga
insaf) Kami gantikan kesusahan itu dengan
kesenangan hingga mereka kembang biak (serta
senang-lenang) dan berkata (dengan angkuhnya):
“Sesungguhnya nenek moyang kita juga pernah
merasai kesusahan dan kesenangan
(sebagaimana yang kita rasakan)”. Lalu Kami
timpakan mereka (dengan azab seksa) secara
mengejut, dan mereka tidak menyedarinya.
( Ayat 94 & 95 : Surah al-A’raaf )
Apabila seksaan dan kebinasaan dari Allah s.w.t
datang, tidak ada siapa dapat menghalangnya
dan tidak ada siapa mampu menanggungnya.
Orang yang menerimanya menjadi bingung, tidak
tahu berbuat apa-apa.
(Mereka tidak diberitahu akan masa itu) bahkan
(yang dijanjikan) itu akan datang kepada mereka
secara mengejut, serta terus membingungkan
mereka; maka mereka tidak akan terdaya
menolaknya, dan tidak akan diberi tempoh
bertaubat. ( Ayat 40 : Surah al-Anbiyaa’ )
Sudah banyak kaum-kaum yang dibinasakan
Allah s.w.t melalui saluran istidraj. Firaun dan
Namrud diberi tempuh yang panjang hidup di
dalam kesenangan, kemewahan dan
keseronokan. Kemudian Tuhan datangkan azab
dengan tiba-tiba. Firaun dibinasakan di dalam
laut dan Namrud dibinasakan oleh nyamuk.
Qarun juga binasa ketika asyik dengan kekayaan.
Begitu juga dengan kaum-kaum Nabi-nabi Nuh
dan Luth.
Orang-orang yang beriman sentiasa mengawasi
diri mereka agar kesenangan dan kemewahan
tidak melalaikan mereka yang boleh
menyebabkan mereka jatuh ke dalam suasana
istidraj.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar