Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Senin, 21 Oktober 2013
2: PENGENALAN
Segala puji dan puja untuk Allah, Tuhan Yang
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang
mengumpul segala pengetahuan di dalam Zat-
Nya dan Dia jualah Pencipta segala pengetahuan
dengan keabadian. Segala kewujudan
bersumberkan Wujud-Nya. Segala puji bagi Allah
lantaran Dia menghantarkan Quran yang mulia
yang mengandungi di dalamnya sebab-sebab ia
diturunkan iaitu untuk memperingatkan manusia
tentang Allah. Dihantarkan-Nya kepada
pembimbing yang memandu manusia pada jalan
yang benar dengan yang paling Perkasa di antara
agama-agama. Selawat dan salam ke atas Nabi
Muhammad s.a.w yang tidak diajar oleh makhluk
tetapi diajar oleh-Nya sendiri. Baginda s.a.w
adalah nabi-Nya yang terakhir, penyambung
terakhir pada rantaian kenabian yang diutus
kepada dunia yang sedang hanyut di dalam huru
hara, yang paling mulia di kalangan nabi-nabi-
Nya, dimuliakan dengan kitab suci yang paling
suci dan paling mulia. Keturunan baginda s.a.w
adalah pembimbing bagi orang-orang yang
mencari. Sahabat-sahabat baginda s.a.w adalah
pilihan dari kalangan orang yang baik-baik dan
murah hati. Semoga kesejahteraan dan
keberkatan yang melimpah-limpah dikurniakan
kepada ruh-ruh mereka.
Tentu sekali yang paling berharga di antara yang
berharga, paling tinggi, permata yang tidak
ternilai, barang perniagaan yang paling
menguntungkan manusia, adalah ilmu
pengetahuan. Hanya dengan hikmah
kebijaksanaan kita boleh mencapai keesaan
Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya dengan
hikmah kebijaksanaan kita boleh mengikuti rasul-
rasul-Nya dan nabi-nabi-Nya. Orang yang
berpengetahuan, yang bijaksana, adalah hamba-
hamba Allah yang tulen yang Dia pilih untuk
menerima perutusan Ilahi. Dia lebihkan mereka
daripada yang lain semata-mata dengan
kebaikan rahmat-Nya yang Dia curahkan kepada
mereka. Mereka adalah pewaris nabi-nabi,
pembantu-pembantu mereka, yang dipilih oleh
rasul-rasul-Nya untuk menjadi khalifah kepada
sekalian manusia. Mereka berhubungan dengan
nabi-nabi dengan perasaan yang amat seni dan
kebijaksanaan yang sangat tinggi.
Allah Yang Maha Tinggi memuji orang-orang
yang memiliki hikmah kebijaksanaan:
“Kemudian Kami wariskan Kitab itu kepada
mereka yang Kami pilih daripada hamba-hamba
Kami, tetapi sebahagian daripada mereka
menganiayai diri mereka sendiri, dan sebahagian
daripada mereka cermat, dan sebahagian
daripada mereka ke hadapan dalam kebajikan-
kebajikan dengan izin Allah, yang demikian
adalah kurniaan yang besar”. ( Surah Fatir,
ayat 32).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pemegang
hikmah kebijaksanaan adalah pewaris nabi-nabi.
Penduduk langit mengasihi mereka dan di atas
muka bumi ini ikan-ikan di laut bertasbih untuk
mereka hingga kepada hari kiamat”.
Dalam ayat lain Allah Yang Maha Tinggi
berfirman:
“Tidak takut kepada Allah daripada hamba-
hamba-Nya melainkan orang-orang yang berilmu
Pengetahuan” (Surah Fatir, ayat 28).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pada hari
pembalasan, Allah akan mengumpulkan sekalian
manusia, kemudian mengasingkan yang berilmu
di antara mereka dan berkata kepada mereka:
‘Wahai orang-orang yang berilmu. Aku kurniakan
kepada kamu ilmu-Ku kerana Aku mengenali
kamu. Tidak aku kurniakan hikmah kebijaksanaan
kepada kamu untuk Aku hukumkan kamu pada
hari ini. Masuklah ke dalam syurga-syurga-Ku.
Aku telah ampunkan kamu’ ”.
Segala puji milik Allah, Tuhan sekalian alam
lantaran Dia kurniakan makam yang tinggi
kepada hamba-hamba-Nya yang taat dan
memelihara mereka daripada dosa dan
menyelamatkan mereka daripada diseksa. Dia
berkati ahlul hikmah dengan menghampiri
mereka.
Sebahagian daripada murid-murid kami meminta
supaya kami sediakan sebuah buku yang
memadai buat mereka. Sesuai dengan
permintaan dan keperluan mereka kami siapkan
buku yang ringkas ini Semoga ia dapat
mengubati dan memuaskan mereka serta yang
lain juga. Kami namakan buku ini “Sirr al-asrar fi
ma yahtaju Ilahi al-abrar” atau “rahsia dalam
rahsia-rahsia yang Kebenarannya sangat
diperlukan”. Dalam pekerjaan ini kenyataan di
dalam kepercayaan dan perjalanan kami
dibukakan. Setiap orang memerlukannya.
Dalam menyampaikan hasil kerja ini kami
bahagikannya kepada 24 bab kerana terdapat 24
huruf di dalam pengakuan scui “La ilaha illah
Llah, Muhammadun rasulu Llah” dan juga
terdapat 24 jam dalam satu hari.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar