Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Senin, 21 Oktober 2013
1: UCAPAN UNTUK PARA PEMBACA
(Petikan surat Syeikh Abdul Qadir al-
Jilani)
Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu
adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu
mesti membersihkannya daripada debu dan
kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu
itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya
rahsia-rahsia Ilahi.
Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi
semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang
hati kamu, lampu hati kamu akan menyala.
Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu
sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan
terang benderang…” Kemudian kepada hati itu
anak panah penemuan-penemuan suci akan
hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan
daripada awan petir maksud “bukan dari timur
atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang
diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas
pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar
sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun
tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu
makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala
sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala
sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?
Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke
atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan
menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…
dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui
jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang yang
memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah
“…menghiaskan langit rendah dengan keindahan
bintang-bintang”. Sekiranya lampu rahsia-rahsia
Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang
lain akan datang secara sekaligus atau beransur-
ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui
sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini.
Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit
ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan
dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian
serta keindahan bulan purnama yang akan naik
dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas
cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi
peringkat yang ditentukan sebagaimana yang
Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga
ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah
langit, menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku
bersumpah) demi malam apabila ia senyap
sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…”
malam ketidaksedaran kamu akan melihat
terangnya hari siang. Kemudian kamu akan
menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di
awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian)
dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di
dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian
burung bulbul di pagi hari dan kamu akan
mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan
pada awal pagi mereka memohon keampunan
Allah
Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa
yang Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit
peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula
terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran
kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan
kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan
“mereka yang Dia tinggalkan di dalam
kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan
tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu
berjalan pada landasan (masing-masing).
Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan
“perumpamaan yang Allah adakan untuk insan
dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-
tabir akan terangkat dan kulit akan pecah,
mendedahkan yang seni di bawah pada yang
kasar. Kebenaran akan membuka tutupan
mukanya.
Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu
dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan
memancar Padanya jika kamu berhajat dan
bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-
Nya.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar