Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Selasa, 22 Oktober 2013
70 – 72: TAMAK MELAHIRKAN KEHINAAN
TIDAKLAH PANJANG DAHAN KEHINAAN
MELAINKAN YANG TUMBUH DARI BENIH
TAMAK.
TIADA SESUATU YANG DAPAT
MENGHERET KAMU SEBAGAIMANA
WAHAM (SYAK WASANGKA ATAU
ANGAN-ANGAN).
KAMU MERDEKA DARI SESUATU YANG
KAMU TIDAK MEMPUNYAI HAJAT
KEPADANYA DAN KAMU ADALAH
HAMBA BAGI SESUATU YANG KAMU
TAMAK KEPADANYA.
Bidang latihan kerohanian menekankan soal
menyerah diri kepada Allah s.w.t. Orang yang
maju dalam bidang tersebut adalah orang yang
memisahkan dirinya dari pengaruh duniawi dan
makhluk sekaliannya, hatinya hanya terikat
dengan Allah s.w.t. Latihan kerohanian mendidik
hati agar berpisah daripada diri sendiri iaitu
berpisah dengan kehendak diri sendiri, cita-cita,
angan-angan dan fikiran lalu masuk ke dalam
penguasaan Iradat Allah s.w.t. Orang yang
dikuasai oleh Iradat Allah s.w.t tidak mempunyai
kehendak melainkan keinginan mahu
menghampirkan diri kepada Allah s.w.t, maksud
dan tujuan hanyalah Allah s.w.t, fikiran dan
renungan hanya kepada Allah s.w.t, tidak ada
lagi kekuatan yang tertuju kepada selain Allah
s.w.t.
Jika seseorang murid menghadapi kesukaran
untuk berserah diri dan bergantung kepada Allah
s.w.t, susah pula melepaskan keinginannya serta
menghilangkan gambar-gambar benda alam dari
hatinya, maka periksalah hati itu pasti akan
ditemui bahawa hati itu menghidapi penyakit
tamak atau loba. Tamak diibaratkan sebagai
benih yang menumbuhkan pokok kehinaan.
Dahan-dahan kehinaan akan menjalar dan
terhulur ke sana ke mari. Penyakit tamak akan
mengikis perasaan malu dan menghapuskan
maruah diri dan memakaikan pakaian kehinaan
kepada orang yang berkenaan. Dia menjadi hina
pada pandangan makhluk dan lebih buruk lagi
kedudukannya di sisi Allah s.w.t. Dia umpama
anjing yang lidahnya sentiasa terjulur melihat apa
yang ada di dalam tangan orang lain. Si anjing
tidak memperdulikan apakah dia dimaki, dihalau
atau dipukul asalkan dia boleh dapat apa yang
dia mahu. Si tamak melihat seolah-olah rezeki
yang diperuntukkan kepadanya tidak ada
sempadan, sementara rezeki yang diperuntukkan
kepada orang lain masuk ke dalam sempadan
rezekinya, sebab itu menjadi haknya untuk
mengambil apa yang masuk ke dalam
sempadannya. Si tamak tidak memperdulikan
bagaimana dia mendapatkan apa yang dia hajati,
apakah dengan menadah tangan, memujuk rayu,
menipu atau memaksa.
Tamak timbul dari waham iaitu syak wasangka
atau ragu-ragu dengan rezeki yang dijamin oleh
Allah s.w.t. Allah s.w.t menjaminkan rezeki
kepada sekalian makhluk-Nya dan sebagai timbal
balasnya hamba pula diberi tanggungjawab
(Hikmat 5). Orang yang ragu-ragu terhadap
jaminan Allah s.w.t mencuaikan kewajipan yang
diamanatkan kepadanya dan rajin mencari apa
yang dijamin untuknya sehingga menceroboh
sempadan yang menjadi jaminan untuk orang
lain. Inilah yang terjadi pada orang tamak.
Bagaimana boleh dia menghampiri Allah s.w.t
jika amanat yang diserahkan kepadanya
diabaikannya dan tanggungjawab yang dipikulkan
kepadanya dicampakkannya. Dia berasa ragu-
ragu untuk menggunakan masa bersama-sama
Allah s.w.t, bimbang rezeki yang dijamin tidak
akan sampai kepadanya. Lantaran itu dia
meninggalkan peluang bersama-sama Allah s.w.t
kerana mengejar apa yang dia tamakkan. Orang
ini memilih harta Allah s.w.t daripada Allah s.w.t
yang menguasai harta itu.
Tamak dan sangkaan tidak berpisah. Orang
tamak dihela ke sana ke mari oleh sangkaannya
untuk mengejar kebendaan. Dia tidak sedar yang
dia sudah menjadi hamba kepada benda, dan
orang yang boleh mendatangkan benda itu
kepadanya dapat menguasi dirinya itu. Tetapi,
dia menyangka dialah yang menguasai benda
dan orang tadi, padahal dia tunduk kepada
benda dan orang yang menguasai pemilikan
benda itu. Sekiranya seorang raja dikuasai oleh
perasaan tamak, akan wujudlah kerajaan di
belakang tabir yang menguasai takhta dan
pemerintahan secara tidak langsung. Jika
menteri kabinet dikuasai oleh perasaan tamak,
akan wujudlah kabinet bayangan yang
mempengaruhi keputusan menteri tadi.
Kekuasaan, pangkat dan harta tidak
memerdekakan seseorang yang tamak Dia hanya
boleh merdeka jika dia membuang sifat ini.
Apabila tidak ada lagi keinginannya untuk
memiliki apa yang berada di dalam tangan orang
lain, baharulah dia bebas berjalan menuju Allah
s.w.t. Dia sudah terlepas daripada sauh yang
menariknya ke bawah.
Allah s.w.t memberi ancaman yang keras kepada
mereka yang tamak.
Sesungguhnya manusia tidak bersyukur akan
nikmat Tuhannya; Dan sesungguhnya ia (dengan
bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan
yang demikian; Dan sesungguhnya ia melampau
sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).
(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia
mahu mengetahui (bagaimana keadaan) ketika
dibongkarkan segala yang ada dalam kubur? Dan
dikumpulkan serta didedahkan segala yang
terpendam dalam dada? Sesungguhnya Tuhan
mereka, Maha Mengetahui dengan mendalam
tentang (balasan yang diberikan-Nya kepada)
mereka - pada hari itu. ( Ayat 6 – 11 : Surah
al- ‘Aadiyaat )
Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya,
dengan di sempitkan rezekinya, (ia tidak
bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek
dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan
daku!” Janganlah demikian, (sebenarnya kata-
kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu
wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih
salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak
yatim, (malah kamu menahan apa yang ia berhak
menerimanya); dan kamu tidak menggalakkan
untuk memberi makanan (yang berhak diterima
oleh) orang miskin; - Dan kamu sentiasa makan
harta pusaka secara rakus (dengan tidak
membezakan halal haramnya), Serta kamu pula
sayangkan harta secara tamak haloba! Jangan
sekali-kali bersikap demikian! (Sebenarnya)
apabila bumi (dihancurkan segala yang ada di
atasnya dan) diratakan serata-ratanya, Dan
(perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat
berbaris-baris (siap sedia menjalankan perintah),
Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari
itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat
(hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu
akan berguna lagi kepadanya? ( Ayat 16 – 23 :
Surah al-Fajr )
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar