Laman
- Beranda
- al ilmu
- al kisah
- Allah dan Jalan menuju Allah
- Cahaya
- Do'a Doa
- Futuhat Al Makiyyah
- Hadits Qudsy
- Kalam Kalam Hikmah
- Kata Hati
- Kebenaran Hakiki
- Kitab Tauhid
- Mahkota Aulia Illaita'ala
- Mutiara Kalam Habaib
- My notes
- Qitab Sirr Al Asrar
- Shalawat
- Syaikh Abdul Qadir Al Jailani
- Syar'i
- Syarh Al Hikam
- Taddabur Ayat Ayat
- Tokoh dan Biografi
Senin, 21 Oktober 2013
5: PENURUNAN MANUSIA KEPERINGKAT RENDAH YANG PALINGBAWAH
Allah Yang Maha Tinggi menciptakan roh suci
sebagai ciptaan yang paling sempurna, yang
pertama diciptakan, di dalam alam kewujudan
mutlak bagi Zat-Nya. Kemudian Dia berkehendak
menghantarkannya kepada alam rendah. Tujuan
Dia berbuat demikian ialah bagi mengajar roh
suci mencari jalan kembali kepada yang sebenar
di tahap Maha Kuasa, mencari kedudukannya
yang dahulu yang hampir dan akrab dengan
Allah. Dihantarkan-Nya roh suci kepada
perhentian utusan-utusan-Nya, wali-wali-Nya,
kekasih-kekasih dan sahabat-sahabat-Nya.
Dalam perjalanannya, Allah menghantarkannya
mula-mula kepada kedudukan akal asbab bagi
keesaan, bagi roh universal, alam nama-nama
dan sifat-sifat Ilahi, alam hakikat kepada
Muhammad s.a.w. Roh suci memiliki dan
membawa bersama-samanya benih kesatuan.
Apabila melalui alam ini ia dipakaikan cahaya
suci dan dinamakan ‘roh sultan’. Apaabila
melalui alam malaikat yang menjadi perantaraan
kepada mimpi-mimpi, ia mendapat nama ‘roh
perpindahan’. Bila akhirnya ia turun kepada
dunia kebendaan ini ia dibaluti dengan daging
yang Allah ciptakan untuk kesesuaian makhluk-
Nya. Ia dibaluti oleh jirim yang kasar bagi
menyelamatkan dunia ini kerana dunia
kebendaan jika berhubung secara langsung
dengan roh suci maka dunia kebendaan akan
terbakar menjadi abu. Dalam hubungannya
dengan dunia ini ia dikenali sebagai kehidupan,
roh manusia.
Tujuan roh suci dihantar ke tempat ciptaan yang
paling rendah ini ialah supaya ia mencari jalan
kembali kepada kedudukannya yang asal,
makam kehampiran, ketika ia masih di dalam
bentuk berdaging dan bertulang ini. Ia
sepatutnya datang ke alam benda yang kasar ini,
dan dengan melalui hatinya yang berada di
dalam mayat ini, menanamkan benih kesatuan
dan menunbuhkan pokok keesaan di dalam dunia
ini. Akar pokok masih berada pada tempat
asalnya. Dahannya memenuhi ruang
kebahagiaan, dan di sana demi keredaan Allah,
mengeluarkan buah kesatuan. Kemudian di
dalam bumi hati roh itu menanamkan benih
agama dan bercita-cita menumbuhkan pokok
agama agar diperolehi buahnya, tiap satunya
akan menaikkannya kepada peringkat yang lebih
hampir dengan Allah.
Allah membuatkan jasad-jasad atau tubuh-tubuh
untuk dimasuki oleh roh-roh dan bagi roh-roh ini
masing-masing mempunyai nama yang berbeza-
beza. Dia bena ruang penyesuaian di dalam
tubuh. Diletakkan-Nya roh manusia, roh
kehidupan di antara daging dan darah.
Diletakkan-Nya roh suci di tengah-tengah hati, di
mana dibena ruang bagi jirim yang sangat seni
untuk menyimpan rahsia di antara Allah dengan
hamba-Nya. Roh-roh ini berada pada tempat
yang berbeza-beza dalam tubuh, dengan tugas
yang berbeza, urusan yang berbeza, masing-
masing umpama membeli dan menjual barang
yang berlainan, mendapat faedah yang berbeza.
Perniagaan mereka sentiasa membawakan
kepada mereka banyak manfaat dalam bentuk
nikmati dan rahmat Allah.
“Daripada apa yang Kami berikan kepada
mereka, secara sembunyi atau terang-terang,
(mereka) mengharapkan perniagaan yang tidak
akan rugi”. (Surah Fatir, ayat 29).
Layaklah bagi setiap manusia mengetahui
urusannya di dalam alam kewujudan dirinya
sendiri dan memahami tujuannya. Dia mestilah
faham bahawa dia tidak boleh meminda apa
yang telah dihukumkan sebagai benar untuknya
dan digantungkan dilehernya. Bagi orang yang
mahu meminda apa yang telah dihukumkan
untuknya, yang terikat dengan cita-cita dan dunia
ini Allah berkata:
“Tidaklah (mahu) dia ketahui (bagaimana
keadaan) apabila dibongkarkan apa-apa yang di
dalam kubur? Dan dizahirkan apa-apa yang di
dalam dada?” (Surah ‘Aadiyat, ayat 9).
“Dan tiap-tiap manusia Kami gantungkan
(catatan) amalannya pada tengkuknya…” (Surah
Bani Israil, ayat 13).
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar