Senin, 07 Oktober 2013

Mengenal Diri


Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.
Firman allah :-
Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum
kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri
kamu ialah Engakau Kenal Aku
Allah juga Berfirman :-
Ya Muhammad Aku jadikan baharu alam ini kerana
Engkau dan Aku jadikan engkau kerana Aku. Maka
engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.
Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada
pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti
betul betul kepada pengertian dan pemahaman
RahsiaNya itu dengan terang dan jelas. Marilah
kita renungi Firman Firman Allah saperti berikut :-
Aku tidak memandang kepada rupamu yang
cantik...pengetahuanmu yang banyak jika kamu
tidak Mengenal Aku maka sia sia sajalah amal
kebajikan serta solat kamu yakni umpama debu
yang berterbangan diudara ditiup angin
Engkau itu Aku dan Aku itu engkau
Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul
betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh
serta kajilah dengan mendalam agar kamu DAPAT
MENGENAL ALLAH dengan sebanar-benarnya.
Mudah-mudahan Allah akan mengangkat Darjat
kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.
Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan
pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan
perolehi hanya EMPAT ( 4 ) PERKARA sahaja yaitu
perkara yang membolehkan amal ibadah kita
diterima dan diakui oleh Allah SWT. Perkara itu
ialah :-
Pertama
Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan
dengan bukti yang terang dan jelas.
Kedua
sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang
terang dan jelas juga.
Ketiga
sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan
bukti yang jelas dan terang.
Keempat
Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan
pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan
bukti yang jelas.

CTL

Tidak ada komentar:

Posting Komentar